Anda Sangat Hebat!

Tuesday, May 31, 2011

BARBICAN - Tiada Alkohol #HarianMetro

 Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Isu yg mengatakan Barbican haram, dah tersebar luas dan Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem tampil memberikan ulasan dalam Harian Metro 31 Mei 2011.





 KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.

p/s : kalau ragu-ragu dah jadi haram.


2 komen terbang:

tumpanglalu said...

salam..

tumpang komen:

isu produk malta ni haram atau tidak masih lg tergantung sbb pihak yg berwajib yakni JAKIM-HALAL masih lg blom sahkan nama produk yg dikatakan haram tu. di pasaran ada Barbican dan juga Istak. both produk dah kuarkan kenyataan akhbar memasing, menolak isu tidak halal ni. so kita jgn lg tegesa menidakkan mana2 produk pun. tunggu sehingga betul2 ada info sahih then kita buat keputusan nak ckp ia halal or sbaliknya.

sekadar bg pandangan, kalu salah tlg betulkan ya :)

Zue Zoey said...

@tumpanglalu :

pertama sekali, terima kasih sb sudi singgah blog saya yg tak seberapa ni :)

mengenai komen, saya taknak sentuh apa2. saya ambil petikan ni 100% dari Harian Metro. Takde pun saya cuba olah. yg saya masukkan, cuma pesanan kat bawah tu, "kalau ragu-ragu dah jadi haram".

Setiap org ada pendapat masing2, kan? sekarang pun byk lagi makanan atau minuman yg dikatakan tidak halal. Saya cuma highlight berita yg dikeluarkan di akhbar. itu sahaja. Saya tak mengiyakan atau menidakkan atau terus buat keputusan mengatakan benda tu halal @ haram :)