Anda Sangat Hebat!

Thursday, June 30, 2011

Menjelang #TwtupKaseh pada 2 July 2011 - Volunteers, Please read this carefully!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Wah! Sehingga semalam, 29 Jun 2011, jumlah kutipan dah mencapai RM16,157! Terima kasih semua! =')


Kesian tgk @AidaSue sebab byk soalan org tanya kat dia regarding this program. Soalan yg sama. Ok, bagi yg belum jelas lagi (confirm lepas ni ada lagi yg tanya), sini zue ringkaskan sikit.

1. Macam mana nak sumbangkan wang? Nak tulis cheque atas nama siapa?
via M2U : 162106784493 ( Aida Suraya )
Cheque : “Rumah Amal Kasih Bestari”

2. Volunteers nak gather kat mana? Pukul berapa hari sabtu ni (2nd July)?
LRT KELANA JAYA ( Tukar tempat sebab bas akan tunggu kat sana ) 
selewat-lewatnya pada pukul 830 pagi.

3. Nama saya ada tak dlm volunteer list?
Senarai nama volunteers untuk #twtupKaseh 2 Julai 2011 (dikemaskini sehingga pagi 30th June 2011)

1.      Angelina Jolie
2.      @Urasnobucho
3.      @ainaazizi
4.      @lunarahman
5.      @kinneology
6.      @liyOthman
7.      @zullicious
8.      @amrulazmi
9. @iamlepp Aliff Azhar
10.  @khiromar
11.  @farafauzi
12.  @eza2odette
13.  @zuezoey
14.  @karrotgold
15.  @yayailyani
16.  @apeng08
17.  @smj407 
20.  @gjorgie + 1 
21.  @bobotts
22.  @emmariall 
23.  @apissepet 哈菲 
24.  @aizuhas aizu
26.  @dianamdrz Diana Radzi
27.  @norawrrr
28.  @zarasuffian
29.  @NrlAthirah
30.  @AinZulkifly
31.  @Shezzlah
32.  @Abelljeffry
33.  @matakagee
34.  @traizee
35.  @shlashhzn
36.  @WaniRadzhi
37.  @HamziMarzuki
38.  Kawan Mas (Sharon)
39.  @MarkonahSood
40.  @AdamAhmad


*update terkini, dah 49 orang. Tunggu senarai penuh dari @aidasue

 4. Boleh tak saya nak pakai bikini masa pegi #TwtupKaseh nanti? 
Ni kerja amal, pakai baju yg selesa dan kalau boleh, jgn seksi seksa sangat."-_-

5. Ada nak kena bawak barang-barang lagi tak?
Kalau ada Alatan gotong royong ( Cangkul , penyapu, parang, sabit, penyodok )

barang2 kitar semula (cardboard box, bottles, etc) from home 4 group activities

6. Rumah saya jauh ngan LRT Kelana Jaya. Boleh saya pergi terus ke RAKB?
Boleh..
Alamat rumah amal RAKB ( nama dia lain rasanya , Aulad Genius kot)
No 4172, lorong serai 12, Kg Sungai Serai, Kuang 48050, Rawang, Slgr.
PIC Rumah Amal : Mr Hamzah/ Puan Wan Rokiah : 0162516515


Ok.. Harap-harap semua jelas kot.. kalau tak jelas, boleh letak soalan kat komen (ceh, ngade2 je zue ni kan..) Takpe. nanti zue tolong jawabkan berdasarkan fakta yg dikeluarkan oleh pihak pengelola #TwtupKaseh ni. Okeh? =D

notakaki : bila berganding bahu, semua benda jadi mudah, InsyaAllah =)

(VIDEO) Kisah Dongeng - Stacy



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

=')

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #10 - Mirror Image

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GIVEAWAY: eqbalzack's fan page LOGO!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Zue suka masuk giveaway ni. Tapi giveaway kali ni lain sikit. Kita diminta untuk buat logo facebook fanpage www.eqbalzack.com. Nak cuba? Jom ramai-ramai hantar sebab hadiahnya best! Hehehe.. tapi zue tak kisah pasal hadiah pun. Saje nak memeriahkan. Jom Jom! =D

Kalau nak join, klik SINI >> GIVEAWAY: eqbalzack's fan page LOGO! 
Hantar penyertaan sebelum tengah malam 10 Julai 2011 ok!


Cantik kan banner cikgu ni?

