Anda Sangat Hebat!

Monday, December 10, 2012

[Part II] I Am Lucky Number 3! Thanks Chef Ammar AL Ali!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ya Allah... Lama betul tak update blog Zue ni. Adalah sebulan kan? Hehe.. OK, so here we go!


Haaa, kali ni, Zue nak update part II. Ada apa? Jeng Jeng Jeng..

Alhamdulillah.. 2minggu lepas, Chef Ammar call Zue and tanya, bila dia boleh datang masak for my family. Masa tu, rasa seronok sangat sebab Chef Ammar ni very humble orangnya. Dia tanya, then Zue and family decide, 9 Disember 2012. 

Seminggu sebelum Chef Ammar datang, dia dah email, untuk sediakan bahan-bahan untuk masak. So far, semua bahan yang dia senaraikan, senang nak cari, kecuali Tahini sauce. Sauce ni dari timur tengah punya resepi. Mostly digunakan untuk buat salad. Rasanya ada jual kat pasaraya, tapi disebabkan tak pernah dengar, takut silap beli. So, sauce tu Chef bawak, dan dia tinggalkan dekat rumah sebagai cenderahati. Hehe.. Thank you Chef!

So, persiapan pun dibuat sampailah semalam, masa yang ditunggu pun tiba.. Inilah pertama kali, Chef datang masak-masak kat rumah. Mula-mula tu segan jugak. Yelah, selalu Chef kan masak kat dapur besar-besar, canggih-canggih etc. Tapi Alhamdulillah, Chef Ammar tak kisah semua tu :)

Oh ya. Zue ada buat rakaman, tapi tak edit lagi video-video tu. Bila ada kesenangan, Zue edit and upload kat Youtube. Kualiti video tu, minta maaf sebab hanya record guna kamera digital biasa. Hehe..

Ok, resepi kali ni, Nasi Sayyadiya.

Gambar masa masak-masak tak banyak sebab Zue lebih kepada rakaman. Yelah, kalau gambar je, cara-cara untuk masak tu tak berapa nak faham kan. So, layan je gambar yang tak berapa ni ya. Hehe..

 

Hasilnya, sangat sedap! Ni adalah makanan Arab yang Zue tak pernah rasa sebelum ni. Kalau ikutkan, pergi mana-mana restoran makanan Arab, rasa nasi semua sama kan? Tapi kalau ikut betul-betul resepi yang chef bagi, semua resepi ada citarasa yang berbeza-beza. Jadi, kenalah cuba semua resepi Chef Ammar! Hehe..


 Oh, by the way, Chef Ammar pun consume Jus Enerchi, produk dari Adamaya Marketing Sdn Bhd. More info, boleh email to nurzulaina@gmail.com :)


Last but not least, thank you for your time and effort Chef Ammar. I don't think other Chef willing to do this. Wish you all the best and may Allah bless you with more and more rezeki, In Sha Allah :)

Untuk kawan-kawan yang nak cuba resepi-resepi Chef Ammar, dia selalu update dalam facebook. Cuba, jangan tak cuba. Dah berjaya, post gambar kat facebook Chef. He would love to know that, trust me! 

And don't forget to catch him on TV Al-Hijrah, every Sunday at 8.30pm, in Masak Dari Hati, Masak With Iman.

Facebook : 


Thank you Chef Ammar!

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #47 - Opportunity! Interested?


Contact:-
Twitter : @jujupsie


Tuesday, October 30, 2012

Black Is Hitam

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ni yang zue akan pakai menjelang November untuk satu majlis. Majlis apa? Kita tungguuuuuu!


Have a great Tuesday people!


Sunday, October 21, 2012

Decision Has Been Made

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Since mood berblogging tu semakin baik, so, here I am. Heehee..

Last Friday, Zue dipanggil oleh my VP masuk bilik dia. And terkejut jugak why suddenly she called me kan. So, berbekalkan doa di dada (kemain kan berdoa), Zue pun jumpalah beliau. And she asked me bla bla bla, she offered me to do this product, tapi still under one umbrella. And for me, rasa teruja sebenarnya! Yelah, benda yg baru. And I think it's better for me to move now. Peluang dah datang depan mata and I want to do something yg agak challenging. Zue pun ada mintak pendapat one of my colleague yg Zue anggap kakak kat office Zue pasal benda ni and she told me "why not?". So, situ dah ada 60% keyakinan. Balik sembang dgn ayah pulak, rasa lebih yakin. Sebab apa? Sebab ayah kata, "selagi kita ikhlas dalam kerja, ada ganjaran yang baik utk kita. Kerja tu biar ikhlas kerana Allah, bukan sebab nak membodek atau mengampu boss". Ayah kata lagi, "bukan senang boss nak panggil awak kalau dia tak yakin dgn awak. Kalau awak rasa berbaloi, terima je offer tu dan buat sehabis baik".

