Anda Sangat Hebat!

Tuesday, May 31, 2011

Thanks AbgTeror!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Tiba-tiba jadi semangat nak ucapkan terima kasih pada Abg Teror sb sudi buatkan header utk blog zue yg tak seberapa ni. Hehehe...

 

Setelah berbulan takde header sb zue tukar nama blog, hari ni blog zue mcm bertambah ceria pulak. ekekeke.. haih, takleh brenti senyum ni... Thanks Abg Teror!!! :D

Ok, lagi bersemangat nak berblog. Korang, any komen? 

(^_^)v

BARBICAN - Tiada Alkohol #HarianMetro

 Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Isu yg mengatakan Barbican haram, dah tersebar luas dan Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem tampil memberikan ulasan dalam Harian Metro 31 Mei 2011.





 KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.

p/s : kalau ragu-ragu dah jadi haram.


AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!


Jom sebarkan kempen TAKNAK PADA ROKOK sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA pada setiap 31hb Mei ...

Kenapa saya tak merokok?

1- Merokok bahayakan kesihatan. Boleh membawa maut! bukan accident je boleh bawa maut ye...!

2- Rokok tu busuk!

3- Perokok ada satu bau yg sgt tak disenangi. Sgt tak selesa.

4- Penghidu asap rokok lagi berisiko dpt penyakit. Korang tak sayang org sekeliling ke? and lagi satu TAK SAYANG BUMI ke?

5- Merokok boleh mengurangkan populasi sihat di BUMI ni.

Jadi, yg merokok tu, berhentilah merokok. Bumi pun dah makin tak sihat. Tambah lagi dgn asap rokok korang tu, oksigen dah makin kurang.

Sekian, terima kasih!

Nak join? Klik sini --->> Segmen24jam

Selamat Pengantin Baru Salih Yaccob dan Samihah Sheikh Ali

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Bukak laman web SinarFM sb nak dgr radio online, ternampak galeri gambar pernikahan penyampai radionya, Salih Yaccob (SY) dan isteri, Samihah Sheikh Ali. Seperti yg korang sedia maklum, pernikahan ni melengkapkan kuota Sallih Yaccob utk memiliki empat isteri. Hebat kan? 

Ihsan dari Harian Metro

Gambar-gambar diambil dari laman web rasmi Sinar FM sekitar majlis Pernikahan dan majlis Resepsi..













Dengan dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang semalam, 30 Mei 2011.

Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.




 


Semasa majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru, SY ditanya oleh seorang wartawan yg hadir, Abg Hazrey, ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."

Beliau tanya: semua?

"Ya, semua isteri saya pergi sekali."


Boleh korang bayangkan semua isteri, maksudnya kesemua empat isteri dan anak-anak akan pergi China utk bercuti. Hebat penangan Salih Yaccob kan? :)

Apapun, selamat pengantin baru buat Salih Yaccob dan isteri, Samihah. Semoga keluarga mereka sentiasa diberkati dan bahagia. Amin..

p/s : mendoakan yg baik-baik sahaja :)

Kredit gambar ke SinarFM
Sumber lain dari blog Abg Hazrey

Tuesday, May 24, 2011

Under Construction~

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!


Sorry sgt kalau korang tgk blog ni agak pelik sana sini. Under construction. Ada penambahan, penolakan dan sebagainya buat masa skg ni. Stay tuned! :)

*dh mcm iklan TV pulak*

Ada Apa Dalam InTrend Jun 2011?

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!


Ha, korang rasa-rasa, kenapa tajuk entry mcm ni? Semalam zue beli majalah InTrend ni. Bila baca satu demi satu helaian, terjumpe segmen INSKRIPSI AJUNA.


Nampak tak siapa ada kat dlm tu? Tak nampak? okey, nak specific jap..

1. Blog Abg Ben
2. Blog Cikgu Eqbal
3. Blog Danial Adie

Ini antara blogger yg zue kenal. Macam cikgu eqbal dgn Adie ni zue dah penah jumpe. Abg Ben ni, zue biasa join segmen kat blog dia. They featured in InTrend Jun yaw! Jgn lupa dptkan di pasaran sementara masih ada! :)

Monday, May 23, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Assalamualaikum.. Salam sejahtera!
(maaf, schedule post lagi)


Masa jalan-jalan ke blog kawan-kawan, zue singgah kat blog Abg Teror. Beliau ada buat segmen yg bg zue menarik, tahu? SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU. Sebelum ni hanya utk 100 penyertaan shj. Tapi atas permintaan ramai, abg terror dah naikkan ke 500 penyertaan. Best tak?? Jom join! :)

SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?