 Haaaaa... Zue ni mmg tak pandai nak edit2 atau reka logo-logo ni sangat. So, ni yg zue buat. Ok tak cikgu? =p

Klik untuk lebih jelas =D

Hehehehe.. ok. Zue tahu mmg tak cantik pun zue buat.. sb zue mmg tak reti punnn.. but cikgu cakap....


"xpe zue...something is better than nothing...hehe"

Haaa... Sebab tu la zue hantar jugak. any comment? =.=


notakaki : tak salah mencuba~

AWAS!! Elakkan Berhenti di R&R Lebuhraya KL-Selatan!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Zue baru tahu cerita ni dan saja nak kongsi dgn kawan-kawan. Zue selalu jugak la travel ke Selatan lately. Risau jugak ni. 

Pagi tadi baca kat lowyat.net forum pasal R&R Seremban. Ni zue print screen sekali ceritanya..

Cerita 1

Klik untuk baca dgn lebih jelas..

Cerita 2

Klik untuk baca lebih jelas..

GS Automobil Enterprise. Workshop yg dh byk tipu org...

Haa.. korang pernah alami keadaan atau kejadian macam ni? Bila zue baca pengalaman-pengalaman yg diceritakan dalam ni, buat jadi takut nak berhenti kat R&R. Sepatutnya dekat R&R ni untuk kita berhenti berehat, bukan untuk dapat musibah macam ni.. 

Harap-harap pihak berkuasa dapat buat lebih pemantauan dan dapat tumpaskan sindiket ni.

Pengajaran : better call PLUS highway. Pastikan ada PLUS number dalam phone tu. atau lekat terus kat dashboard kereta tu kan..


Tolong share dgn kawan-kawan ye!! Terima kasih..


notakaki : rasa macam nak bawak kereta kebal je..

Wordless Wednesday #9 - Love Polka Dot Dot Dot



Wordless Wednesday #8 - Miss My College Time



Tuesday, June 28, 2011

(TUTORIAL) Cara Melihat Gambar Dalam Facebook Dgn Lebih Menarik!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Perghh! Tajuk entry mcm poyo je kan? Hahahaha.. tadi jalan-jalan kat blog, and jumpe satu tutorial ni. Zue pun try sebab macam menarik je =p




Nampak tak beza tengok gambar kat Facebook ni? Best tak? Sekali gedabak besar gambar tu keluar. Hehehe.. ni dipanggil Facebook Photo Zoom. Mungkin dah ramai yg tahu, tapi saje zue nak kongsi sebab zue baru je tahu. Hahahaha.. 

Facebook Photo Zoom ni hanya boleh view je la. Kalau nak komen ke, kena click gambar mcm biasa jugak. Tapi ok ape, dari korang click setakat nak tgk, tapi kena tunggu loading yg lama tu, lemau okeh =.=

Ok. Untuk siapa-siapa yg nak cuba, korang digalakkan untuk guna Mozilla Firefox atau Google Chrome. Apa? Ada yg guna Internet Explorer (IE) untuk browse Facebook? Errr... Maaf.. Mmg tak boleh nak dapatkan Facebook Photo Zoom ni.. =)

Caranya mudah sahaja :-


Haaa.. macam mana? Boleh tak? Best tak? Komen sikit... =D


notakaki : terima kasih kepada Mr. Aril sb bagi copy paste tutorial ni dlm blog zue =)

(VIDEO) Price Tag - Najwa Latif. Mesti Dengar!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Taknak banyak cerita, korang cube dgr Najwa ni nyanyi and bagi komen sikit =D



notakaki : comel je dia nyanyi. Lagi gadis youtube =)

Sepah hampir berpecah kerana ML




SEBELUM pertandingan bermula, saya sendiri memberitahu dua sahabat saya yang lain bahawa saya mahu membubarkan Sepah. Saya berkata kepada mereka biarlah kita berpecah agar senang semua membawa haluan masing-masing.

“Bayangkan kata-kata itu saya luahkan dalam beberapa jam sebelum gelanggang akhir dibuka. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berkata apa sahaja.

“Namun, kuasa yang lebih besar untuk menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Dia jugalah yang menentukan kemenangan kami pada malam ini.

“Kami hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya,” jelas Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep dalam nada terharu.

Demikian luahan ikhlas ketua kumpulan Sepah itu sewaktu ditanya reaksinya selepas menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak (ML) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 64 peratus, telah melayakkan Sepah membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Ternyata Sepah mengejutkan ramai pihak terutama peminat fanatik kumpulan Jozan yang telah diramal dari awal lagi untuk menjulang gelaran sulung program realiti terbitan Astro Warna itu.