So, dgn berbekalkan keyakinan dan dorongan, keputusan pun dah dibuat. Zue harap, Zue ambil keputusan yg betul, InsyaAllah..

Doakan Zue :)

Cerita Semalam

Assalamualaikum! Selamat berhari Ahad.

Semalam Zue pergi kenduri Fatin kat Sg Buloh with my TEH (The Edge Hut). Pelik kan siap ada mcm group bagai. Macam kata Elyn, ada cerita di sebalik nama tu sebenarnye. Heeheehee..

Anyway, Selamat Pengantin Baru Fatin! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin..







Saturday, October 20, 2012

I'm Back!


Thursday, October 11, 2012

Anda Semua Dijemput!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Fuhhhh! Lama betul tak update blog. Mohon maaf. Agak sibuk kebelakangan ni dengan macam-macam hal. Harap semua masih aktif berblogging. Hehe..

Oh ya. Title entry kali ni gara-gara hari Ahad ni. Dijemput untuk apa? Jom, check it out!


Anda semua dijemput hadir ke CellLabs Cherish A Healthy Lifestyle Fair di 1 Utama Shopping Centre untuk meet and greet session bersama Hot Momma, Dynas Mokhtar! Nanti anda boleh hantarkan gambar ke Facbook Dynas Mokhtar, dan gambar anda akan dimuatnaik dalam blog dan juga di facebook Dynas. Come join us!

Last time event, di Mid Valley Megamall.

Event: CellLabs Cherish A Healthy Lifestyle Fair
Venue: LG HighStreet, 1 Utama Shopping Centre
Duration: 14 Oct 2012 @ Sunday, 3pm-4pm


Haaaa.. ni betul-betul nak have fun. Anda dijemput untuk join bowling bersama Dynas dan fans di e@Curve! Untuk sertai, anda boleh email ke dynasfanmail@gmail.com. Penyertaan dan bayaran selewat-lewatnya ESOK, 12 Oktober 2012!


Kalau takde plan hujung minggu ni, jom jumpa anda di kedua-dua event! ;)


Monday, September 10, 2012

Hujung Minggu with Bestie. KPMMians

Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Ni cerita semalam, 22 Syawal 1433H, 9 September 2012.

Itulah keje zue. Update pasal hujung minggu je lately. Hahaha.. maafkan saya. Selagi raya tak habis, selagi tu update hanya untuk hujung minggu. hewhewhew :B

Zue plan untuk jumpa kawan-kawan sebilik masa study kat KPMM dulu. Seperti yg telah dirancang dua minggu yg lepas, kami jumpa semula untuk beraya bersama-sama semalam.. Dah lama jugak rupanya kami tinggalkan kolej. Hampir 6 tahun. Tapi persahabatan sejak 2004 tak mungkin terputus macam tu je kan?

Alhamdulillah.. plans went well. Berjaya beraya ke 4 buah rumah, termasuk rumah zue. Seronok sangat bila dapat jumpa, beraya and sembang-sembang pasal kenangan kitorang. Tapi kalau ada lagi 2 org, baru lengkap sebenarnya. Tapi takpelah. Takde rezeki. Sebab masing-masing jauh. So, dapat berkumpul 5 orang je, dari 7.
Ni gambar sekitar 2004 - 2006 kat KPMM. 


 Bawah ni pulak gambar semalam. Ada beza tak? Hihihi..


Bezanya, ada pertambahan ahli. Hehehe..Beraya bawak anak dan suami ye. Dalam kami 7 orang, 4 dah kahwin. Zue dah ada 2 orang anak buah. Hehehe.. yang lagi 3 tu, kita tunggu siapa lepas ni k? ;P

Bak kata one of our former lecturer kat facebook, "Walaupun KPMM bangunan lama kena roboh, korang masih still keep in touch." Ye. bukan senang nak mencari sahabat yang betul-betul sahabat. Alhamdulillah, zue dikurniakan sahabat begini sehingga sekarang :')

Harap-harap tradisi ni akan diteruskan, bukan untuk raya je. Sampai bila-bila ;)

Sekian, Wassalam!

