Anda Sangat Hebat!

Monday, September 10, 2012

Hujung Minggu with Bestie. KPMMians

Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Ni cerita semalam, 22 Syawal 1433H, 9 September 2012.

Itulah keje zue. Update pasal hujung minggu je lately. Hahaha.. maafkan saya. Selagi raya tak habis, selagi tu update hanya untuk hujung minggu. hewhewhew :B

Zue plan untuk jumpa kawan-kawan sebilik masa study kat KPMM dulu. Seperti yg telah dirancang dua minggu yg lepas, kami jumpa semula untuk beraya bersama-sama semalam.. Dah lama jugak rupanya kami tinggalkan kolej. Hampir 6 tahun. Tapi persahabatan sejak 2004 tak mungkin terputus macam tu je kan?

Alhamdulillah.. plans went well. Berjaya beraya ke 4 buah rumah, termasuk rumah zue. Seronok sangat bila dapat jumpa, beraya and sembang-sembang pasal kenangan kitorang. Tapi kalau ada lagi 2 org, baru lengkap sebenarnya. Tapi takpelah. Takde rezeki. Sebab masing-masing jauh. So, dapat berkumpul 5 orang je, dari 7.
Ni gambar sekitar 2004 - 2006 kat KPMM. 


 Bawah ni pulak gambar semalam. Ada beza tak? Hihihi..


Bezanya, ada pertambahan ahli. Hehehe..Beraya bawak anak dan suami ye. Dalam kami 7 orang, 4 dah kahwin. Zue dah ada 2 orang anak buah. Hehehe.. yang lagi 3 tu, kita tunggu siapa lepas ni k? ;P

Bak kata one of our former lecturer kat facebook, "Walaupun KPMM bangunan lama kena roboh, korang masih still keep in touch." Ye. bukan senang nak mencari sahabat yang betul-betul sahabat. Alhamdulillah, zue dikurniakan sahabat begini sehingga sekarang :')

Harap-harap tradisi ni akan diteruskan, bukan untuk raya je. Sampai bila-bila ;)

Sekian, Wassalam!

Tuesday, September 4, 2012

Terima Kasih MIG! Terima Kasih David Teo!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Semalam zue dijemput ke majlis pra-tonton Salam Cinta di TGV Sunway Pyramid sebab ada penyampaian hadiah peraduan 8 Jam di fanpage David Teo. Jadi pemenang saguhati je. Jadilah kan? :)

 
 
 Ni la hadiah yg zue dapat dari MIG. Terima kasih! 

Jom Like fanpage David Teo dan MIG Online untuk update filem dan drama Melayu keluaran MIG Metrowealth. Diorang rajin buat contest. Mana tahu rezeki korang ke kan? :)

Gambar sekitar Majlis Pratonton Salam Cinta di SINI

Sekian, Wassalam!

Monday, September 3, 2012

Hujung Minggu Saya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Sorry, lama tak update blog ni. Sibuk dengan keje. phewww! Ok, let's start. Minggu lepas kiranya kita semua cuti agak panjang la kan. Jumaat sampai Ahad. Mesti korang pun semua sama mcm zue, banyak wedding + open house. Ada jemputan yang terpaksa ditolak. Mohon maaf pada yang berkenaan :(

Hari Jumaat je, zue ada 3 open house. Pertama kat Kota Damansara. Actually, bukan open house. Kak Maya just ajak kitorang, Zue dengan Epul makan-makan kat rumah dia. Hehehe.. Thanks a lot Kak Maya! Spaghetti sedap! Tapi tak sempat langsung nak amik gambar -_-

After maghrib, terus balik and ambik kereta nak ke Keramat. Tiba-tiba mak ajak ke umah kawan dia. Nasib baik dekat dengan rumah. Singgah la sekejap. Ni pun tak sempat nak amik gambar. Mai sekejap, makan sikit and terus ke Keramat pulak. Gila macam amazing race dah. Hahaha.. Then terus zue ke Keramat..

Linda (in blue), my office-mate buat open house di Keramat. Thanks for having us Linda!

Selesai sudah untuk hari Jumaat. Sabtu pun agak bizi jugak. ada wedding schoolmate dari secondary school. Tahniah Izwan!!


Tak ramai yg dapat datang. Tak sabar tunggu turn siapa pulak lepas ni. Sama ada zue, Ershad atau Mirul. Jeng jeng jeng.. :D

Ni mak buyung, my bffae, Syuhada. Peneman saya dihari tersebut. 

 
Ni namanya Amirul Hadi. Lama gila kot tak jumpa dia. One of the schoolmate. Dia satu sekolah sampai form 3 je, pastu dia tukar sekolah.

After that, secara tak dirancang, kami, Zue, Syuhada & Amirul singgah Wangsa Maju untuk lawat new babyborn schoolmate kami, Shalini. Tahniah Lini! Zue dah dpt anak buah baru! Hehehe..

 Adelia Qaisara dengan Auntie Zue :'D

Lebat sungguh rambutnya. Kalau tak silap, umur dia time ni baru 26 hari. Sebab tu mama nya tak dpt ikut pegi wedding Izwan. Dalam pantang lagi. Comel kan? Comel kan? Gerammmm je! Hehehe :D

 Balik je rumah, ada tetamu rupanya! Si comel Addhaniya Soffiyya! Comel sesangat! Dah la pandai posing! Grrrr....


Ha, korang geram tak? Asyik kena gomol je dgn zue petang tu. Hahhaha.. Mak zue jaga baby Dhaniya ni.. Mulut bising. Pandai posing. Dah pandai merangkak dah. Tak lama lagi, boleh la jalan! 

Hari Ahad? Hari rehat sedunia! Dapur pun tutup. Hahahaha.. semua dok melepak je kat rumah. Cuma siap-siapkan untuk keje hari Isnin tu.

Ha, apa cerita hujung minggu korang? Ce kongsi sikit ;)


p/s: sedar tak sedar, dah pertengahan bulan Syawal..