Namun, apabila melihat persembahan Sepah yang cukup mencuit hati dan bersahaja pada pentas akhir itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka layak untuk menjunjung pengiktirafan tertinggi itu.

Menyambung bicara, Jep mengakui mereka berdepan dengan tekanan yang bukan calang-calang sepanjang menyertai ML.

Ini kerana kumpulan Sepah cukup sedar, mereka harus memberikan persembahan yang segar dan yang paling penting, dapat membuat penonton ketawa.

Tekanan itu bertambah kata Jep, apabila dia membuka cerita tentang bagaimana dia dan dua anggota kumpulan Sepah yang lain iaitu Shuib dan Mamat, kekeringan idea hanya dalam beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.

“Sehinggakan kami terpaksa meminta pelepasan selama satu jam daripada Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani semata-mata untuk keluar dari stadium demi mencari idea.

“Malah, sewaktu latihan pun kami tidak dapat melakukannya kerana kami tiada cerita menarik untuk dipersembahkan. Kami hanya sempat menyiapkan satu cerita sahaja tetapi itupun hanya separuh jalan.

“Bayangkanlah, kami duduk di kedai mamak dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi sehari sebelum pertandingan, tetapi satu idea pun tidak datang.

“Apa yang membuatkan saya bersyukur dan terharu apabila peluang itu diberikan sekali oleh Allah.

“Jika bukan kerana Dia, tidak mungkin kami boleh membuat persembahan pada malam pertandingan akhir ini,” kata Jep yang berusia 26 tahun itu dalam nada syukur.

Selain Jep, kumpulan Sepah yang pernah menjadi juara Raja Lawak musim ketiga itu turut dianggotai oleh Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Dalam masa yang sama, Jep dengan penuh terbuka memberitahu, perbalahan dan perselisihan pendapat memang sering berlaku dalam kumpulannya.

Dia sendiri menjelaskan betapa sukarnya untuk menanggung beban yang ada kalanya ditimbulkan oleh ahli anggota Sepah sendiri yang bagaikan tidak serius dengan kerja mereka.

“Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

“Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak.

“Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham,” katanya yang mahu anggota Sepah ubah diri masing-masing seandainya serius mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni.


Sumber : Utusan Online

notakaki : tak sangka dlm gelak tawa yg diorang buat, berlaku perbalahan yg kita tak tahu..

BE ke-7 : Taylors University Business Masters Programme SS. Thanks @NuffnangMY!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Itu je yg terucap oleh zue bila bukak Nuffnang pagi ni. Ada buffered earnings (BE) yg ke-7 setakat ni. (^_^)v

Klik untuk tumbesaran gajah :O

Untuk kali ni adalah campaign Taylors University Business Masters Programme SS. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai programme ni, korang boleh klik iklan-iklan ni kat blog zue. Jangan segan silu okeh! :D

Terima kasih jugak kepada semua pembaca, tak kisah yg silence reader ke, riuh reader ke. Hihihihi.. Rezeki nak puasa ni.. Kan? Kepada semua, teruskan berblogging. Ni hanya pendapatan sampingan =)

notakaki : korang dah habis ganti puasa? =O

Monday, June 27, 2011

(TEASER) 25th June With Dynas Mokhtar (@dynasCLPT)

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...

Zue tahu, hari ni tak update satu pun kat blog zue. Bz! Bz! Hari isnin yg sgt bz!

Me, Dynas and my BFF, Cik Syuhada
Last Saturday zue organize event utk bowling Dynas Mokhtar and Fans kat Cosmic Bowl, Mid Valley. Ni antara gambar masa event. Overall, it was successful event! Phewwwww! The rest, nanti zue update lagi okay!


notakaki : nak join next event? :B

Dynas Fan Club Blog - http://dynasfanclub.blogspot.com/

Sunday, June 26, 2011

#TwtupKaseh dalam Berita Minggu 26 Jun 2011

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Hari ni dpt tahu dari twitter yg program TwtupKaseh mendapat liputan dalam Berita Harian untuk slot Berita Minggu hari ni, 26 Jun 2011. Terus pegi kedai beli surat khabar. Hehehe.. Nak tunjuk kat ayah yg zue bukan suka-suka main twitter tu, asyik pegang hp tu. Ayah senyum je =')

Selepas liputan oleh Harian Metro - 16 Jun 2011 yg lalu, kini dalam Berita Minggu.
..Kami bukan cari publisiti, tapi hanya menyumbang tenaga empat kerat yg tak seberapa ni..
=)

Muka depan Berita Minggu 26 Jun 2011
Berita Minggu 26 Jun 2011, halaman 13. Klik utk pembesaran.