Tuesday, September 4, 2012

Terima Kasih MIG! Terima Kasih David Teo!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Semalam zue dijemput ke majlis pra-tonton Salam Cinta di TGV Sunway Pyramid sebab ada penyampaian hadiah peraduan 8 Jam di fanpage David Teo. Jadi pemenang saguhati je. Jadilah kan? :)

 
 
 Ni la hadiah yg zue dapat dari MIG. Terima kasih! 

Jom Like fanpage David Teo dan MIG Online untuk update filem dan drama Melayu keluaran MIG Metrowealth. Diorang rajin buat contest. Mana tahu rezeki korang ke kan? :)

Gambar sekitar Majlis Pratonton Salam Cinta di SINI

Sekian, Wassalam!

Monday, September 3, 2012

Hujung Minggu Saya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Sorry, lama tak update blog ni. Sibuk dengan keje. phewww! Ok, let's start. Minggu lepas kiranya kita semua cuti agak panjang la kan. Jumaat sampai Ahad. Mesti korang pun semua sama mcm zue, banyak wedding + open house. Ada jemputan yang terpaksa ditolak. Mohon maaf pada yang berkenaan :(

Hari Jumaat je, zue ada 3 open house. Pertama kat Kota Damansara. Actually, bukan open house. Kak Maya just ajak kitorang, Zue dengan Epul makan-makan kat rumah dia. Hehehe.. Thanks a lot Kak Maya! Spaghetti sedap! Tapi tak sempat langsung nak amik gambar -_-

After maghrib, terus balik and ambik kereta nak ke Keramat. Tiba-tiba mak ajak ke umah kawan dia. Nasib baik dekat dengan rumah. Singgah la sekejap. Ni pun tak sempat nak amik gambar. Mai sekejap, makan sikit and terus ke Keramat pulak. Gila macam amazing race dah. Hahaha.. Then terus zue ke Keramat..

Linda (in blue), my office-mate buat open house di Keramat. Thanks for having us Linda!

Selesai sudah untuk hari Jumaat. Sabtu pun agak bizi jugak. ada wedding schoolmate dari secondary school. Tahniah Izwan!!


Tak ramai yg dapat datang. Tak sabar tunggu turn siapa pulak lepas ni. Sama ada zue, Ershad atau Mirul. Jeng jeng jeng.. :D

Ni mak buyung, my bffae, Syuhada. Peneman saya dihari tersebut. 

 
Ni namanya Amirul Hadi. Lama gila kot tak jumpa dia. One of the schoolmate. Dia satu sekolah sampai form 3 je, pastu dia tukar sekolah.

After that, secara tak dirancang, kami, Zue, Syuhada & Amirul singgah Wangsa Maju untuk lawat new babyborn schoolmate kami, Shalini. Tahniah Lini! Zue dah dpt anak buah baru! Hehehe..

 Adelia Qaisara dengan Auntie Zue :'D

Lebat sungguh rambutnya. Kalau tak silap, umur dia time ni baru 26 hari. Sebab tu mama nya tak dpt ikut pegi wedding Izwan. Dalam pantang lagi. Comel kan? Comel kan? Gerammmm je! Hehehe :D

 Balik je rumah, ada tetamu rupanya! Si comel Addhaniya Soffiyya! Comel sesangat! Dah la pandai posing! Grrrr....


Ha, korang geram tak? Asyik kena gomol je dgn zue petang tu. Hahhaha.. Mak zue jaga baby Dhaniya ni.. Mulut bising. Pandai posing. Dah pandai merangkak dah. Tak lama lagi, boleh la jalan! 

Hari Ahad? Hari rehat sedunia! Dapur pun tutup. Hahahaha.. semua dok melepak je kat rumah. Cuma siap-siapkan untuk keje hari Isnin tu.

Ha, apa cerita hujung minggu korang? Ce kongsi sikit ;)


p/s: sedar tak sedar, dah pertengahan bulan Syawal..

Thursday, August 23, 2012

Salam Aidilfitri 1433H / 2012 !

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin :)
 

Mohon Maaf jika selama zue berblogging ni, ada yang terasa, atau berkecil hati dengan penulisan zue. Semoga Syawal ni memberi kita keberkatan dan bersederhana lah. Jangan membazir ye. Makan pun berpada-pada. Selamat menyambut hari kemenangan!
 
