Anda Sangat Hebat!

Friday, March 2, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar Wangsa Maju!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Mesti dah ramai yang tahu pasal Burger Bakar ni kan? Dikenali dgn nama Kaw kaw Burger Bakar, ianya terletak di Wangsa Maju Seksyen 2.

 Gambar di atas, credit to Cik Epal

 Nak cerita banyak mcm tak best. Dah banyak org bercerita pasal burger bakar ni. Jom layan gambar di malam kejadian zue dgn kawan baik zue, Syuhada Aris ni gi beli malam Rabu baru-baru ni...


 Korang nampak byk payung kan? Time ni hujan, tapi ramai gila org beratur utk beli burger ni. Jalan jgn cakapla, mmg jammed. =_="



 Dan setelah penat lelah beratur, zue dpt no 55! Masa ni diorang tgh serve nombor 30 rasanya. Lama gilaaaaaaa nak tunggu. Tapi berbaloi sebab pakai nombor ni adil sikit. So, takdelah org berebut. First come, first serve, ye dak? ^_^

Zue dpt order zue lepas sejam lebih jugak la, tapi berbaloi!

Nak tahu kenapa ramai org? Sebab pertama, seperti gambar di bawah.....


Arghhhhhhhh! Rasa lapar balik bila tgk gambar ni. Ni burger bakar daging + cheese. Harganya RM8.50. Paling murah adalah RM7.50. Itu tanpa cheese la. Kalau korang nak burger ayam, ayam tu dia goreng jadi mcm zinger burger KFC tu. Tapi nak rasa kelainan, korang amik burger daging bakar. Confirm terbakar!

Dia serve dlm 2 jenis. Sama ada ala-carte atau set. Kalau ala-carte, paling murah, RM7.50. Set -  RM10. Dalam set tu, burger RM7.50 + air + sosej dua. Kalau korang beratur tu, bila sampai dekat amik nombor tu, abg tu akan tanya la korang nak ape. Dia akan explain kat korang menu ape dan harga. Memang best la! :D

Sebab ke-2, daging tu homemade ye. bukan yg dah siap mcm daging burger yg korang beli kat supermarket tu. Dan daging burger ni pun besar dari yg biasa tu. Korang tak caya? Korang boleh tgk kat blog Cik Epal. Confirm korang nak pegi beli malam ni. Hehehehe.. 

Kalau korang nak makan burger kat sini, pastikan korang ni jenis yg bersabar. Memang tertanya-tanya jugak, diorang ni taknak bukak stall or restoran yg lebih besar ke sebab customer makin ramai dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Rupanya, mereka memang dah merancang utk buka Burger Bakar ni secara official di satu tempat yg dirahsiakan buat masa ni. Kalau korang nak tahu apa perkembangan Kaw Kaw Burger Bakar ni, korang boleh lawat Facebook Burger Bakar. Jangan lupa LIKE ok? Video-video pun banyak kalau korang tak percaya crowd di gerai mereka. Korang pergi youtube, taip "Burger Bakar". Ha, tengoklah sampai lebam. hehehehe...

Kalau nak pergi, landmarknya, depan T-Bun Cafe dan berdekatan dgn BRJ Corner Wangsa Maju Seksyen 2. Waktu operasi dari jam 7.45pm sampai 1am. Eloklah diorang mula beroperasi lepas maghrib kan. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin :)

So, apa lagi? Sila serang Kaw Kaw Burger Bakar malam ni jugak! :D

  Jangan lupe LIKE Facebook Burger Bakar


notadarihati : sekali korang makan, confirm korang puas hati.

1 komen terbang:

Sharinginfoz said...

pernah gak lalu tapi tak beli2 lagi so far, tunggulah