Bersyukur sebab bila bincang dgn mak ayah malam tadi, ayah setuju utk beri sumbangan minggu depan. Alhamdulillah... Walaupun sumbangan tak seberapa, tapi mcm org kata "tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima" =')

 Untuk @AidaSue , dan semua tulang belakang TwtupKaseh, congratsssss all! Harap-harap program kita 2nd July ni berjalan dgn lancar.. AMIN..

Mereka yang ingin menyumbang untuk projek amal Twtupkaseh boleh menghubungi Aida melalui emel aidasue25@gmail.com atau www.twitter.com/aidasue. - Berita Minggu

notakaki : tak sabar tunggu 2nd July ni =D

Friday, June 24, 2011

Jom LIKE FB #TwtupKaseh By Twitterjaya!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. 

Ingat lagi pasal program #TwtupKaseh? Now dah ada page FB (untuk sesiapa yg takde twitter) and nak mengetahui perkembangan program ni.


Jom ramai-ramai LIKE kat sini >>>> Program Amal TwtupKaseh by Twitterjaya


notakaki : tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima :)

Dapat RM50K Hanya Dengan Buat Panggilan??

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


Pagi tadi ada giving ceremony untuk pemenang Hello Money untuk minggu ke-2 di Lobby Menara Celcom. Meriah!! Itu yg zue boleh gambarkan.


Pemenang, Mohd Faridz bin Abd Aziz datang bersama isteri dan anak beliau untuk penyampaian hadiah RM 50 K!


Best kan? Hadiah disampaikan sendiri oleh CEO CELCOM, Dato' Sri Shazalli Ramly dan CMO CELCOM, Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin.



Nak menang untuk minggu ke-3 dan ke-4? Boleh tengok kat link bawah ni...

Apa tunggu lagi? Mungkin rezeki korang pulak. Mana tahu kan? :D


notakaki : durian runtuh dapat RM50K! Korang pernah dapat durian runtuh?

Saya Menang Giveaway Bali Dari Blog "Kurasakan Something"

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

(scheduled post)

Haaa... hari tu, ade org komen kat entry INI  kata zue menang giveaway dari Bali.. Dari blog Cikgu Eqbal. Terima kasih cikgu!! and semalam zue dah dapat pun kiriman hadiah tu :D



Hehehehe.. sangat-sangat hargai! Terima kasih lagi sekali cikgu :D

notakaki : tak kisah ape-ape giveaway or contest, rasa mcm nak masuk semua. Saja eratkan silaturrahim.... :)

Oh! Terima Kasih Nuffnang untuk BE ke-6!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Klik utk pembesaran yg sihat :D

Alhamdulillah, murah rezeki sekarang ni.. berkat doa dan kesabaran juga ni. Termasuk berkat pembaca blog zue ni. Masuk kali ni, dah Buffered Earnings (BE) yg ke-6 dari Nuffnang untuk bulan June ni..

Kali ni, BE untuk campaign Snek Ku: Naked Turtle SS. Apa ye? Kalau nak tahu, kena clik iklan tu ye  :)

Terima kasih  Nuffnang! Terima kasih kawan-kawan yg membaca blog ni! :D

notakaki : apa plan korang weekend ni?

Thursday, June 23, 2011

BE ke-5 : Samsung Galaxy S II Launch Grapevine. Thanks @NuffnangMY!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


Alhamdulillah.. Murah rezeki.. Hari ni dapat lagi Buffered Earnings (BE) ke-5. Kali ni untuk Samsung Galaxy S II Launch Grapevine. Terima kasih banyak-banyak kepada Nuffnang. =D Terima kasih jugak pada pelawat blog zue! Love u all!!!

notakaki : jangan lupa klik nuff zue ye ;)

Wednesday, June 22, 2011

Nak Join Bowling Bersama Dynas Mokhtar?

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...

Nak join Bowling bersama Dynas Mokhtar?




Venue : Cosmic Bowl Mid Valley
Date/Day : 25th June 2011, Saturday
Fee : RM25

Please email to dynasfanmail@gmail.com to get more details. For first 30 fans only ya! :)


notakaki : jom join!