Anda Sangat Hebat!

Tuesday, July 8, 2014

#BajuRayaProject Sesi ke-2 Selesai! Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Alhamdulillah.. Sabtu lepas, 5 Julai 2014, Zue join as sukarelawan for Baju Raya Project 2014 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. And it was succeed! Syukur...


Berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur, @BajuRayaProject, dan antara orang-orang kuat di sebalik Baju Raya Project


and ramai lagi sebenarnya. Korang boleh tengok dekat twitter especially. Bukan senang nak buat event yang memerlukan sukarelawan. Diulang, sukarelawan ye. Memang tak dibayar, tapi dibuat dengan sukarela. Tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni. Cabaran dia, sangatlah banyak. Dia punya penat, hanya Allah  yang tahu. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kegembiraan yang bakal diterima oleh penerima-penerima baju yang dikumpul.

Seawal jam 8 pagi, ramai dah berkumpul di Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sesi briefing dan pembahagian tugas. 


Orang ramai tak putus-putus datang untuk menyerahkan pakaian-pakaian raya (baru atau yang masih elok) sampai jam 2.30petang. Kami berjaya mengumpul lebih kurang 5000 pakaian raya yang telah diagihkan kepada 7 buah rumah anak yatim dan asnaf yang telah dipilih dan hasilnya, mereka sangatlah gembira. Kami sebagai sukarelawan apatah lagi. Alhamdulillah.. 


Proses pengasingan baju-baju mengikut kategori masing-masing. 


Group photo sukarelawan dan penganjur.

Jangan tak tahu, ada juga sukarelawan non-muslim yang join sekali. Berpakaian sopan dan berpuasa sekali dgn kami. Terima kasih banyak-banyak!

Untuk lebih gambar dan update, korang boleh follow account Baju Raya Project di 

Instagram: Baju Raya Project
Facebook: Baju Raya Project

Semoga segala usaha diberkati Allah dan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Ameen..

TAHNIAH SEMUA!