Anda Sangat Hebat!

Wednesday, May 13, 2015

Pencinta Kucing? Jom Tolong Saya!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Hampir sekian lama menyepikan diri dari ber blog, akhirnya saya punya kekuatan utk update lagi. 

Hehehe.. Drama betul kau ni Zue!

By the way, terima kasih sebab sudi visit blog ni! Seriously, lama sangat tak update since ada instagram ni. And a lil bit busy with life, family, work, etc.. Lulz..

Okayy. Panjang dah merepek. Nak mintak tolong boleh takk??

ANDA PEMINAT KUCING? 

Zue ada masuk satu contest/pertandingan di Facebook Prodiet, iaitu gambar anda bersama kucing kesayangan. So, Zue ada hantar gambar dan terpilih utk join. 

Heeee! Ni gambar Zue dgn kucing Zue, Pretty nama dia. hihi.. 



Nak mintak korang LIKE gambar ni kat Facebook Prodiet boleh? Kat sini --> ; ProDiet Capture, LIKE and WIN

Pretty Pleaseeee! Jasa anda semua akan Zue kenang! Semoga Zue ada peluang utk menang pertandingan ni. 

Jangan lupa, utk LIKE sekali Facebook ProDiet okayy? 

Sayang korang semuaaaaa! 






Thursday, November 13, 2014

#Books4Needy by #BajuRayaProject - Sumbangkan Buku-buku Baru dan Terpakai

Assalamualaikum. Salam sejahtera!

Dah nak habis dah tahun 2014 ni. OK. Di kesempatan ni, Zue nak share satu program yg akan dijalankan oleh komuniti Baju Raya Project dalam masa yg terdekat.

Untuk pengetahuan semua, Baju Raya Project adalah satu komuniti yg bergerak di bawah NGO Pertubuhan Projek Kasih (PPM-010-10-08092014). Jadi, program ni adalah salah satu program kebajikan yg telah diatur utk 2014.

Pada 23 November 2014, Baju Raya Project team akan mengadakan program membina perpustakaan mini, program ilmiah dan beramah mesra bersama anak-anak dari Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa.

Untuk itu, kami memerlukan sumbangan seperti: 

1) Buku-buku baru atau terpakai - Buku cerita, majalah (selain dari majalah hiburan), komik dan buku latihan terkini
2) Sumbangan wang tunai
3) Sponsor untuk goodies dan makanan pada hari aktiviti
4) Sumbangan tenaga

Untuk sesiapa yg nak buat sumbangan berupa buku-buku yg dah disenaraikan, anda boleh berhubung dengan setiap komiti berdekatan dengan tempat anda seperti di bawah.


Dan khas untuk sesiapa yang berada di UPM Serdang, anda boleh hubungi Pn Musliyana terus seperti poster di bawah, atau datang terus ke lobi Institut Biosains, UPM dan letakkan di drop box yg telah disediakan.



Bagi sesiapa yg bermurah hati untuk sponsor/tajaan dari segi wang tunai, goodies dan makanan pula, anda boleh email ke bajurayaproject@gmail.com atau hubungi Aty di talian 0102404533.


Nak jadi sukarelawan pada hari aktiviti? Email ke bajurayaproject@gmail.com (Nama penuh dan no telefon) untuk kami berhubung dengan anda.

Jom sebarkan! Sama-sama kita kumpul pahala :)

Terima kasih!

Tuesday, November 11, 2014

Membeli-belah dengan Tesco Online

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Baru-baru ni Zue ada cuba beli-belah barang-barang dapur secara online. Sebab apa? Sebab buat masa ni Zue kena berehat kat rumah and doktor nasihat supaya tak drive etc. So, pilihan terakhir, online shopping! Hehe.. Tapi ni beli barang-barang dapur ye kawan-kawan. Takdelah melencong shopping benda lain. 

milkysmile

Oh. Ini bukan sponsored post ye. Ini memang saja Zue nak kongsikan kemudahan yang ada sekarang. Tambah-tambah lagi untuk siapa yang tak boleh nak keluar tapi memerlukan barang-barang asas ni.

Korang boleh ke laman web Tesco dan daftar dulu. Klik pada Sign in or Register.


Bagi yang dah pernah daftar, boleh terus sign in. Bagi yang pertama kali macam saya tempoh hari, boleh pilih Register with Tesco.



Dan isikan semua butiran yang perlu. Yang paling penting, kena isi alamat sebab alamat ni nanti akan digunakan untuk Tesco hantar barang kita. Pastikan alamat betul ye. Dan satu lagi, korang boleh pilih slot penghantaran yang korang nak. 

milkysmile

So, Zue buat pesanan Sabtu lepas dan penghantaran yang Zue minta adalah hari Ahad. Pada mulanya, Zue pilih untuk slot 2petang - 4petang. Dalam pukul 10pagi, staff Tesco call dan tanya boleh tak dia nak datang hantar awal. Ok je sebab memang ada kat rumah kan. Hahaha.. 

milkysmile

Dalam pukul 12 tengah hari, barang pun sampai, betul-betul depan pintu rumah. Pembayaran hanya boleh dilakukan dengan kad debit atau kredit. Sebab diorang tak boleh carry cash. 

Bagi Zue, ini salah satu kemudahan yang amat diperlukan bagi yang ada banyak kekangan, contohnya macam yang Zue alami sekarang. Alangkah bagusnya kalau pasar raya lain pun ada buat inisiatif macam ni. Sekurang-kurangnya, kita punya pilihan. Ye tak? 

milkysmile

Anyway, selamat membeli-belah semua!