Anda Sangat Hebat!

Monday, August 31, 2009

TAMAN TASIK TITIWANGSA

Salam kemerdekaan semua!!

Hari ni cuti umum, tp zue keje (spt yg diberitahu dlm entry sebelum ni). Semalam dlm sejarah, zue bukak pose sorang-sorang kat tepi tasik. Syahdu gyler! Hahaha..

Ni antara pic yg zue amik semalam..





Ramai org kata zue gyler bukak pose sorang2 kat tepi tasik. Melayan perasaan katanye. Hak!
Ade sebab nape zue pegi tempat ni.. kepala, hati n perasaan zue berserabut. Sampai kat cni, bile tgk suasana kat tasik ni, rase tenang. Siyes best ok~~

So, balik umah hati zue dah tenang sket. Mandi2 n rehat2, mata terus terlelap sb seharian keluar tanpa arah tuju..


Sunday, August 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52



Note : IKLAN MERDEKA PETRONAS KE-50 BY ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD
p/s : kanak² sgt jujur! =)



Note : IKLAN MERDEKA PETRONAS TAHUN 1999
p/s : bersatu itu penting! =)


YG TERAKHIR



Salam!!

Tak sangka hari ni last day zue cuti.. Esok akan mula bekerja semula! Heeeeeeeee... =p
Pada kawan2 opish, zue akan kembali esok! Hahaha! ayat takle blah k?

Ok, rumusan utk cuti 6 hari ni, takde ape yg menarik tertarik pun. Cuma dpt rehatkan diri dan minda dari tekanan kerja. Juga dpt habiskan masa bersama keluarga dan kawan2. Sume pelik zue cuti panjang time pose ni.. Ok, zue cuti ni sb nak abiskan cuti tahun. Contract zue akan renew pada 31 Ogos. So, saki baki cuti tahun kena habiskan before 1 Sept lor. So, raya nt zue kena keja! KEJE ok! tp xpe...sb family zue mmg tak balik kg. Raya kat KL je.Lalalalalalala~~

Esok zue kerja 10am-10pm.Nampaknye, berbuka puasa di opisla jawabnye. Huhuhu..Ade sape² nak anta makanan sedap² utk zue berbuka kat opis esok? ade tak? ade tak? sampai hati korang kan??waaaaaaaaaaaa~~~

Selingan :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 esok kepada semua rakyat Malaysia, tak kira di mana anda berada.
Zue bangga jadi anak Malaysia!! >> semangat ni!! =)

Ok, ok...
Mgkn bermula esok, korang akan jumpe ZUE yg baru! semangat baru! =)
Daaaaaaaaaaaa~~


Saturday, August 29, 2009

HARI KE-5

Hari ke-5 zue cuti. Nothing to share hari ni. Cume hari ni, zue dah plan utk kemas balkoni
depan umah zue yg dah lame tak kemas ni.Hahaha! teruk kan? tgk la pic2 kat bawah ni..


keadaan depan balkoni sebelum kemas2...(bintang - kucing zue pun nak enterprem!)

So, tadi mula punggah2 sume and basuh balkoni. Pindah2 kan sume pasu and buang ape yg tak patot. Mak pun "turun padang".Hehehe...yela, pokok bunga dia gak, kan. Sementelah zue cuti n takde keje ni, ringan2 la tulang ni nak buat keje. Jiran yg nampak sume tegor
"utk raya ke?". Perlu ke nak tunggu raya mak cik oooiiiii! hehehe..




keadaan balkoni lepas "gotong - royong" bersama mak.. =p


Ok, nak siap2 kan utk bukak pose! Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~

nota : mcm ne shahrul? saya tak tanam bunga. kemas2 je. hehehe!