2. Dimana anda dibesarkan?

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.


JAWAPAN
1. Saya dilahirkan di Banting, Selangor.

2. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur. Secara spesifiknya, saya dibesarkan di Setapak.

3. Kedah!

4. Saya sukakan dan rindukan kedamaian kampung. Boleh tak macam tu? :))



Abg Teror, dah siap!!

Happy Monday!

 Assalamualaikum. Salam Sejahtera! 
(schedule post)

Saje je letak pic terbaru ni :))

Apa khabar semua? Sedar tak sedar tak lama lagi dah nak habis dah bulan Mei ni kan? Nak kata bulan Mei ni byk cerita, rasanya takde sgt.. biase2 je.. Bulan ni mcm bulan zue bersama family. Banyak masa dihabiskan dgn family zue je.dah 3 minggu berturut-turut memasak je weekend. Sb zue ni jarang sikit nak masuk dapur sb selalu mak yg masak. Ni nak kena practice sb nanti mak takde untuk 2 minggu. huhuhu... Semalam saje je practice buat sambal belacan balik. Lama tak menumbuk sambal belacan tahu? Dgn berbekalkan air tanganku yg comel ni, ayah puji sambal belacan yg zue buat sedap! hehehehe.. bangga jap ;p lepas ni, kena punggah peti ais, apa nak masak setiap hari selama dua minggu. Plan itu penting!

Heh, membebel pulak. Dahla ni schedule post sb zue tahu, mesti tak sempat nak buat entry utk hari Isnin. Takut monday blues! harap-harap monday korang tak blues la ye. Make it rainbow on Monday! weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Last but not least,  
Life is like dancing. If we have a big floor, many people will dance. Some will get angry when the rhythm changes. But life is changing all the time.

See ya!

p/s : Happy birthday utk Ophie today!! And congrats for baby boy, Daniyal :)

Thursday, May 19, 2011

Jom ke Grand Opening! Dynas Nursing Attire oleh Dynas Mokhtar

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Satu soalan :  
Are u pregnant or breastfeeding ur baby ? 

Saje nak kongsi (tak tgk lagi filem KONGSI "-_-), Dynas Mokhtar akan membuka butik beliau secara rasmi pada 25 Mei 2011, Rabu depan ye kawan-kawan. Di The Curve. Info lanjut, klik poster di bawah atau sila ke Dynas Fan Club


25 Mei 2011 (Rabu) butik Dynas Nursing Attire akan dibuka secara rasmi di alamat berikut.
 
The Curve
Kiosk K-F-3-D, 1st Floor, No. 6,Jalan PJU7/3
Mutiara Damansara, Petaling Jaya 
Time : 5:00pm - 9:30pm

Anda dijemput untuk mengunjungi DNA boutique ya! Dan tawaran menarik, dapatkan 10% Discount dgn cara print leaflet di atas (salinan berwarna sahaja) dan bawa keratan tersebut semasa anda mengunjungi butik pada hari pembukaan rasmi sahaja.

What are u waiting for? =)

ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA ..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Kali ni, topik yg Abg Ben utarakan agak payah nak dijawab. Terutamanya, kaum perempuan. Betul tak? Tak betul? Tak tahu? Kalau camtu, cube join dan luahkan pendapat korang :)


Cara-cara :
  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. TAJUK : ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA ..
  3. Ulasan tidak lebih dari 100 patah perkataan dan kurang 50 patah perkataan ... haaa.. mesti padat.. tamo pendek sangat .. okeh ?
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini .. hehehe ..

Pendapat zue, walaupun tak pernah ada pengalaman mcm ni.....

Mungkin jadi agak marah sbb hak kita diambil org. Zue akan cuba bersemuka dengan kekasih dan pihak ketiga tersebut. tp zue takleh dtg sorang. Mesti ada sorang atau dua utk backup zue. Yang tahu tentang zue dgn dia.. Bincang betul-betul dan capai kata putus. Untuk menjadikan seseorang tu pasangan hidup kita, perkara-perkara macam ni kena ambil berat.Kalau dah kahwin, lagi hebat dugaan dan cabaran. Kalau jadi kekasih pun boleh berpaling tadah, apetah lagi nanti dah kahwin kan? Satu je kita kena ingat. Jika itu jodoh yg tertulis di loh mahfuz, takkan ke mana.. Jangan ambil tindakan melulu.

Fuuuhhhhh! Mcm buat rumusan masa sekolah menengah dulu. takleh lebih 100 patah perkataan. Hehehehe...
Abg Ben, zue dah siap! dan kawan-kawan, jgn lupa undi abg Ben kat SINI okey? :)


Sesuatu yg anda tak perasan atau terfikir...

