Anda Sangat Hebat!

Friday, October 8, 2010

MAGIKNYA MAGIKA



Korang dah tgk cerita ni? Zue dah 2 kali tgk.. :) Jom prebiu sikit..

"Magika sarat dengan pengajaran dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.Ini kerana elemen muzikal dengan 14 buah lagu yang digabungkan menjadi pelengkap kepada sebuah filem genre sebegini.Ia mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib." - Ihsan dari Portal Perfileman Malaysia...

Dalam sejarah perfileman Melayu, ini rasanya pertama kali ramai artis digabungkan dalam sebuah filem muzikal kan? Unik.. Sebab bukan senang ramai artis sekaligus utk bekerjasama utk sesebuah filem tu. Maklumlah, terikat dgn pelbagai komitmen, tapi Edry tak memandang perkara ni sebagai perkara yg mustahil. Dgn perancangan yg begitu terperinci, akhirnya sebuah filem muzikal pertama berjaya dihasilkan. Hasilnya? Bagi zue, cukup memuaskan.. Dgn gabungan cerita rakyat yang diolah utk menarikkan lagi jalan cerita ni..

21 Sept 2010 yg lepas, ada preview utk Magika bersama semua pelakon yg menjayakan filem ni dekat e@Curve. Jom, kita check-it out! :)






Ziana Zain


Diana Danielle


Mawi

Semua peminat teruja nak menyaksikan filem ni masa tayangan perdana yg ditaja oleh Celcom Blue.

And Rabu lepas, 6 Oct 2010, zue berpeluang utk menonton lagi filem ni. Tapi kali ni bersama peminat² Kak Nurul kita yg tetap vogue ni! Hehehe... banyak lagi pic lain dari kak Nurul, nanti zue update lagi k? To Kak Nurul, thanks sebab sudi luangkan masa dengan kami... Till meet you again next time ya! :)



Utk semua, sokonglah perfileman Malaysia. Peace no War! (^_^)v

New Update!


Kak Nurul with all the fans! :) pic credit to Ina...

Tiada Yang Mustahil Dengan Kuasa Imaginasi...