Friday, August 28, 2009

BEST IN ME - BLUE



Thursday, August 27, 2009

MARA + LOW YAT

Hari ni puasa ke-6, n off-day zue yg ke-3. Ingatkan buleh rehat2 kat umah. Pagi2 lepas sahur n solat subuh, tgk cite NUR KASIH kat http://www.tv3.com.my/. Layan jap. Pastu mak dah suh siap2 nak bawak Imah gi survey Laptop , nak beli utk dia bawak gi India nt. Zue ingat cuma nak gi Low Yat je. Rupenye kena gi MARA dulu. Hari ni zue x berani nak bawak motor, manyak keta + takut sesat nak gi Low Yat. Hahaha!

tgk la tu. Keta banyak tak kira masa woooo...

Lepas tu, terus naik STAR LRT, ke stesen Hang Tuah nak gi Low Yat.

@ Plaza Low Yat

tgh survey Laptop @ Low Yat

depan Timesquare

sgt patriotik! Jgn lupa kibarkan Jalur Gemilang k!

Weeeeeeee~~ Hari ni agak kepenatan berpuasa sb banyak berjalan, tp seronok. Dah lame tak naik public transport ni. Laptop tu nak beli before 7th Sept. Imah dah berkenan kat laptop HP Compaq CQ20-318TU. Price promo ni RM2799. Kita tungguuuuuuuuuuuuuu~~~

Wednesday, August 26, 2009

AIR PANAS

Assalamualaikum..

Hari ni off-day yg ke-2. Siang tadi gi KL, bawak Imah gi beli tiket bas and gi beli suar. Tgh selit2 bawak motor kat KL tadi, lutut Imah terlanggar teksi. Woooho! Sorry Imah. Teksi2 n bas2 kat KL sgtla tak beradap okeyh! Huuuuu..mmg taknak dah bawak motor masuk jalan kat KL tu! Huh!
Lepas dah setel n balik umah, tertido sb terlampau penat. Tangan zue pun dah berbelang sb mase bawak motor tadi cuaca sgt panas. haha! Kulitku sgt sensitif ye kawan2..hehehe! Terjaga kul 4.45pm, mak kejut sb nak gi umah Toksu kat Air Panas, Setapak bukak pose kat sane. Akak ngan mak pegi dulu naik teksi, then zue ngan Imah, siap2 pegi ngan motor. Skg ni kan musim ujan. Bile dah siap2, ujan la pulak. Lepak2 kat umah sampai dekat kul 6.30pm da..mak asyik call tanye bile nak dtg.Hoho! Lepas tu, redah gak ujan2 yg nasib baik agak renyai.


Pic masa kat umah toksu


Juadah berbuka kat umah Toksu. Meriah gyler!

Huish! Korang cube tgk menu bukak pose ni. manyak kan? tu pun ade yg tak dpt nak enterprem. hahaha! Mmg byk, tp zue cume makan roti sardin 1, cekodok 2, bihun goreng satu senduk , pisang goreng 1 and air oren. Kenyang gyler k! Toksu ajak makan nasik, takleh nak makan da..Penuh perot owh~ Hehehe...

Lepas Isyak, kitorang balik umah. nak dok lama2 takleh nt ayah kat umah bising. hehehe.. apepun, bulan pose ni best sb slalu dpt makan yg cedap2.Ngeeeeee~~~

Tuesday, August 25, 2009

C.U.T.I



Weeeeeeeeeeeeeee! Sronoknye dah start cuti ! bley rehat sepuas2nya sampai ujung minggu ni. Zue cuti sb nak clearkan AL n nak renew contract ujung bulan ni. Last week cuti, this week cuti lagik. Lalala~ Dah serabut pale dok kat opis sb takde tenet! kalau ade, at least bleh gak ilangkan tension2 ni. Ni web utk keje pun kena block! ape daa.... terok tol!

Ok, ok. Da tamo pikir pasal opis for this whole week. Apa yg penting, nak rehat n nak kemas2 umah. Maklumla, raya nt zue kena keje! Ngeeeeee~~ Rase teruja lak kena keje time raya. Hahaha! Kelakar n pelik kan? Hmmm...nak watpe lagi ea time cuti2 ni? kawan2 ade idea tak??

p/s : gaji $$$ Jumaat ni! =p


Monday, August 24, 2009

KU BAHAGIA



Disebabkan fobia nak tido balik selepas kejadian semalam, ni la keje zue pagi2.Online ,tgk2 blog, komen2, tgk FB and etc.Hehehe..tak sabar nak cuti!

