Anda Sangat Hebat!

Thursday, November 13, 2014

#Books4Needy by #BajuRayaProject - Sumbangkan Buku-buku Baru dan Terpakai

Assalamualaikum. Salam sejahtera!

Dah nak habis dah tahun 2014 ni. OK. Di kesempatan ni, Zue nak share satu program yg akan dijalankan oleh komuniti Baju Raya Project dalam masa yg terdekat.

Untuk pengetahuan semua, Baju Raya Project adalah satu komuniti yg bergerak di bawah NGO Pertubuhan Projek Kasih (PPM-010-10-08092014). Jadi, program ni adalah salah satu program kebajikan yg telah diatur utk 2014.

Pada 23 November 2014, Baju Raya Project team akan mengadakan program membina perpustakaan mini, program ilmiah dan beramah mesra bersama anak-anak dari Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa.

Untuk itu, kami memerlukan sumbangan seperti: 

1) Buku-buku baru atau terpakai - Buku cerita, majalah (selain dari majalah hiburan), komik dan buku latihan terkini
2) Sumbangan wang tunai
3) Sponsor untuk goodies dan makanan pada hari aktiviti
4) Sumbangan tenaga

Untuk sesiapa yg nak buat sumbangan berupa buku-buku yg dah disenaraikan, anda boleh berhubung dengan setiap komiti berdekatan dengan tempat anda seperti di bawah.


Dan khas untuk sesiapa yang berada di UPM Serdang, anda boleh hubungi Pn Musliyana terus seperti poster di bawah, atau datang terus ke lobi Institut Biosains, UPM dan letakkan di drop box yg telah disediakan.



Bagi sesiapa yg bermurah hati untuk sponsor/tajaan dari segi wang tunai, goodies dan makanan pula, anda boleh email ke bajurayaproject@gmail.com atau hubungi Aty di talian 0102404533.


Nak jadi sukarelawan pada hari aktiviti? Email ke bajurayaproject@gmail.com (Nama penuh dan no telefon) untuk kami berhubung dengan anda.

Jom sebarkan! Sama-sama kita kumpul pahala :)

Terima kasih!