Anda Sangat Hebat!

Wednesday, August 1, 2012

Selamat Datang Ogos!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Diam tak diam, kita dah pun berada di hari ke-12 Ramadhan 1433. Alhamdulillah. Setakat ni, puasa anda masih penuh tak? Dgn syarat, takde apa2 yg menghalang utk berpuasa. hehehe..

Apapun, kalau ikut tahun masihi, dah masuk bulan Ogos 2012. Phewwww! Sekejap je rasanya masa berlalu kan? Zue pun dah jarang sesangat update blog ni. Dah hampir bersawang dah. Ada mcm rumah hantu tak? Hahahha.. kalau korang tgk history blog zue, tahun ni penerbitan entry (chewaahhhh! ayat takleh blah -_-") mmg sgt kurang. Yes, sangat KURANG. Tah hape2 kan? 

Kalau nak diceritakan perkembangan dari Januari sampai Julai yg baru je tinggalkan kita, so far, my life is good. Syukur Alhamdulillah.. Tak tahu nak diungkap dgn kata-kata. Apa yg jadi, apa yg dah berlaku, semuanya ada hikmah tersendiri kan? Kehidupan kita ni semua dah diatur. Cuma kita ni kena redha dan percayalah, korang akan rasa sgt tenang bila selalu redha dgn takdir yg telah ditentukan oleh Allah SWT.

Maaf, kalau tiba-tiba jadi mcm ceramah di bulan Ramadhan pulak. Heh. By the way, zue nak tanya, ada lagi ke yg setia membaca blog zue ni? Ada ke yg dah bosan tgk blog header muka zue ni? Bukannya apa, sekali sekala, kena ada jugak pembaharuannya ye dak? Kena ambil kira jugak pendapat orang. Ada jugak planning utk buat header baru, tapi masa cemburu betul dgn zue tau. Sabar ajela. Kalau ada yg sudi nak buatkan zue header, pun zue tak menolak. Mana tahu, zue berkenan pulak ke kan? Hehehe.. Kalau ada la. kalau..

Dah hari ke-12 berpuasa ni, korang ada dpt kad raya? Zue dah dapat dua kad raya! Yeayyy! Kecoh betul. Baru je dpt 2 keping, bukan 2 guni. Zue.. Zue.. Hehehe.. Yelah, zaman skg ni, mana ada lagi zaman hantar2 kad raya. Kalau tak dulu tu, setiap hari mmg tak kurang dari 2 kad raya yg akan sampai kad rumah. Zue selalu bersaing dgn adik-beradik yg lain tgk siapa yg paling banyak dpt kad raya. Dan selalunya, zue la yg menang. Muahahaha.. Pastu kad tu gantung buat hiasan masa raya nanti. Oh rindunyaaaa! Please please.. korang hantar la kad raya kat zue. Nanti zue balas okay? :D

Haaa... mula-mula tadi tak tahu nak cerita apa, sekarang dah meleret2. Maafkan hamba pembaca semua. Maklumlah, kumpul 7 bulan punya cerita. Ok takpe. Nanti zue sambung cerita lagi kalau ada masa k? 

Utk anda semua, di bulan Ramadhan yg mulia ni, ambillah peluang utk merebut sebanyak pahala yang ada. Bulan yang paling mulia, bulan turunnya Al-Quran. Tak rugi pun sebab itu bekalan kita untuk di Akhirat nanti, Wallahhualam.

Akhir sekali, jom renung-renungkan kata-kata di bawah ni. Sharing is caring :)
 

Sekian, Assalamualaikum! Terima kasih ;)