Anda Sangat Hebat!

Thursday, August 25, 2011

(VIDEO) Short Film Raya 2011 - Almari Baru (by CST PRODUCTION)



Iftar Bersama @dynasCLPT di RKH - 19 Ogos 2011

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Agak lama tak update blog dgn post yg agak panjang. Bulan Ramadhan ni rasa mcm sekejap sgt berlalu. Dah hampir Syawal dah. Dan bulan Ramadhan ni juga ramai yg ambil kesempatan untuk buat amal. Walaupun hanya dgn menyumbangkan tenaga, itu dah cukup utk seseorang yg memerlukan bantuan.

Minggu lepas zue terlibat untuk uruskan majlis Iftar Dynas Mokhtar bersama anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni di Kg Paya Jaras Dalam, Sg Buloh, under Dynas Fan Club. Apa yg boleh zue simpulkan, Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dgn lancar. Dgn makanan yg byk, sumbangan dari peminat dan orang-orang yg prihatin, anak-anak yatim RKH sgt gembira dgn kehadiran kami =') 

Gambar sekitar majlis tak byk upload lagi. Tengah tunggu dari Kak Aisya. Jom kita tengok dulu!












Terima kasih yang tak terhingga kepada semua! Tak tahu nak cakap apa dah. Semoga Allah membalas jasa anda semua. Amin.. =')
 
notakaki : Semalam baru je selesai majlis Iftar di Kunzense di Shah Alam. Will update later k? Tengah tunggu gambar from DFC.

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #19 - Ohsem #TwtupBerbuka + #TwtupKaseh !


Klik untuk lihat muka-muka yg ada :D

Friday, August 19, 2011

(VIDEO) Cinta Muka Buku


notakaki : video ni sangat comel :)

(VIDEO) Cry On My Shoulder


If the hero never comes to you
If you need someone you're feeling blue
If you're away from love and you're alone
If you call your friends and nobody's home
You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I show you there's a destiny
The best things in life
They're free

Chorus:

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone who cares for you
If you're feeling sad your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh just call me and I make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

Repeat chorus

What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do

Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa Bersama @DynasCLPT dan Anak-Anak Yatim RKH

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Esok zue akan berbuka puasa bersama Dynas dan anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni (RKH) di Sg Buloh. Zue dh update senarai nama yg terpilih untuk turut serta dalam majlis ni dlm DynasFanClub blog.

Bagi yg terpilih tu, jumpe korang esok! :)


notakaki : Jangan lupa pada yg susah..

Tuesday, August 16, 2011

Kad Raya Pertama 2011 - Terima Kasih Cikgu Eqbalzack!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Excited tak nak raya? Puasa jangan lupa ye.. Bila bercakap pasal raya, mesti teringat pasal kad raya. Betul tak? 

Masing-masing punya nostalgia tersendiri pasal kad raya ni. Masa sekolah dulu, zaman yg paling best untuk dpt kad raya yg banyak dan macam2 saiz. Zue pernah dpt kad raya paling besar dari my best friend, Syuhada. Dia siap lekat duit syiling dlm kad tu sbg duit raya. Kad tu sgt besar ye! Nanti dh amik gambar, zue masuk dlm blog. Zue still lagi simpan kad raya tu. Hehehehe.. 
Masa sekolah dulu, habis satu sekolah zue nak bg kad raya. Konon-konon macam ni "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas". Haa, betul tak? betul tak? Hahahhahahah! Kalau ingat pasal ni, asyik senyum je. Lepas tu, masa sekolah dulu ramai pen pall. Pos bagai ni. Memang byk dpt balasan. Dalam adik-beradik, selalunya zue yg akan dpt kad raya yg paling banyak setiap tahun. Best tuuuuu! Pastu amik kad raya tu, gantung-gantung buat hiasan kat rumah untuk hari raya. Seronok sgt!

