Anda Sangat Hebat!

Monday, December 10, 2012

[Part II] I Am Lucky Number 3! Thanks Chef Ammar AL Ali!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ya Allah... Lama betul tak update blog Zue ni. Adalah sebulan kan? Hehe.. OK, so here we go!


Haaa, kali ni, Zue nak update part II. Ada apa? Jeng Jeng Jeng..

Alhamdulillah.. 2minggu lepas, Chef Ammar call Zue and tanya, bila dia boleh datang masak for my family. Masa tu, rasa seronok sangat sebab Chef Ammar ni very humble orangnya. Dia tanya, then Zue and family decide, 9 Disember 2012. 

Seminggu sebelum Chef Ammar datang, dia dah email, untuk sediakan bahan-bahan untuk masak. So far, semua bahan yang dia senaraikan, senang nak cari, kecuali Tahini sauce. Sauce ni dari timur tengah punya resepi. Mostly digunakan untuk buat salad. Rasanya ada jual kat pasaraya, tapi disebabkan tak pernah dengar, takut silap beli. So, sauce tu Chef bawak, dan dia tinggalkan dekat rumah sebagai cenderahati. Hehe.. Thank you Chef!

So, persiapan pun dibuat sampailah semalam, masa yang ditunggu pun tiba.. Inilah pertama kali, Chef datang masak-masak kat rumah. Mula-mula tu segan jugak. Yelah, selalu Chef kan masak kat dapur besar-besar, canggih-canggih etc. Tapi Alhamdulillah, Chef Ammar tak kisah semua tu :)

Oh ya. Zue ada buat rakaman, tapi tak edit lagi video-video tu. Bila ada kesenangan, Zue edit and upload kat Youtube. Kualiti video tu, minta maaf sebab hanya record guna kamera digital biasa. Hehe..

Ok, resepi kali ni, Nasi Sayyadiya.

Gambar masa masak-masak tak banyak sebab Zue lebih kepada rakaman. Yelah, kalau gambar je, cara-cara untuk masak tu tak berapa nak faham kan. So, layan je gambar yang tak berapa ni ya. Hehe..

 

Hasilnya, sangat sedap! Ni adalah makanan Arab yang Zue tak pernah rasa sebelum ni. Kalau ikutkan, pergi mana-mana restoran makanan Arab, rasa nasi semua sama kan? Tapi kalau ikut betul-betul resepi yang chef bagi, semua resepi ada citarasa yang berbeza-beza. Jadi, kenalah cuba semua resepi Chef Ammar! Hehe..


 Oh, by the way, Chef Ammar pun consume Jus Enerchi, produk dari Adamaya Marketing Sdn Bhd. More info, boleh email to nurzulaina@gmail.com :)


Last but not least, thank you for your time and effort Chef Ammar. I don't think other Chef willing to do this. Wish you all the best and may Allah bless you with more and more rezeki, In Sha Allah :)

Untuk kawan-kawan yang nak cuba resepi-resepi Chef Ammar, dia selalu update dalam facebook. Cuba, jangan tak cuba. Dah berjaya, post gambar kat facebook Chef. He would love to know that, trust me! 

And don't forget to catch him on TV Al-Hijrah, every Sunday at 8.30pm, in Masak Dari Hati, Masak With Iman.

Facebook : 


Thank you Chef Ammar!