Ahahahaha... Sorry, entry ni dah lama nak buat, tak siap². Tertangguh lama sebab mood ilang entah ke mana. Now, I am back! :D
Nak cerita panjang² tak best. Sila² lah melihat gambar yg sangat byk masa day 1, 30 Oct 2010.
Jam 2 pagi semua dah berkumpul dekat dengan ofis. Ada jugak yg tertidur lepas balik keje, so gerak ke Penang lambat sikit, dlm 2.30 pg..Semua kereta boleh dikatakan paling kurang sorang ada yg pakai blackberry. All the way sampai Penang, kitorang hanya berkomunikasi melalui BBM (BlackBerry Messanger) sahaja. Jimat tau! Tak perlu nak call or sms yg akan akan dikenakan cas..
First pit stop (wah! dah macam amazing race pulak...) kat R&R Tapah. Singgah rehat dan makan² sebab waktu pun dah 4.00pg...
kenapa ngan budak ni? ;plast stop sebelum ke tol Juru, kitorang singgah R&R Bukit Gantang
Kak ila awal² lagi check-in kat R&R Bukit Gantang ni.. hehehe...
Sejam lepas tu, kami pun sampai ke Tol Juru....
Akhirnya, kami selamat sampai di Jambatan Pulau Pinang... :)
Keluar je dari jambatan, kami terus menuju ke USM utk ambil tourist guide kami sepanjang berada di Penang.
Sementara menunggu Khalil (tourist guide) siap, kami yg memang semuanya gila gambar, apa lagi, tak cukup 1, ada 4 kamera di situ! tengok la macam² aksi kat bawah ni~