(schedule post)
Assalamualaikum. Salam sejahtera!

Zue dpt email dari seorang rakan. Saja nak berkongsi :)

Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

1 0. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..

11 .Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang
meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

1 4. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.



Kesimpulan : Hargailah kehidupan anda~

=)

Bloglist SOLOMOLO - Kini Dibuka!~

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Tajuk entry macam pembukaan kedai kan? Hehehe.. sebenarnya, ni bloglist anjuran sahabat zue dari blog SOLOMOLO. Senang je cara nak sertai bloglist ni..



1. buat satu entri...
2. tajuk entri : bloglist solomolo - kini dibuka...
3. letak header solomolo kat entri tu...
4. komen sikit tentang solomolo...
5. tinggalkan url blog dan kategori pilihan kat ruangan komen bila dah siap...

pemberitahuan kategori :
bloglist encik solomolo > untuk lelaki
bloglist cik solomolo > untuk perempuan

Nak komen sikit pasal blog SOLOMOLO ni :)
Hi Kocek! Hehehehe.. rindu! rindu! Eh, silap bg komen pulak.. ;p ok, jom tengok komen kat bawah....

*****
****
***
**
*

Blog ni zue baca sejak zue keje kat careline lagi. Kami sama-sama gila berblog masa keje kat customer service. Kan Kocek kan? Zue suke baca blog kocek ni sb isi-isi yg dilontarkan dlm blog ni lebih kepada santai, yg kadang-kadang membuka minda. Sejak awal tahun ni, kocek lebih aktif berblog dari dulu. Kenapa? itu kena tanya ngan tuan belog. Hehehe.. Anyway kocek, Have fun kat Bali! Nak ole-ole okey! Teruskan berblog. I love your blog bebeh! *muahhhh muaahhhhh*


Senang kan? Kawan-kawan, jom la sertai. Saja-saja mengeratkan silaturrahim sesama insan di alam maya ni ;)

Tata~~~

Wednesday, May 18, 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Di petang yg syahdu ni, zue teringin pulak nak join segmen kat blog abg Ben :) Jom tengok kat sini
----->> BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN


Nak hantar ?  Silakan.. Tutup hari ni gak jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya  , sila buat satu entri ..
  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN dan linkkan ke entri ini ..
  3. Jawab soalan tersebut , tidak lebih 100 patah perkataan ..
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini ..  ;)
Ok. Soalannya.....

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

Jawapan zue :

 Saya setuju kerana ia adalah tanggungjawab sbg seorang pemimpin dlm rumah tangga, tp janganlah sampai berhutang.



Ok Abg Ben. Dah Siap! :)

Oh ya, Saya dah undi abg Ben jugak di SINI
 :)

Fun at The Peak!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Sorry, lama betul tak update blog. Hampir 2 minggu. Ini pun schedule post. Bila ada kat rumah, mmg tak bukak laptop langsung. It's time to get my rest and habiskan masa dgn family :)

Oh ya. Last week zue ade ke Genting Highlands dgn mak dan family baby yg mak jaga. Nak cerita byk2, mcm korang nak baca kan? Hehehe.. Let's cekidaut gambar-gambar kat sana ;D

















 


Till then, daaaaaaaaa~ 

Wednesday, May 4, 2011

Surprise ♥

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Heh, baru ada kesempatan nak update blog. Ini pun schedule post. Ok takpe. Ingat tak zue kata nak cerita pasal birthday? Pasal bercuti tu, kabel kamera tak jumpe pulak (˘_˘")

First of all, thanks to my bffae, Cik Syuhada sb datang rumah hantar hadiah on 23rd April 2011. Dia nak surprise kat zue, dia yg surprise zue takde kat rumah. Sorry babe!!

Hadiah yg di delivery kat rumah! Thanks babe! ♥
Then dpt hadiah dari kak feen..

Thanks Kak feen ♥
 Ada jugak dpt dari Kak As ngan Kak Mum. Ni kakak2 kat opis zue.. hehehe.. Thanks kakak!

Dari Kak As ♥
Dari Kak Mum ♥
Ok, sambung cerita...
Zue cuti sampai rabu lepas, 27 April 2011. Birthday dah lepas, 23 April 2011. Tak dpt la nak celebrate ke apa. Sb mmg selalu tak celebrate pun.. 
Bila dtg keje on 28th April tu, mcm entry yg lepas, tak expect pun diorang nak ingat birthday zue and celebrate kat opis. Hehehe.. Thanksss a lot! ;) 

Me and Kak mum. Kak mum birthday on 26 April. April princess, bak kata boss zue ;p

♥ The End ♥