Anda Sangat Hebat!

Friday, July 29, 2011

Anda Memandu Perodua? Ada Twitter? Jom #Tweckbot!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Baru-baru ini, Perodua melancarkan perkhidmatan Perodua Tweckboat yang akan membantu korang semua melakukan pemeriksaan 15 poin PERCUMA terhadap kereta PERODUA korang. Yang paling best, servis ini adalah percuma dgn hanya follow @MYPerodua di twitter. Pemeriksaan 15 poin percuma berasaskan Twitter ni yg pertama kali di Malaysia!



Oh ya. Korang nak tahu macam mana Perodua Tweckboat ni beroperasi? Mudah je. Lepas korang follow , mereka akan tweet di mana lokasi mereka. Dan ape yg perlu korang buat? Jika korang berada di lokasi berdekatan dgn Perodua Tweckboat ni, korang hanya perlu RT (ReTweet) dan beritahu alamat dan contact number untuk diorang pergi ke kereta anda. Mudah kan?

Dan ingat, ianya PERCUMA!

Tambah-tambah lagi nak musim balik kampung dan perayaan ni kan. Kadang-kadang takde masa nak buat pemeriksaan. Tapi dgn Tweckboat, rasanya takde lagi alasan macam tu dan boleh mengurangkan risiko kemalangan dgn kereta yg tidak diservis sebelum balik kampung. Betul tak? 

My Baby Black =)

 So, bagi yg memandu Myvi, Alza dan Viva, ape lagi. Follow twitter @MYPerodua dan LIKE Facebook Fanpage MYPerodua untuk kemaskini lokasi Tweckboat sekitar Lembah Klang.

Untuk lebih lanjut, boleh baca dekat blog beautifulnara.com atau terus ke  Facebook Fanpage MYPerodua ok? Selamat memandu! =)


notakaki : untunglaaaaa zue kerana menggunakan kereta Perodua dan aktif di twitter. Anda bagaimana? Nak follow twitter zue? Jom klik sini >> @zuezoey

Thursday, July 28, 2011

#HarimauMalaya 1-1 Singapore

Assalamualaikum... Salam sejahtera...

Zue tahu, mesti ramai blogger yg update pasal game malam ni kan? Saje nak tambah lauk lagi. Hihihi... perlawanan tadi betul-betul buat sakit jantung, stress and macam-macam lagi la. Dengan drama dari pemain-pemain Singapore yg ketara sangat. Korang perasan tak? Kat twitter, sepanjang game tadi, semua tak puas hati. Pengulas kat Astro Arena pun cakap, jurulatih Singapore tu pengarah terhebat di abad ini. Hihihihiih...

Takpelah. Apepun, dah tertulis yg Malaysia tak dapat masuk ke pusingan kelayakkan Piala Dunia. Dpt sumbat satu goal tu memang hebat okay! Kita kalah dengan penuh bangga dan bermaruah! Terima kasih yg tak terhingga kepada Safee Salli (10) yg berjaya memecahkan kebuntuan. Dan tahniah juga untuk Khairul Fahmi Che Mat yg betul-betul jaga gawang gol dgn begitu cermat sekali. Dan kepada semua rakyat Malaysia yg berada di stadium, korang memang bestttt!! Penuh stadium tu. Dari dalam TV nampak gah sgt!! Semangat ni la yg kita nak :)

Akhir kata, kita mesti ingat, perjuangan pasukan bola sepak bukan terhenti di sini. Kita masih punya Harimau Muda utk kelayakkan ke Sukan Olimpik pulak. Jgn lupa okeh!

Nota : Saya sgt bangga menjadi anak Malaysia!!! I love u Malaysia! :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wasiat

Assalamualaikum... Salam Sejahtera...

Ye, saya tahu. Dah lewat dan saya masih belum tidur. Saya tergerak hati untuk tulis entry ni sebab seseorang cuba sampaikan wasiat beliau kepada saya. Saya tidak ambil remeh bila beliau mengatakan "I'm serious about wasiat". Saya akui, beliau sangat tertekan sekarang ni. Apa yg saya boleh bantu, hanya kata-kata untuk memulihkan perasaan dan hati beliau yg agak huru-hara. Dan sekarang ni beliau memaksa saya untuk saya tidur. Takpe. Kawan-kawan, saya doakan, kehidupan kalian akan selalu dirahmati Allah SWT. Assalamualaikum...

