Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Jumaat lepas, 16 Dec adalah hari bersejarah untuk kakak zue. Jom layan gambar dia dulu. Semua gambar dari zue. No photog rasmi ye. Sendiri amik je. Thanks to my BFFAE, Syuhada Aris sebab bagi pinjam DSLR =)
Mak dan ayah zue :) |
Untuk memendekkan cerita (sb ada banyak gambar), kakak sah menjadi isteri kepada abg Ruzaidi pada pukul 6.08ptg, 16 Dec 2011. Alhamdulillah.. Dah selesai yg wajib :)
Zue dah dpt abg ipar! Hehehe.. Untuk majlis ni, kami satu keluarga tak amik catering, tapi buat secara gotong-royong. Saudara mara dari utara pun ramai yg turun. Meriah tu jgn cakaplah :D
Seronok kan? Masa ni la dapat berkumpul saudara-mara jauh dan dekat. Di samping tu, dapat mengeratkan silaturrahim antara jiran setempat, Alhamdulillah.. So, Walimatulurus pada hari Sabtu, 17 Dec 2011. Ha, percaya atau tidak, pelamin, hiasan meja pengantin dan bilik tidur kami buat sendiri. Terima kasih jiran-jiran yg sudi membantu. Hehehe ;)
Pentas pelamin ni ayah yg buat sendiri =) |
Oh ya. Tema masa hari walimatulurus ni adalah ungu atau purple. Memang penuh dgn lautan ungu kat kenduri. Hehehe.. Jom layan gambar lagi =)
Mana gambar pengantin? Sekejap! Kami tahu, gambar kami je dah penuh album. Maklumlah, family zue semua gila gambar! Hahahahahahaha! adoiii...
Zue juga nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan zue yg sudi datang memeriahkan majlis. Ada yg zue sempat amik gambar. Hehehe..
Terima kasih Fariz dan Ezi :) |
Terima kasih abg Shahlan dan family :) |
Terima kasih Opie dan family :) |
Ha, cukup kot gambar. Byk gilaaaaaaaaaaa! Dalam facebook tu, penuh 2 album. Pengsan zue nak upload. Hehehe.. apepun, alhamdulillah.. dah selesai pun kenduri kendara. Utk pengetahuan, ini kenduri yg pertama dalam keluarga zue. Yelah, kakak zue org pertama yg kahwin dari 5 beradik ni. Berdebar jugak la utk buat kenduri ni. Tapi apapun, alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Syukur sangat.. Terima kasih kepada semua yg sudi datang. Sangat-sangat kami hargai =)
Boleh rehat dah. Hehehe.. utk siapa-siapa yg nak tanya soalan menikam dada "Zue bila lagi?", zue hanya boleh jawab, InsyaAllah.. Jodoh pertemuan tu dah ditakdirkan. Kita cuma berusaha. Doakan zue bertemu jodoh yg mampu bimbing zue dunia dan akhirat =')
Terima kasih sebab baca entry yg penuh gambar ni!! Sayang korang! (˘⌣˘)ε˘`) eh? Hahahha..
nota dari hati : Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah ertinya Takwa.
0 komen terbang:
Post a Comment