Anda Sangat Hebat!

Tuesday, January 8, 2013

Selamat Ulangtahun Yang Ke-4!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!


Sedar tak sedar, dah masuk 4 tahun Zue menulis blog ni. Happy 4th Anniversary for my blog! Hehehe.. 
 
Banyak sangat dah Zue merepek dalam blog ni. Terima kasih Zue nak ucapkan kepada readers yang tak putus-putus selalu berkunjung dekat blog Zue ni. Terharu sangat! Tanpa anda, siapalah saya. Ececeeceeh...! 

Anyway, Zue ada plan nak buat giveaway. Tapi masih fikirkan lagi. Nanti Zue akan update k? ;)
 
Terima kasih atas segala sokongan anda semua (ayat dah macam menang anugerah. ahahahaa!) 
 
Nak sambung buat keje. Till then!
 
Tataaaa!
 
 

Friday, January 4, 2013

Selamat Datang Nur Auni Alisha Bt Mohd Fahemy!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!


Ingat lagi entry ni? ---> Selamat Pengantin Baru Syuhada & Fahemy

Tiada kata yang dapat digambarkan bila dapat berita yang sahabat baik Zue, Syuhada selamat melahirkan anak pertama beliau pada 27 Disember 2012 yang lepas. Alhamdulillah! Syukur semuanya selamat. Tahniah Yayang! Hadiah perkahwinan yang paling bermakna utk mereka berdua. 27 Januari ni genaplah setahun diorang kahwin. How sweet! Bila dapat je berita dia selamat melahirkan bayi pagi tu, terus mengalir je air mata ni. Hahahaha.. Gembira tak terkata, macam masa mula-mula dia kata dia pregnant tu. Excited uols! Kemain kan? :p

Oklah, kali ni nak publish gambar anak Syuhada & Fahemy...


 Selamat Datang Nur Auni Alisha Bt Mohd Fahemy!
Alololooo... Nur Auni Alisha. Namanya, Cahaya Ketenangan Yang Dilindungi Oleh Allah. Semoga Auni jadi anak yang solehah dan seorang yang sentiasa berjasa kepada kedua ibu bapa. Amin :)
 

So, bila dapat tahu Auni dah balik rumah, terus je malam tu Zue datang rumah parents Syuhada utk jumpa ibu dan anaknya. Waaaahhh.. dah dapat anak buah uols! Auni cucu pertama bagi keluarga Syuhada mahupun keluarga suami beliau. Jadi cucu kesayangan la camni. Hehehe..

To Syuhada, semoga jadi ibu yang tabah mendidik anak. Dan selamat ulangtahun perkahwinan (in advance) yang pertama utk kamu dan Fahemy! Good luck juga for your final exam! Ailebiu Syuhada Aris! Nanti kita bawak Auni gi shopping ye Syu! And tak lupa cool blog and hot roll! Hahaha!
And once again, CONGRATULATIONS!!!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Wednesday, January 2, 2013

Salam Tahun Baru 2013!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!


Wow! Dah masuk tahun 2013 dan bertambah lagi usia. Apa pun, Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua! Dan setiap tahun baru, nama Azam adalah yang paling popular. Hehehe..

Bercakap pasal azam ni, macam-macam yang Zue baca. Sama ada kat twitter, facebook, instagram, path dan di semua lama sosial yang lain. Bagus untuk anda semua yang dah tetap dengan azam-azam anda. So, go for it! Semoga anda berjaya capai azam yang anda tetapkan pada penghujung tahun 2013 nanti, in Sha Allah :)

Azam Zue? Mesti korang akan bosan je baca sebab azam Zue takdelah sehebat orang lain. Azam tu, biarlah Zue sorang je yang simpan. Hehe.. Poyo je kan! 

Anyway, semoga tahun 2013 ni memberi sinar kebahagiaan untuk semua. Perjalanan hidup tu mesti diteruskan, tapi bila ada azam tu, semangatlah sikit kan? Jangan mudah berputus asa kalau ada azam yang tak dapat dicapai tahun lepas. Gear up people! Let's go!

Happy New Year 2013!!


Love, 
Zue