Anda Sangat Hebat!

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #32 - 30 Hari Lagi !

Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah.. Tahniah Kakak! Selamat Pengantin Baru ♥

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Jumaat lepas, 16 Dec adalah hari bersejarah untuk kakak zue. Jom layan gambar dia dulu. Semua gambar dari zue. No photog rasmi ye. Sendiri amik je. Thanks to my BFFAE, Syuhada Aris sebab bagi pinjam DSLR =)

Mak dan ayah zue :)
Untuk memendekkan cerita (sb ada banyak gambar), kakak sah menjadi isteri kepada abg Ruzaidi pada pukul 6.08ptg, 16 Dec 2011. Alhamdulillah.. Dah selesai yg wajib :)


 Zue dah dpt abg ipar! Hehehe.. Untuk majlis ni, kami satu keluarga tak amik catering, tapi buat secara gotong-royong. Saudara mara dari utara pun ramai yg turun. Meriah tu jgn cakaplah :D

 Seronok kan? Masa ni la dapat berkumpul saudara-mara jauh dan dekat. Di samping tu, dapat mengeratkan silaturrahim antara jiran setempat, Alhamdulillah.. So, Walimatulurus pada hari Sabtu, 17 Dec 2011. Ha, percaya atau tidak, pelamin, hiasan meja pengantin dan bilik tidur kami buat sendiri. Terima kasih jiran-jiran yg sudi membantu. Hehehe ;)

Pentas pelamin ni ayah yg buat sendiri =)

Oh ya. Tema masa hari walimatulurus ni adalah ungu atau purple. Memang penuh dgn lautan ungu kat kenduri. Hehehe.. Jom layan gambar lagi =)


Mana gambar pengantin? Sekejap! Kami tahu, gambar kami je dah penuh album. Maklumlah, family zue semua gila gambar! Hahahahahahaha! adoiii...


 
Zue juga nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan zue yg sudi datang memeriahkan majlis. Ada yg zue sempat amik gambar. Hehehe..

Terima kasih Fariz dan Ezi :)
Terima kasih abg Shahlan dan family :)
Terima kasih Opie dan family :)
 Ha, cukup kot gambar. Byk gilaaaaaaaaaaa! Dalam facebook tu, penuh 2 album. Pengsan zue nak upload. Hehehe.. apepun, alhamdulillah.. dah selesai pun kenduri kendara. Utk pengetahuan, ini kenduri yg pertama dalam keluarga zue. Yelah, kakak zue org pertama yg kahwin dari 5 beradik ni. Berdebar jugak la utk buat kenduri ni. Tapi apapun, alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Syukur sangat..  Terima kasih kepada semua yg sudi datang. Sangat-sangat kami hargai =)

Boleh rehat dah. Hehehe.. utk siapa-siapa yg nak tanya soalan menikam dada "Zue bila lagi?", zue hanya boleh jawab, InsyaAllah.. Jodoh pertemuan tu dah ditakdirkan. Kita cuma berusaha. Doakan zue bertemu jodoh yg mampu bimbing zue dunia dan akhirat =')

Terima kasih sebab baca entry yg penuh gambar ni!! Sayang korang! (˘⌣˘)ε˘`) eh? Hahahha..

nota dari hati : Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya Takwa.


Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #31 - Semoga Semuanya Berjalan Dgn Lancar ♥



iPhone 4S by CELCOM!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!!

Looking for iPhone 4S with CELCOM? Celcom will be launch on 16th December at La Bodega Bangsar. Info as below.

Join them at the launch!
Date  : 16 December 2011
Venue : La Bodega, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur
     Time  : Queue starts at 9.00am (15 December 2011)
              Sales start at 12.00pm (16 December 2011)

Get the best postpaid plan with the best network to complement your latest iPhone 4S. There's something for everyone!

iPhone4S with 12 Months contract:


iPhone4S with 24 Months contract:


More info, please refer here ----> http://www.celcom.com.my/smartphones/iphone.php

So, join them at launch on 16th December =)

Happy Wednesday!

Tuesday, December 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Nana & Pok Ya ♥

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!!

Ha, mesti byk undangan perkahwinan yg korang dpt end of the year ni kan? Zue pun tak terkecuali. 

Sabtu baru-baru ni, 10 Disember, kawan zue dari KPMM dan sekarang ni bekerja satu bangunan dgn Zue, Nana melangsungkan majlis perkahwinan beliau dgn suami tercinta, Yahya atau lebih mesra kami panggil sebagai Pok Ya! Hehehehe..

Masa nikah zue tak dpt ada sekali sebab hari Jumaat. Zue kerja. Sob sob.. Gambar ni credited to kawan zue yg pegi majlis pernikahan Nana..

 










Selesai majlis nikah, esoknya, majlis persandingan Nana. Meriah betul dgn kawan-kawan dia.



Suka tgk Nana dlm serba merah gituuu..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat Nana, dan tahniah!!! =D


notaki : Who's Next? =)


credited gambar nikah nana to Kak Zuwiyah