 

Friday, August 17, 2012

#SaveJeJai

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Dalam kegembiraan kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri yg semakin hampir, ada insan yg amat-amat memerlukan bantuan kita. Baru-baru ni, zue diinvite masuk ke Group Facebook Sulit yg dicreate oleh Bro Eyriqazz. Bila baca post2 kat group, terus terkejut dan sedih sgt. Untuk blogger yg aktif, mesti mengenali Bro Je Jai --> http://www.teratakarmo.com/


Buat pengetahuan semua, Bro Je Jai sekarang ni bertarung dengan nyawa kerana disahkan oleh doktor menghidap Lung Cancer Stage 4! Astaghfirullahhalazim.. Terkedu zue membaca post Bro Eyriqazz dalam group.

Walaupun zue hanya mengenali Bro JeJai melalui penulisan beliau di blog, zue percaya, beliau seorang rakan yang susah senang bersama. Ini dapat diterjemahkan dengan penulisan Bro Eyriqazz di entry beliau --> Je Jai - Antara Rakan, Rahsia, dan Racun.

Menitik air mata bila baca betapa Bro Je Jai taknak dibantu dan taknak orang tahu yang dia tengah bertarung dengan nyawa. Dalam dugaan yang besar tu pun, Bro Je Jai tetap tak mahu orang tahu dan simpati dengan penderitaan beliau. Tapi sekarang ni, Bro Eyriqazz , Abg Ensem, Red Mummy dan blogger lain menyeru utk diblog kan kisah Bro Je Jai untuk sama-sama kita membantu meringankan beban Bro Je Jai dan keluarga.

Untuk yang nak membantu Bro Je Jai, di bawah ni disertakan akaun Bro Je Jai dan isteri beliau. Sumbangan anda amat membantu Bro Je Jai. 

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
 
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

 Ribuan terima kasih bagi sesiapa yang membantu. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua.

Lagi post mengenai #SaveJejai
Abg Ensem - #SaveJejai


"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul"


Apa perasaan kita kalau salah seorang keluarga kita mengalami nasib begini?

Friday, August 10, 2012

Tahniah Pandelela Rinong!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!


Sekali lagi, Malaysia berjaya mendapat pingat di Sukan Olimpik London 2012. Tahniah Pandelela Rinong kerana berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform wanita. Tahniah!


Jom kita saksikan detik-detik kemenangan Pandelela.


"I'm very proud and honoured to win a medal for my country" - Pandelela.

Pandelela mencipta sejarah tersendiri dalam sukan renang. Terima kasih Pandelela kerana mengharumkan nama Malaysia di mata dunia!

Lebih info, boleh layari laman rasmi youtube London Olympic 2012 



Thursday, August 9, 2012

I Am Lucky Number 3! Thanks Chef Ammar AL Ali!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Alhamdulillah, dah 20 Ramadhan 1433. Sekejap je Ramadhan dah nak tinggalkan kita..Sedih dan sayu je rasa..Apapun, tingkatkan amalan sebanyak yang mungkin bulan Ramadhan ni ye :')

Mesti korang tertanya-tanya apa yang Lucky Number 3 tu kan? Tadi secara kebetulan, zue bukak Facebook Hidangan Barakah, sebab nak tengok resepi rancangan semalam. Oh ya. Buat yang tak tahu, Hidangan Barakah ni sebuah rancangan masakan yang disiarkan setiap hari di bulan Ramadhan ni di TV Al-Hijrah, yang dihoskan oleh Chef Ammar AL Ali. Chef ni popular dengan tagline beliau, Masak Dari Hati, Masak Dengan Iman :)

Ni serba sedikit mengenai Chef Ammar, yang dikopipes dari Facebook beliau.

I am introducing myself as an Executive Chef. My principal duties and responsibilities planning Menu and Teaching Cooking as well as conducting Cooking Class, composing and preparing all menu needed for any request regards to International and Mediterranean Cuisine, I had been working as Executive Chef in 5 Stares Hotels Such as One World Hotel, Rebak Island Resort, Regent Kuala Lumpur under 4 Season, Grand Millennium Kuala Lumpur, Shangri-La Gorge Town Penang, Shangri-La Rasa Sayang, Shanagri-La Golden Sands Beach Resort, Sunway Hotel and Spa, Holiday Inn Beach Resort Penang, Maldives Island, and Jordan.