Sunday, August 23, 2009

"oooiiiii...bangun la. Dah kul 12 t'hari ni!!"


pemandangan dari opish zue

Mesti korang tertanye2 nape ngan tajok entry kali ni kan?

Citenye mcm ni. Lepas je zue bangun sahur n solat Subuh, zue tertido balik. Hari ni lak zue kije kul 12pm. Ingatkan bleh la nak bangun balik dlm kul 9am. Tetibe dgr sayup2 mak zue jerit "oooiiiii...bangun la. Dah kul 12 t'hari ni!! " (sb adik2 zue pun tido lagi). Zue ingatkan mak gurau2 sb mak slalu ckp je kul 12 , tp belum pun pukul 11am. hehehe! Alih2 tgk jam kat hp, jam dah menunjukkan pukul 11.24am! Oh, mcm tak caye!! Terus je melompat turun katil, gi mandi. Nasib baik masa Subuh tadi dah mandi. Tu yg sedap tido.haha! Mak zue tgk je zue kelam kelibut siap2 nak gi keje sambil main computer game. Hebat kan mak zue? Beliau cukup marah kalau org lain kacau dia ngah main game ni. Beliau penah sound adik zue "aku geram betul org kacau tgh main game ni, dah la masuk level 7 ni" ...mmg takleh blah ok~

Ok, berbalik pada cite tadi. So, siap2 n kuar umah kul 11.40am (tak penah2 siap mcm kilat!) then pecut bawak motor gi keje. Ade gak zue langgar lampu merah tadi. Ampun!! Huhuhu~ Sampai opis kul 11.50am, mengah2. Nasib la sempat! =)

Mase berbuka puasa dgn Mr Sham tadi makan roti john + air soya dan sedikit keropok lekor , pegi beli ngan beliau. Ish...kalau buleh dah tamo gi da Bazaar ni sb org sgt ramai! Rimas lor....adeh~~

Apepun, dah selamat mengharungi hari ke-2 berpuasa.Esok hari terakhir keje n lepas tu cuti sampai 30 August! Yaaaahhooooooo!!


Saturday, August 22, 2009

1 RAMADHAN 1430H

Assalamualaikum....

Dah puasa pun hari ni. Zue keje hari ni kul 12pm-12am. So, masa break dari kul 4pm-8pm dimanfaatkan sepenuhnya utk rehat + beli juadah utk berbuka. (Dh mcm ayat pembaca berita @ Dokumentari) hahaha!

Ok, kul 5.30pm tadi zue ngan fara gi Bazar Ramadhan kat Kg Baru. Nasib baek naik motor. Jln sgt2 jem okay! Pheeeewwww~ Ingatkan nape la ramai sgt, rupenya ada PM ngan wife dia melawat Bazar tu. Patutla ade RELA jaga trafik.


Nampak pic Datin Seri Rosmah je

Ish3...betol la org ckp nafsu org puasa ni, nampak makanan sume teringin, sume nak beli. Hahaha! Last2, menu yg kami beli utk 4org makan:

Air Kelapa
Air Cendol
Roti John
Murtabak
Ayam Percik
Apam Balik
Cempedak Goreng
Putu Bambu

Banyak gyler kan? So, mase bukak puase tu, masing2 makan dgn tekun. Tak habis pun sume! Last2 tadi, murtabak yg dah sejuk dek kerana aircond yg mcm cold storage tu habis dibedal oleh kawan2 opis sb masing2 dah lapar balik. Maklumla, dah kul 11pm kot! Mase diorang berbuka pun makan tak tenang sb call manyak~~Ngeeeee~~ So, lepas ni beli sorang satu menu dah. Tamo bazir2. Setan dah kena ikat, jgn kita lak ikot perangai dia kan?


Friday, August 21, 2009

KORANG NAK TAHU??