Nota : maaf, entry agak skema dan beremosi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #15 - Status Changed




=)

Monday, July 25, 2011

Monday! It's not Moon Day!


Assalamualaikum... Salam sejahtera...

Weekend ni tak update ape pun. Sibuk menghadiri kenduri dan ada urusan-urusan lain. How's your weekend? Saya? Ehem ehem :)

Notakaki : biarkan gambar berbicara sendiri..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 22, 2011

(VIDEO) Gol Kontroversi Chelsea vs Malaysia

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Ha, tengok semalam perlawanan bola antara Chelsea dan Malaysia? Keputusannya memang la Chelsea menang 1-0, tapi kalau tengok video ni, apa pendapat anda?



Apa pun, pasukan Malaysia malam tadi main best masa 2nd half. Kelakar dengar pengulas semalam. hahahahhaa! anyway, Good luck to Malaysia untuk perlawanan dgn Singapura 23 dan 28 Julai ni! Auuuummmmmmmmmmm!!

notakaki : jom, stand up for Malaysia! =D

Thursday, July 21, 2011

BE ke-8 : Celcom MTV World Stage SS

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Itu je yg terucap oleh zue bila bukak Nuffnang hari ni. Ada buffered earnings (BE) yg ke-8 setakat ni ;)


Kali ni, adalah campaign untuk Celcom MTV World Stage SS. Whoa! MTV World Stage hari Ahad ni ye kawan-kawan. Nak dpt pass to MTV? Jangan lupe klik iklan tu untuk tahu lebih lanjut ye! untung-untung, dpt pass ke MTV World Stage tu dari Celcom! =)


notakaki : terima kasih yg tak terhingga kepada semua pembaca blog zue! Muah Muah!

Virus Baru Di Facebook!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Korang dah tahu pasal ni? Zue pagi-pagi lagi dah dpt message kat FB from my friend's FB. Tiba-tiba dia tanya khabar macam ni..


Pelik jugak sebab tak pernah dia tanya khabar camtu. So, zue pun reply la mcm biasa..

Then, tiba-tiba tanya wanna laugh? Zue dah start curious ok!



Pastu tanya " It is you on the video? Aik? Video ape lak ni? Lepas tu terbaca status kawan zue kat FB. Nasib baik zue tak terus reply message tu...

Klik untuk pembesaran yg sihat ;P
 Kepada kawan-kawan, sila jgn layan kalau ada dpt message kat inbox FB mcm ni ye. Ini boleh buatkan akaun FB anda dan segala akaun yg anda login kat PC or laptop yg sama tu kena hack. Habis semuaaaa.. Mcm cik Nemo Leman kena... DM kat twitter takpe =p hehehehe... Eh, kat twitter buat masa ni takde la kot. Mintak-mintak la takde =)

Ok. Itu je pesanan buat masa ni. Bai! Assalamualaikum..

notakaki : jangan nak suka-suka tekan link yg tah ape2 k?

Ben Ashaari Cari Blogger Baru Jer

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

(this is schedule post)

Hari ni abg ben ada buat segmen baru, untuk blogger baru. Nak join?


Zue saje nak join sebab nak tambah kenalan. Boleh kan? =) Kenapa korang kena baca blog zue? hmmm.. Kenapa ye? sb mostly dlm blog ni zue cerita apa yg jadi sekeliling zue. Sesekali masuk jugak cerita pasal dunia hiburan sekarang ni. Sampai kawan zue kata zue ni gua.com. hahahahaha! =p ok, dah. Terpulang pada anda utk stay to read my merapu meraban punya entry atau boleh je klik X tab atas tu =)


notakaki : tiada paksaan ^_^

Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Ni zue kena tag ngan kimie kat FB, untuk join kempen dia kat blog. Jom support! 



