Synopsis
A talent search competition has matched two hearts – that of Melur, a Malay-mixed girl and an Indian male student, Mahesh. Melur, with her melodious voice, singing whilst playing the piano is one of the seven finalists of the Talentime competition of her school organised by Cikgu Adibah.
Nak tambah sikit, petikan dari www.murai.com.my :
Talentime terbitan Primework Studios dan Chilli Pepper Film juga adalah filem pertama buat penyanyi Jaclyn Victor dan lakonan pertama Seniwati Azean Irdawaty serta Sukania Venugopal di bawah arahan Yasmin.
Ia disokong oleh wajah-wajah baru yang berbakat iaitu Mahesh Jugal Kishor, Howard Kon Kahoe, Pamela Chong (adik penyanyi Vince), Elza Irdalynna, Amelia Thripura dan Susan Chong.
Manakala pelakon lain adalah mereka yang pernah beraksi dalam filem Yasmin sebelum ini seperti Mohd Syafie Naswip (Mukhsin), Harith Iskander, Ida Nerina, Tan Mei Ling, Adibah Noor, Mislina dan Jit Murad.
Talentime mengisahkan pergolakan yang berlaku dalam 2 buah keluarga berlainan bangsa dan agama iaitu sebuah keluarga Melayu-Inggeris dan sebuah lagi, India konservatif.
Zuriat dari 2 keluarga ini telah bertemu dan ia memutikkan bibit-bibit cinta tanpa si dara itu, Melur, mengetahui rahsia peribadi teruna India terbabit, Mahesh.
Satu lagi pergolakan bertumpu kepada seorang pelajar Melayu dan Cina berhubung kebolehan mereka yang berbalut prejudis. Akhirnya pentas Talentime (juga boleh disebut Tale 'N' Time) menyatukan segala perasaan, merungkai prasangka lalu menjadi sesuatu yang manis dan cukup mengharukan.