Sekarang? Zaman dah makin moden. Kos pun makin meningkat. Sekarang ni, kad memang boleh dapat murah, tapi kos nak hantar, serendah 60sen sekarang. Kalau letak 30sen, jangan harap nak sampai. Silap-silap, kena pulang balik. Hehehe.. Semua dah guna internet, phone. Hantar online card, MMS, and sebagainya la. Nanti percaya tak, antara blogger ni pun ada yg create kad raya kat blog, and dedicate to all friends kat dunia maya. Sebab zue pernah buat dulu. :p

Tapi tahun ni, zue dpt satu kad raya, yg pertama! Dan seawal hari ke-5 berpuasa oke! 


Ha... Comel tak? Kad raya ni dari Cikgu Eqbal atau di dunia blogging, lebih dikenali sebagai Eqbal Zack. Cepat kan? Terima kasih untuk kad raya ni Cikgu! Zue tak sempat nak balas rasanya ni.. Hehehe.. Apepun, Zue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua! Dah boleh ucap dah kan? :)

Raya tahun ni agak sedih sikit, sebab tokwan dah takde.. Hidup mesti diteruskan. Semoga roh arwah tenang dan sentiasa ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin...


notakaki : sentiasa beringat kpd kesusahan orang lain bila kita dalam kesenangan..

15th Ramadhan - Hokkaido Seafood Restaurant

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Diam tak diam, dah genap 15 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan ni kan? Alhamdulillah...

Semalam zue iftar di Restoran Hokkaido Sea Food, dekat depan Vistana Hotel. Siapa yang tak sure tempatnya kat mana, boleh tgk kat foursquare kat bawah ni..

Klik gambar untuk tumbesaran gajah!
Menu? Hanya dua menu yg sempat amik gambar. Aummmm! Sedappppp sangat!

Butter Prawn! Recommended okeh!
Ketam Masak Cili. Omnomnom...
 Thanks jugak sayang-sayang saya yg iftar bersama semalam. Kakak Aisya, Abg Ad, My dear Azri, Khai, Gina, and Kayrulee. Best! Nak iftar bersama lagi pleaseeee! :)

Kalau korang nak makan sea food kat KL, tempat ni highly recommended! Ni alamat and no telefon kalau korang nak booked tempat. Maklumlah, bulan Ramadhan ni, memang selalunya penuh..

Hokkaido Seafood Restaurant
68 Jalan Lumut, Damai Complex, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03 4041 1316

notakaki : best bila makan ketam, ada orang kopek kan. hihihi :p

Friday, August 12, 2011

BE ke-9 & 10 : Perodua Tweckbot LR & Iskandar Malaysia LR

Assalamualaikum.. Salam sejahtera! 

Alhamdulillah! rezeki dibulan Ramadhan :) 
Zue bukak account Nuffnang pagi ni.. dpt 2 lagi BE.. Syukur alhamdulillah...


Kali ni dari Perodua Tweckbot LR & Iskandar Malaysia LR. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jangan lupe klik iklan tu ye ;)

Kepada semua readers (eh, ada ke yg baca blog zue?), terima kasih sebab sudi singgah di zuezulaina.blogspot.com. Terharu okeh! sayang korang sgt2!! Terima kasih kepada Nuffnang...

Selamat menyambut ramadhan kepada semua :')

nota : jgn sesekali riak dgn segala yg kita ada kerana itu hanyalah sementara...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #17 - My Best Friend Forever. I Love Her So Much!


P/s : ada iras-iras tak? :) 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #16 - I Miss My Best Friend...



Aliff Aziz looks a like?

Tuesday, August 2, 2011

Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih - Sumber dari Portal JAKIM

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Masih belum terlambat zue nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Di sini zue nak kongsikan sedikit, info yg zue dapat melalui Portal Jakim : Mufti Negeri Terengganu. Ini mengenai kepalsuan hadis kelebihan tarawih..

================================================================

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
================================================================
nota : semoga segala amalan lebih dirahmati Allah di bulan yg mulia ini..
Assalamualaikum..