Anda Sangat Hebat!

Sunday, July 21, 2013

Beat It!


Saturday, July 20, 2013

Roti Jala dan Elyn

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Alhamdulillah.. Selesai sudah berpuasa untuk 11 hari.. Rasa macam cepat sangat berlalu
 milkysmile

By the way, hari ni berbuka puasa lain sikit. Kali ni, girlfriend a.k.a bestfriend saya berbuka sekali kat rumah! Finally! Dapat jugak jumpa dia lepas dia bukak braces dia. Hehehe.. Oh ya. Mungkin ada yang tak baca. Boleh refer entry ni --> She Did It!

So, hari ni, ini menu untuk berbuka puasa 

milkysmile


Roti jala! Special request by her and one of her favourite menu.

milkysmile


Menu lain; nasi jagung, ayam goreng dan rendang daging. Kari ayam tu kuah untuk roti jala. Nyummmyy! 

milkysmile

Akhirnyaaaa, dapat jugak dia makan roti jala kat rumah Zue untuk berbuka puasa. Makan sampai tak hirau kiri kanan dah. Senyap je masing-masing. Kan? Kan? Kan?

After that, masing-masing kenyang bagaikan ular sawa. Kekekee..

Photobucket

Lepas isyak, kitorang pegi Chatime tapau Plum Ice.. 

So, apa lagi, amik gambar dulu! 

Photobucket 


Tadaaaaaa! Elyn saya dah tak pakai braces! Hehehehe 


Sama-sama pakai baju merah. Dah macam budak sekolah dah rasa. Hahahaha!

Itu je nak update untuk hari ni. Ok, see you next time!

Photobucket

Minggu Terakhir Untuk @BajuRayaProject !

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Di samping menambah pahala ibadat, kita jangan lupa kepada yang kurang bernasib baik, sama ada bulan Ramadhan atau Syawal nanti.. Di twitter (atau lebih dikenali dengan komuniti Twitterjaya), ada menganjurkan program amal Baju Raya Project. Projek ni adalah salah satu aktiviti dari charity group yang dipanggil #twtupkaseh. Untuk siapa yang masih tertanya-tanya apa dia Baju Raya Project ni, korang boleh ke twitter atau facebook kat link bawah ni..

Twitter: @BajuRayaProject
Facebook: Baju Raya Project

Mungkin masih ramai yang masih samar-samar apa dia Baju Raya Project ni kan?

Apa itu Baju Raya Project?
Program Amal untuk mengumpul baju raya ( Baju Melayu, Baju Kurung, Kebaya, Abaya, Jubah, ) semua saiz dari kanak-kanak hingga dewasa sempena Aidilfitri pada tahun ini
Info lanjut, korang boleh baca coverage dalam NST di sini --> All a-Twitter about clothes



Siapa di sebalik Baju Raya Project ni?
Ni antara orang yang telah berusaha keras untuk menjayakan Baju Raya Project. 
Korang boleh follow di twitter k? 

Mana nak tahu kat mana diorang buat jadual penerimaan baju-baju ni?
Korang boleh follow twitter Baju Raya Project atau mereka yang bersama Baju Raya Project ni. Buat masa ni, apa yang Zue dapat tahu, minggu ni adalah minggu terakhir untuk diorang terima semua baju dan akan diagihkan kepada yang memerlukan.

Ni antara jadual minggu ni.

20 July 2013 ( Saturday )
10am-1pm : The Labels Bazaar raya , 1st Floor, 1Mont Kiara Mall, Mont Kiara KL

21 July 2013 ( Sunday)
11am-1pm : Masjid UPM, Serdang Selangor. Besar-besaran.
10am-1pm : The Labels Bazaar raya , 1st Floor, 1Mont Kiara Mall, Mont Kiara KL



Sebarang soalan, inquiries, contact thru FB: Baju Raya Project /Twitter: @BajuRayaProject ‪atau hashtag #‎bajurayaproject‬

Selamat Beramal!

Thursday, July 18, 2013

She Did It!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Haaaaa! walaupun hari ni super busy, nak update sikit pasal girlfriend Zue ni.

Today, she get her braces removed! Congrats baby girl!


One of 2013 mission dia dah accomplished! 


This is her masa mula-mula pakai braces. First time jumpe dia with braces. Pastu terus makan ABC. Hahahahaha! And this was last year, kan girlfriend? ;)


Ni this year. Haaa.. nak tengok tak gambar lepas dia removed braces? Tunggu sampai Zue jumpa dia laaa.. Jumpa pun belum lagi. Hehehe..

So girlfriend, bolehlah awak makan chewing gum lepas puasa setahun setengah kan? :D

Wednesday, July 17, 2013

Jom Iftar Bersama Dynas Mokhtar dan Adik-Adik Rumah Kasih Harmoni!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Tibanya bulan Ramadhan ni, kami pun tak lepas peluang nak meraikan bersama dengan yang kurang bernasib baik.

Kami = Dynas Fan Club

Kami akan mengadakan Majlis Iftar bersama Dynas dan Adik-Adik dari Rumah Kasih Harmoni seperti tahun-tahun yang lepas.

Tahun 2011

Tahun 2012

Jom sertai kami! 

Tarikh: 24 Julai 2013
Masa : 6.30ptg - 10.00mlm (Berbuka puasa + Solat Maghrib + Isyak + Terawih)
Tempat: Rumah Kasih Harmoni, Lot 46, Kg Paya Jaras Dalam, 47000 Sg Buloh
Bayaran : RM25/org

Jom sertai kami! Sila emailkan ke dynasfanmail@gmail.com dan kami akan berikan butir untuk urusan pembayaran dan tempat.

Jika anda ingin menderma dari segi barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepung, atau pakaian (yg elok dan masih boleh dipakai) adalah amat kami alu-alukan. Sumbangan anda amatlah kami hargai untuk kita sama-sama meraikan bulan Ramadhan bersama anak-anak yg kurang bernasib baik.

Jumpa di sana, In Sha Allah :)

Wassalam~

Terima Kasih Cikgu Eqbal!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Haaaa... knowing me nowadays, memang jarang sangat dah update blog! Ish ish ish.. Apa la nak jadi kan.. Hehhe..

Hari ni update blog gara-gara Cikgu Eqbal! Nak tahu kenapa?

Sebab semalam dapat kad raya eksklusif dari Cikgu! Hehehe.. Nak tag Cikgu kat Facebook semalam baru perasan yg Facebook dia dah takde.. So, this blog post utk appreciate usaha Cikgu hantar kad raya untuk Zue. Terima kasih banyak-banyak! :D


Anyway, baru je baca blog post Cikgu yg terbaru. Dapat GRAND PRIZE a LED Toshiba 46 " + Shopping Voucher RM900 + Product of Unilever worth RM300 in The Speed Shopping Challenge at Giant, Kota Damansara! Wohooooo! Congrats Cikgu! Memang rezeki Cikgu laaaa... Heehhee...

Last but not least, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk semua. Be good ;)

Wassalam~