Kempen ni mudah je =)

  • Mestilah menjadi follower blog nie >> http://freedomismine-kimiez.blogspot.com/
  • Linkkan dan buat entri bertajuk "Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez"
  • Tepekkan banner senyum 1 blogger yang ader kepala cameleon tue kat entry korang
  • Sertakan gambar korang senyum dengan tagline korang berkaitan senyum (yang kreatif taw)
  • Tag 2 orang kawan yang buat korang tersenyum
  • Letakkan URL kat entri nie..  >> Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez
Opsss! lupe nak cakap pasal hadiah =)

Hadiah utama :
1 perfume miniature 5ml berjenama + keychain dari perancis

Hadiah kedua
2 perfume miniature 1.2ml berjenama + keychain dari perancis

Hadiah ketiga :
keychain dari perancis

Sebarang penambahan hadiah akan diupdate dari semasa ke semasa.

Tarikh tutup :
jam 12 malam 31 Julai 2011 (sebarang pindaan bergantung pada jumlah penyertaan)


Senang kan?

Ok. Zue banyak gambar senyum dlm koleksi zue sb zue memang suka senyum weyhhh.. Hahahhahaa.. Kimie pun tahu tu. Jap ye.. nak cube godek folder-folder gambar =p

Penat dah godek-godek gambar ni... Akhirnya, ni gambar yang zue pilih....

=================

===============

============

=======

====

=

Kalau tak jelas ngan slogan tu, klik gambar ye =)

Kimie!!! Zue dah tak reti nak reka-reka ni. Hehehehe.. kira ok la kan? =p

Ok, now zue nak tag 2 org

1) Cik Syuhada - http://jarimulaberbicara.blogspot.com/

2) Kak Zuwaida - http://zusazali.blogspot.com/


notakaki : korang mesti senyum kalau tengok gambar orang yg tengah senyum kan? betul tak? betul tak? heheheh =D

Wednesday, July 20, 2011

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1432H / 2011M

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Kurang 2 minggu, kita dah nak berpuasa. Tak sabar rasanya! =)
Ni zue kongsi jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa  2011 Bagi Kawasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya


* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia

** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia

** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan, boleh klik sini untuk download >> Jadual Waktu Berbuka 2011


notakaki : jangan tak ganti puasa lagi ye =)

Wordless Wednesday #14 - Teruja Dapat Makan Durian Kampung!



=p

(VIDEO) Poco-Poco from Juvana Team!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Drama Juvana baru je melabuhkan tirai Isnin lepas dengan rating sebanyak 4.2 Juta penonton untuk episod akhir. Hebat! Ada jugak dengar nak difilemkan la, ada siri ke-2 la. Apepun, kita tunggu je la ok? 

Jom kita layan poco-poco oleh Juvana team masa shooting. Enjoy! =p



notakaki : zue mmg tak reti menari poco-poco ni =p

Monday, July 18, 2011

Durian Oh Durian!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Quick Monday update! Weekend hari tu zue balik Ipoh dan Gerik sebab mak sedara beriya suruh balik makan durian. Kitorang ada dusun kat kampung. Best tuuuuuu...





Hep! Update yg ni dulu. hehehehe...Nanti zue update yg lain okey! =)


 notakaki : korang makan tak durian + santan + pulut? Slurrppppp...

Friday, July 15, 2011

(VIDEO) Bajetnyewwwwwwww | Anwar Hadi

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Video ni zue dah pernah tgk sebelum ni and now video ni dah dinobatkan sebagai Video Of The Year dalam Digi Wwwwow Awards! . Memang apa yg diperkatakan ada betulnya. And tak lupa, tahniah kepada Anwar Hadi sebab menang tiga award from Digi Wwwwow Awards! (http://www.wwwow.my/)

Must-Follow Personality

Blogger of the Year

Video of the Year

Banyak tu! Semoga terus berjaya! Jom layan Video Of The Year ni!



notakaki : zue memang tak berkenan bila taip ayat ada ewwww ewwww..  anda?