Ni salah satu video rakaman Chef Ammar masak last year untuk Hari Ibu.


Banyak jugak pengalaman Chef Ammar kan? Mak zue memang tiap-tiap hari tengok rancangan ni. So, idea utk masak tu dah ada. Bahan-bahan dia pun senang nak dapat. Lagipun setiap kali Chef Ammar ni masak, tak putus-putus ucap Bismillahhirrahmanirrahim, MasyaAllah, InsyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah semua-semua la. Beliau pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia kita tau! Ayah zue pun suka tengok cara beliau memasak.

Dan kebetulan tadi, Chef update status di Hidangan Barakah punya facebook. Mmmm.. menarik! Kenapa?


 Haaaaa! Peluang keemasan ni! Zue pun tulis la slogan yang tak berapa nak slogan, dengan harapan, dapat terpilih dalam senarai 10 orang yang bertuah tu. Tup tup.....


Alhamdulillah! Terus zue call mak bagitahu berita gembira ni! Kemain mak seronok. Hehehe.. So, tunggu je la berita dari Chef bila dia nak datang and masak-masak dengan kami. Dijadualkan lepas raya, InsyaAllah.. Zue pun dah emailkan details kat Chef. 

Nanti zue update bila dia nak datang rumah zue untuk masak-masak. Tak sabar rasanya! :D

Untuk anda yang nak resipi dari Chef Ammar, boleh Like Facebook Hidangan Barakah. Kat situ, banyak resipi yang dikongsi Chef Ammar sepanjang Ramadhan ni. Semuanya sihat-sihat dan sedap-sedap! Selamat mencuba!

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Semua!


Wednesday, August 8, 2012

RAIN OR SHINE: FREE ICE-CREAM FOR ALL!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!


In honour of our athletes for their determination and passion, Impian Emas Negara Media Prima Berhad & Baskin-Robbins Malaysia wants to reward all Malaysians with FREE Baskin-Robbins ice-cream! It’s time to come together as ONE and taste the sweet success! Wednesday, 8 August 2012 from 8.00pm till 10.00 p.m at all 61 Baskin-Robbins outlets nationwide (excluding two kiosks at Pantai Hospital, Bangsar and Genting Theme Park)



Tuesday, August 7, 2012

Welcome Home Datuk Lee Chong Wei!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Short enrty! Datuk Lee Chong Wei dah selamat sampai Malaysia pagi tadi dgn membawa pulang pingat perak yang dimenanginya pada London Olympic 2012. Rasanya lebih 500 orang menyambut beliau di KLIA. Wooowww! Siap ada #TwtupChongWei. Tahniah Malaysia sebab anda sangat bersatu :')

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang #TwtupChongWei dari instagram dan twitter.







Overwhelming respond! Congratulations Datuk Lee Chong Wei! We proud of you!

Ada satu video yang ditujukan khas utk beliau. Check it out!


Nice video done by Ming H and BryanLYT!

Have a good Tuesday people!

p/s: short entry ke? hehehe..


Monday, August 6, 2012

We Love You Datuk Lee Chong Wei!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!


Semalam memang perlawanan yang sangat mendebarkan. Apapun, keputusan telah tercatat. Tahniah untuk Lee Chong Wei (LCW) sebab dah berlawan sehingga habis kudrat beliau walaupun baru je pulih dari kecederaan yang dialaminya pada Mei lepas.

Saya respect semangat dan usaha LCW untuk berjuang untuk negara kita Malaysia. Dan untuk semalam sahaja, rasanya seluruh Malaysia, malah seluruh dunia menyaksikan perlawanan tu. Berdebar tu jangan cakap la. Macam-macam reaksi.

Tahniah sekali lagi! Saya bangga! Sangat bangga walaupun beliau hanya berjaya mendapat pingat perak, tapi dengan penuh bermaruah. Bak kata salah satu komen "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts. ~ ESPN commentator." :')

Sokongan Malaysia sangat bermakna buat LCW. Beliau dah buat yang terbaik. Tahniah! Kami bangga dengan pencapaian anda!

Jom nak kongsikan sikit apa yang saya dapat dari facebook hari ni.




Sumber: Facebook HOT FM



Last but not least, we proud of you Datuk Lee Chong Wei!