Anda Sangat Hebat!

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya! Syabas K.Rajagobal!


Selamat pagi!!!!!!!! Mesti pagi ni cerita yg paling top adalah pasal Piala AFF Suzuki 2010 yg berakhir malam tadi. Yang bangga dan seronok, mestilah penyokong Malaysia sb jadi Juara setelah 14 tahun! Hebatttt!

Anak² buah bimbingan K.Rajagobal ni menunjukkan tahap permainan yg memberangsangkan! Setelah menang 3-0 ke atas Indonesia masa Final pertama di Bukit Jalil, pasukan Malaysia diasak teruk dgn serangan bertubi-tubi di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Korang perasan tak, permainan separuh masa pertama semalam pemain lebih kepada defensive utk menjaga gawang gol dari ditembusi. Mmg siapa yg menonton rasa mcm psycho! Serious, mcm nak gugur jantung! hahahaha...tengok kat rumah pun rasa macam dah riuh gila! =p

Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada semua pemain Malaysia yg muda-muda semuanya. Mmg mereka ni pemain muda yg amat berbakat. Mesti semua tengah bercakap tentang kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) dan juga ketangkasan penyerang, Mohd Safee Mohd Sali. Ish, tak tahu nak cakap apa dah. Fenomena KFCM ni sampai jadi trending la dlm twitter! Hebat tak hebat la penangannya kan! =)

Tahniah juga pada pasukan Indonesia yg hebat. Walaupun kita kalah dengan Indonesia malam tadi 1-2, tp Malaysia menang dgn agregat 4-2 yg mmg melayakkan Malaysia membawa pulang Piala AFF Suzuki. Syabassssss kepada jurulatih K.Rajagobal! Jom tengok gambar². Hehehe...


sumber dari Utusan Malaysia Online

sumber dari Utusan Malaysia Online

sumber dari Harian Metro Online

sumber dari Utusan Malaysia Online



sumber dari AFF Suzuki Cup 2010 Official Site

Tahniah utk Safee utk Anugerah Penjaring Terbanyak! Hoyyeaahhhhhh~



Pemain MU, Rio Ferdinand pun ucap tahniah pada Malaysia melaui twitter beliau. =D

Walaubagaimanapun, pasukan Malaysia jangan cepat berasa selesa dgn kedudukan sekarang sebab ini semua baru permulaan kepada kebangkitan semula pasukan Harimau Malaya yg pernah digeruni satu masa dulu. Best Of Luck! =D

p/s : besok, 31 Disember 2010 - Jumaat, diumumkan sebagai cuti khas sempena Malaysia jadi Juara! Terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. =)


2 komen terbang:

Mohd Shahrul Hafizi said...

Tahniah buat Malaysia! :)

Zue Zoey said...

Mohd Shahrul Hafizi :
bangga tak? =D