Anda Sangat Hebat!

Thursday, July 10, 2014

SAVE GAZA! #PrayForGaza #DoaUtkGaza

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat.  Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Anda juga boleh menghulurkan sumbangan melalui SMS dengan menaip PALESTIN< jarak > 10 ke 39111. RM10 dari akaun anda akan disumbangkan ke tabung GAZA.

Semoga sumbangan kita dapat membantu saudara kita di GAZA.

Maklumat lanjut, kunjungi Facebook Aman Palestin



Wassalam.

Tuesday, July 8, 2014

#BajuRayaProject Sesi ke-2 Selesai! Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Alhamdulillah.. Sabtu lepas, 5 Julai 2014, Zue join as sukarelawan for Baju Raya Project 2014 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. And it was succeed! Syukur...


Berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur, @BajuRayaProject, dan antara orang-orang kuat di sebalik Baju Raya Project


and ramai lagi sebenarnya. Korang boleh tengok dekat twitter especially. Bukan senang nak buat event yang memerlukan sukarelawan. Diulang, sukarelawan ye. Memang tak dibayar, tapi dibuat dengan sukarela. Tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni. Cabaran dia, sangatlah banyak. Dia punya penat, hanya Allah  yang tahu. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kegembiraan yang bakal diterima oleh penerima-penerima baju yang dikumpul.

Seawal jam 8 pagi, ramai dah berkumpul di Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sesi briefing dan pembahagian tugas. 


Orang ramai tak putus-putus datang untuk menyerahkan pakaian-pakaian raya (baru atau yang masih elok) sampai jam 2.30petang. Kami berjaya mengumpul lebih kurang 5000 pakaian raya yang telah diagihkan kepada 7 buah rumah anak yatim dan asnaf yang telah dipilih dan hasilnya, mereka sangatlah gembira. Kami sebagai sukarelawan apatah lagi. Alhamdulillah.. 


Proses pengasingan baju-baju mengikut kategori masing-masing. 


Group photo sukarelawan dan penganjur.

Jangan tak tahu, ada juga sukarelawan non-muslim yang join sekali. Berpakaian sopan dan berpuasa sekali dgn kami. Terima kasih banyak-banyak!

Untuk lebih gambar dan update, korang boleh follow account Baju Raya Project di 

Instagram: Baju Raya Project
Facebook: Baju Raya Project

Semoga segala usaha diberkati Allah dan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Ameen..

TAHNIAH SEMUA!

Friday, July 4, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera!

Zue nak ucapkan Salam Ramadhan utk semua.. Sedar tak sedar, dah 6 hari kita puasa. Cepat kan masa berlalu?

Zue nak kongsikan amalan-amalan yg digalakkan dalam bulan Ramadhan ni..

Sebenarnya amalan ni tidak hanya perlu dilakukan pada bulan Ramadhan, tapi pada bulan yang lain juga.

Jom kumpulkan pahala sementara masih ada waktu. Kita tak tahu bila waktu kita akan tiba... :)


Semoga dapat kita manfaatkan waktu kita dengan sebaiknya.

Wassalam.