Anda Sangat Hebat!

Tuesday, October 26, 2010

CONTEST



Contest? Hmmm.... Sebenarnya terfikir nak buat contest sb ada satu gift yg tak terbagi ni.. Tapi gift ni utk lelaki.. tak tahu nak buat contest apa. Any idea??

PENANG?



Selamat Hari Selasa kawan²! Ish, rasa tak sabar nak mengharungi perjalanan ke Penang lagi. Nak tahu kenapa? Sebab bulan Febuari lalu masa kami ke Penang tak sempat nak habiskan eksplorasi lagi.. Gara² kejadian yg berlaku masa ni. Memang tak boleh lupa.. Huhuhu.. Apepun, t-shirt kat atas ni direka khas utk journey kali ni..

Kalau korang nak tahu perjalanan kami yg lepas, boleh click kat link kat bawah ni.

Penang - Part 1
Penang - Part 2
Penang - Part 3

Yang penting, kami mmg suka bergambar ye! Hehehe.... Ok, start counting utk ke Penang hujung minggu ni~

:)

Monday, October 25, 2010

SABTU DAN AHAD, RED DAN CUTI² CINTA

I am back! Wachaaaaaaa~ Hehehe... Time lunch break ni baru berkesempatan nak update.

Utk Sabtu dan Ahad, masa luang saya sangat terisi. Sabtu saya ke office utk selesaikan kerja yg sedikit tertangguh pada Jumaat tu. Gara² pulang awal. Hehehe... Padan dengan muka! Selesai kerja dlm pukul 1.30ptg, terus gerak ke Mid Valley sebab kebetulan kawan blog saya sorang ni ajak tengok wayang, selepas bertwitter. Tiket wayang telah pun saya beli secara online.



Mudah bukan? Tak perlu dtg terlalu awal dan beratur panjang. Tambahan lagi Mid Valley akan menjadi bertambah sesak pada hujung minggu. Tak sanggup nak beratur panjang, seperti gambar di bawah~


Pada hari kejadian. Wuuuuu~

Nak dijadikan cerita, selepas saya mendapatkan tiket di kaunter utk tayangan R.E.D jam 4ptg, rakan saya tu SMS mengatakan yg dia terkandas gara-gara hujan yg sgt lebat! Ye, hujan sangat lebat ye wahai kawan-kawan. Apa lagi, saya pun pergilah shopping~ Since mmg beliau tak dpt nak menghadirkan diri utk tayangan jam 4ptg, saya masuk sorang je even tiket ada dua. Then saya beli another tiket utk tayangan jam 7.15pm (guna online jugak). Sebenarnya, tak plan pun nak tengok wayang hari tu. Dan secara kesimpulannya, pertama kali dalam hidup, saya tengok cerita yg sama dalam satu hari! Hehehe... Nasib baik cerita okey. (^_^)v



Nak tgk review cerita ni? Boleh klik R.E.D. Tak rugi kalau korang nak tengok cerita ni. It's recommended.

Ahadnya pulak, pun tak plan. Masa tu tengah BBM ngan Kak Sya (office-mate). Sembang² tiba² teringin nak tengok cerita Cuti-Cuti Cinta!





Aktiviti kitorang sebelum wayang start pukul 3.00pm, lunch dulu! Jom tengok gelagat masa lunch~











Hobi kitorang, bergambar dan bergambar. Sampai spaghetti saya pun tak habis...Huhuhu.. membazir kan? :(



Oh ya. Cerita Cuti-Cuti Cinta ni sangat comel dengan pelakonnya Nora Danish dan Farid Kamil! Hehehe.... Penonton penuh panggung. Rata² semua macam berpuas hati je sebab dari mula sampai habis, semua nampak terhibur (erkkkk... dah macam pengulas filem pulak! :p )Ok, ok, dah (^_^)v

Seharian Ahad saya habiskan masa dengan kak sya utk movie, makan² dan shopping. Terima kasih Kak Sya!!

Saya seronok apa yg saya buat utk Sabtu dan Ahad saya. Anda bagaimana?