Thursday, July 14, 2011

(LAGU) Sesuatu Yang Berbeza - Sofaz | OST Nora Elena

OST Nora Elena


Ada sesuatu yang berbeza
Disaat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Disaat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini


notakaki : kalau dengar dan hayati lirik ni, sedih tau lagu ni..

(VIDEO) Keputusan Perlawanan Persabahatan Malaysia vs Arsenal - 13 Julai 2011

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Mungkin korang dah sedia maklum yg keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arsenal malam tadi berkesudahan dengan Malaysia 0 - 4 Arsenal.. tapi ramai jugak yg kecewa sebab perlawanan ni tidak disiarkan secara langsung di mana-mana stesyen televisyen. Kat twitter pun ramai yg tanya and cari. 

Tadi bukak youtube, ade video rakamana gol-gol yang dijaringkan malam tadi. Nak tengok? Jom..


Jadi, apa pendapat anda?


notakaki : dengar kata malam tadi penyokong Arsenal yg ramai ye? Siap pemain kebangsaan kena boo??

Wednesday, July 13, 2011

@Aaron535Aziz Menunaikan Umrah Bersama Isteri

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


Tadi baca tweet Aaron Aziz. Hari ni dia dan isteri, Diyana Halik akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah.. seronok kan dpt menjadi tetamu Allah? Kami mendoakan semoga selamat pergi dan kembali..

Seronok Aaron dapat BB dari peminat..
Aaron dan Diyana
Aaron with #aaronators semalam
Semalam Aaron sempat jumpa dgn peminat-peminat beliau yg dinamakan #aaronators. Kalau nak tahu macam mana nak join, singgah-singgah la twitter and cari hashtag #aaronators tu :)


notakaki : masih teringat kegembiraan mak masa mula-mula sampai di Mekah untuk umrah baru-baru ini..


Gambar dari twitter @Aaron535Aziz

Wordless Wednesday #13 - Pssstttt.... I Love U My BFF!


Monday, July 11, 2011

"Tanya diri kau apa bakti kau pada negara, jgn tanya apa negara berbakti pada diri kau" - Pakcik Depan Sogo

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Jom, zue nak kongsikan video ni dari youtube. Korang nilaikan sendiri k.. 

"Tolak tepi imej dia, dengar apa yang dia kata.. Kita berilmu, kita tahu bezakan"


 Credit video kepada http://www.ibnukhusairy.com/

Kita punya pemikiran dan pendapat masing-masing, macam pakcik ni.. tapi fikirkan apa relevant yg pakcik ni cuba sampaikan..


notakaki :  sekadar berkongsi sahaja =)

Disconnected!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Pagi-Pagi Isnin ni nak sort email and start to work, tp email down pulak...


So, apa nak buat ye? Dah call IT pun, rupanya mmg ada around 100 accounts effected. Ada server problem. I am one of them. Grrrrr....


notakaki : tiba-tiba sakit kepala menyerang o.O

Friday, July 8, 2011

Nak Jumpa Arsenal dan Chelsea Football Club?

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Ha, mesti korang yg minat Arsenal ngan Chelsea tak sabar nak tgk match diorang kat sini dgn Harimau Malaya kan? =)

Macam yg diberitahu sebelum ni, Celcom ada lancarkan kempen Who Will Win untuk peminat mendapatkan pas percuma menyaksikan perlawanan yg dah dijadualkan..


Venue : Bukit Jalil National Stadium
Date : 13 July 2011
Time : 8.45PM

Venue : Bukit Jalil National Stadium
Date : 21 July 2011
Time : 8.45PM
Untuk lebih lanjut pasal kempen ni, korang boleh klik sini >>

Jom sokong Harimau Malaya :D


notakaki : happy weekend untuk semua!!

Thursday, July 7, 2011

Terima Kasih Semua!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera!

Okay, tiba-tiba rasa aktif pulak malam-malam ni. Hehehehe.. Ini kerana, saya punya rakan-rakan di alam maya yg super awesome! Untuk hari ni aje, bila saya join segmen Abg Ben untuk kritik dan dikritik, banyak komen-komen positif yg saya terima. Sekarang ni ada lebih dari 9 komen yg saya masih belum approved sb tak bukak kat laptop. Esok saya akan approved semua dan lawat blog anda ye!

