Anda Sangat Hebat!

Thursday, March 12, 2009

Talentime's Movie

Penah dgr pasal cite ni?Ni cite baru yg akan ditayangkan di pawagam bermula 26 Mac 2009 arahan pengarah terkenal, Yasmin Ahmad.Pra-tonton telah diadakan pada 11 Mac 2009 di Cathay Cineplez, Cineleisure, Damansara. Rata2 para penggemar filem memberikan komen2 yg positif setelah menonton filem ini...rasa tak sabar nak tgk cite ni..Jom tgk sinopsis!

Synopsis
A talent search competition has matched two hearts – that of Melur, a Malay-mixed girl and an Indian male student, Mahesh. Melur, with her melodious voice, singing whilst playing the piano is one of the seven finalists of the Talentime competition of her school organised by Cikgu Adibah.
Nak tambah sikit, petikan dari www.murai.com.my :

Talentime terbitan Primework Studios dan Chilli Pepper Film juga adalah filem pertama buat penyanyi Jaclyn Victor dan lakonan pertama Seniwati Azean Irdawaty serta Sukania Venugopal di bawah arahan Yasmin.

Ia disokong oleh wajah-wajah baru yang berbakat iaitu Mahesh Jugal Kishor, Howard Kon Kahoe, Pamela Chong (adik penyanyi Vince), Elza Irdalynna, Amelia Thripura dan Susan Chong.


Manakala pelakon lain adalah mereka yang pernah beraksi dalam filem Yasmin sebelum ini seperti Mohd Syafie Naswip (Mukhsin), Harith Iskander, Ida Nerina, Tan Mei Ling, Adibah Noor, Mislina dan Jit Murad.

"Saya amat terharu mendengar setiap ketawa penonton dan melihat mata-mata yang merah (menangis). Saya sendiri sudah banyak kali merah mata menonton filem ini," kata Yasmin yang terharu dengan sambutan positif pihak media.

Talentime mengisahkan pergolakan yang berlaku dalam 2 buah keluarga berlainan bangsa dan agama iaitu sebuah keluarga Melayu-Inggeris dan sebuah lagi, India konservatif.

Zuriat dari 2 keluarga ini telah bertemu dan ia memutikkan bibit-bibit cinta tanpa si dara itu, Melur, mengetahui rahsia peribadi teruna India terbabit, Mahesh.


Satu lagi pergolakan bertumpu kepada seorang pelajar Melayu dan Cina berhubung kebolehan mereka yang berbalut prejudis. Akhirnya pentas Talentime (juga boleh disebut Tale 'N' Time) menyatukan segala perasaan, merungkai prasangka lalu menjadi sesuatu yang manis dan cukup mengharukan.

Dont forget to watch this movie on 26 March 2009!

Thursday, March 5, 2009

Jalan - Jalan Day!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... (mcm nak baca berita pulak!)

Saje nak share cite pasal semalam.Semalam Zue off day, sama ngan Zura, Kak Mieza n Juju.So, ape lagi.Jalan2 la kan...Mula2 gi Time Square, gi lunch.Kami lunch kat Penang Village...
Makanan dia not bad la...Decoration yg nampakkan lagi sedap!nak tgk makanan yg kami order?Ni dia...
Pai Tee
Village Special Fried Rice
Tom Yam Fried Rice
Penang Curry Mee
Gurney Rojak
Ruby Melon Ice, Rose Syrup Calamansi, Soya Cincau, Freezy Watermelon

Durian Cendol
After that, kami gerak ke Ampang Superbowl kat Time Square...main 2 game je...penat due to baru lepas makan!hehehehe....
After that, kami ke Jusco Maluri and Ampang Point..Sangat penat tapi seronok!
@Foodcourt Jusco Maluri
Apepun, thanks to Kak Mieza sb drive semalam....Thanks to Zura n Juju jugak sb temankan Zue sampai kul 10mlm smlm.....Korang mmg best!
Best Geng for outing ! :p