Hurmm...selepas 4 hari cuti dan menyepi dari opish, hari ni zue kembali bekerja! Semangat ni! Muahahaha~~ walaupun dah tahu semalam yg internet kat opish dah kena block balik!! Waaaaaaaaaaaaaa~~~

Adeh..keje hari ni sgt tepu mengadap sistem. Mcm mesin dah kerja hari ni. Dah la nak puase ni, mesti kena byk bersabar..Zue keje sampai Isnin, then cuti sampai Ahad depan. Yeay! buleh puasa ngan family~ Lalala~

Pada sume kawan2 opish, walaupun Zue tahu korang dah takleh nak bace blog zue ni kat opish, rajin2 la jengah kalau online kat umah, cc @ etc. Huhuhu~~Byk2 kan bersabar ye!! Ni pun kena pujuk diri sendiri sb akan menghadapi kerja tanpa apa2 hiburan sampingan. Nasib baik la gmail chat tak kena block! kalau tak.......mau tension pale otak ni! Huh~!

p/s : dah la esok keje 12pm-12am! Waaaaaaaaaa~~
=(
~D.U.G.A.A.N~


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA....

Sempena Ramadhan yg mulia ni, Zue nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana anda berada. Semoga Ramadhan Al-Mubarak ni memberikan keberkatan buat kita semua...

~A.M.I.N~


p/s : jgn lupe niat puase ye kawan2...jgn ade yg bg alasan gastrik lak 1st day pose esok! heeeeeeee~
n pada korang yg suke main mercun ni, "mak saya ckp x elok!"
=)


Thursday, August 20, 2009

MOVIE TIME



Hari ni Zue ngan chenta hati, Mr Sham cuti lagi...So kami kuar gi jalan2 lagik.hehehe..gi Central Market n after that gi KLCC. Sebenarnye tak plan pun nak gi KLCC, tp rase nak gi tgk wayang. Hari ni kami gi naik LRT sb masing2 ade Touch n Go. Hoho~
So, sampai2 kat TGV KLCC, punyelah ramai yg Queue nak beli tiket. Lastly, kami decide amik movie The Orphan. Cite kul 5.50pm, ade lagi sejam, kami lepak2 kat foodcourt Level 2.




Pink Guava Juice + Kiwi Ice Blended

We In B.L.A.C.K

Key Chain from Penang

Cite ni best! Tp bg sesape yg ade sakit jantung tu atau xsuke yg terkejut2 ni, tak dinasihatkan tgk sb cite ni byk adegan2 yg agak kejam n tragis! Overall, cite ni best n tak membosankan dan akan membuatkan korang rase nak tahu what happen next. heeeee~~

Oh ya! Di kesempatan ni, Zue nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yg akan mula berpuasa Sabtu ni! Puasa, jgn x puasa ye!


Wednesday, August 19, 2009

3rd DAY- CAMERON HIGHLANDS

Sekejap je dah hari ke-3 cuti n nak balik KL da....sedey la! Huhuhu...rase x puas lagi cuti ni.Adeh! Tp takpela. At least dpt hilangkan tension sket bila tgk hijau kampung ni... =)

So, dlm kul 12.30pm siap2 nak bertolak dari Bandar Baharu menuju ke Cameron Highlands, destinasi cuti terakhir. Toksu ingat kami nak makan t'hari dulu baru bertolak. Maaf toksu! Lain kali kami mai lagi kalau ade rezki k? =)


Dlm terowong



OTW to Cameron Highlands! sejuk woooo~~


@ Taman Rama-rama!








Sampai je kat Cameron, terus singgah Taman Rama-Rama sebab b4 this tak sempat pegi! hehehe~~

Lepas dah jalan2, kitorang gi makan kat Restoran Buluh Perindu @ Tanah Rata atau lebih dikenali sbg Restoran Panda (ni Sham yg bg nama sb kat pamplet restoran ni ade pic panda!ngeeee~~~) restoran ni kitorang dah penah dtg mase 1st time kitorang dtg cameron. Makanan dia sedap n tak ramai org sgt. So, privacy la sket.





Alhamdulillah..kenyang da...So, kami pun meneruskan perjalanan balik ke KL! Semoga selamat sampai! Adiyos~~~