Untuk rakan-rakan di dunia blog, saya ucapkan terima kasih sebab sudi singgah blog saya ni. Rasa terharu sangat walaupun blog saya ni tak seberapa :)

Terima kasih semuaaaaaaa! *hugs*

Notakaki : malam ni kena tidur awal sebab esok pagi nak buat 300 keping roti jala o.O

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Lepas lunch ni mata agak kuyu sikit.. hujan pulak tu kat luar kan? apa kata korang join segmen dgn Abg Ben ni =)

Jom join! Klik SINI


Segmen ni untuk korang kritik mengkritik blog satu sama lain. Rasenye abg ben dah pernah buat segmen ni. Tapi takpe. zue masih perlukan kritikan lagi untuk memperbaiki blog zue ni. Hehehhee..Tanpa kritikan yg membina, macam mana nak maju kan? =)

Siapa-siapa yg nak join, jom klik SINI cepat-cepat sb segmen ni akan ditutup pukul 10malam ini.Senarai blog yg join diletakkan di SINI

notakaki : ok tak loading blog zue ni?

Langit Petang

Cantiknya langit waktu petang... Memberi pancaran sebelum terbenam di sebelah barat..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #12 - This Is RUDE!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wordless Wednesday #11 - Video Penuh #TwtUpKaseh by @elmielmo




Tuesday, July 5, 2011

#TwtUpKaseh Mural is The Best! Thumbs Up Muralist Team!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Masa #TwtUpKaseh, ada satu team ditugaskan untuk buat mural. Selalunya mural org buat mcm abstract kan? Tapi kai ni mural yg dihasilkan cukup cantik!
Tak percaya? cube korang tengok gambar di bawah...




 

And the results here......



What else can I say? Kalau tengok depan-depan, cantikkkkk sgt!


@AbellJeffry @traize11 @semahnira @shlashhzrn @Urasnobucho @eza2odette @LiyOthman    @rafflethazzle & @AdAlwi

Thanks to all muralist!  You guys memang sgt berbakat! *thumbs up*


Video by @elmielmo for The Muralist. Enjoy! =D



notakaki : kalau korang nak panggil muralist, u guys can contact them =)

(VIDEO) #TwtUpKaseh by @elmielmo

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Bila tgk balik video-video ni, rasa rindu kat diorang. Happy je adik-adik tu. Jom layan~ =)



 

notakaki : what's for next twtup? =)

#WhoWillWin Campaign by CELCOM

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Ha, sape perasan semalam masa berita sukan kat Buletin Utama? Zue masuk TV sekejap. Hahahaha.. *gelak secara gedik*

Semalam zue berada di Media Launch untuk Who Will Win campaign by Celcom. Kalau nak tahu berita penuh mengenai kempen ni, boleh cuba tengok links kat bawah post ni ye.
Jom layan gambar dulu =D









Antara yg sempat zue tweet semalam, masa launch =p

Ok. Info lanjut mengenai kempen ni, boleh tgk kat links bawah ni ye. Terima kasih! =D



notakaki : excited tak nak tunggu Arsenal n Chelsea dtg Malaysia?

(GAMBAR) Happy Birthday Arhab Hurairah - 4th July 2011!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. 

Dah wish dah semalam and dah buat entry kat SINI. Kita layan gambar sambut birthday semalam kat rumah zue =) 

Kesian diorang. tahun ni takde sambutan besar-besar sb masing-masing tak sihat..

Happy Birthday yg ke-4 tahun :)


Adik dia, Azhad Huzaifah yg asyik meragam sb tak sihat..
Suka dia dpt potong kek warna kegemaran dia, warna KUNING! Hehehehehe... Arhab ni mmg suka warna kuning ye. Pantang nampak warna kuning, contoh mcm kereta. "Eh, kaknor! cantiknya kereta kuning tu..." Hhahahaha... sabar je la =p


notakaki : sekarang warna kuning warna sensitif..