Anda Sangat Hebat!

Monday, January 30, 2012

Selamat Pengantin Baru Syuhada ♥ Fahemy

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!


Dah Isnin yg terakhir utk Januari 2012 kan? Sekejap je rasanya. Btw, Jumaat baru-baru ni, 27 Januari 2012, zue berada di majlis pernikahan kawan baik zue, Syuhada (http://jarimulaberbicara.blogspot.com/). Zue berkawan dgn dia dari sekolah lagi.. Rasa tak percaya je dia dah jadi isteri org (byk kali ckp benda ni) sebab masih dlm keadaan tidak percaya! Hehehe.. Beliau sah menjadi isteri kepada Fahemy pada jam 4.02 petang di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju hanya dgn sekali lafaz. Masa kadi bacakan doa, zue yg sebak. Sorang lagi rakan melangkah ke alam baru.. :')

Apepun, tahniah Yayang!!!




Esoknya, hari Sabtu 28 Januari, majlis persandingan dia. Guess what? Zue jadi pengapit dia! Hahahaa.. tak pernah jadi pengapit ni. Ni first time. Untuk kawan baik zue, zue sanggup :')


Kawan-kawan sekolah dan terselit sorang cikgu di situ :)
 
Oh. Ini adalah pasangan pengapit saya pada hari bersejarah itu :)
Pengapits yg over! Hahahaha..
 After majlis, kami shoot terus ke Taman Metropolitan, Kepong utk outdoor mereka. Penat? Ye, sgt penat. Tapi kami enjoy. Kan pengantin baru? Tak sabar nak tengok hasil dari official photography dia, Hasbullah Rashid (FB - Hasbullah Photography).

Ni zue letak teaser utk outdoor photoshoot kat taman yg penuh dgn layang-layang, dari Samsung Tab Encik Photographer :D



Apapun, zue nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk kawan baik zue, Norsyuhada dan Fahemy. Semoga tabah dalam menjalani bahtera berumah tangga. Dengan doa, semoga berbahagia hingga ke syurga.

Nota dari hati utk sahabat baik zue:-

"Aku bangga dengan kau Syu. Berjaya melangkah ke gerbang perkahwinan. Syukur Alhamdulillah.. Segala doa aku mengiringi perjalanan hidup kau selepas ni. Doa-doakan utk aku pulak ye lepas ni? :) Ha, lagi satu. Impian kau utk memiliki anak kan? Tak sabar aku nak menimang anak buah! Hahahahaha.. Banyak-banyakkan bersabar k? Ingat, sekarang ni kau dah bersuami. Batas tu kena jaga. Aku nak keluar dgn kau pun, sekarang kena mintak izin suami kau. Ok, rasa awkward sebut perkataan 'suami'. Hahahaha.. apepun, aku harap, persabahatan kita juga kekal hingga ke syurga. Aku sayang kau Syuhada. Sayang sangat. Sampaikan salam pada Fahemy. Cakap kat dia, aku nak dia jaga kau baik-baik, k? :') Semoga berbahagia selalu Yayang! Amin! ♥"

- Sekian -

2 komen terbang:

zuwaidah said...

kat mana ni majlis kenduri, mcm kat seksyen 1 je.

Zue Zoey said...

zuwaidah :
mmg kat Seksyen 1 pun kak zu :)