Siapa pernah pergi Kuala Kedah? Mesti korang pernah dengar Laksa Teluk Kechai. Pernah rasa tak?
Semalam nak dijadikan cerita, dari Kerpan, teringin sangat Zue nak makan laksa. Tak sah kalau balik Kedah tak pekena laksa. Hehehe.. Pegi Kuala Kedah, masa tu dah 9.30malam. Pusing 3 kali cari tak jumpa. Rupa-rupanya dah tutup!! Sedihnyaaaaaaaaa!! Kempunan jugak nak makan laksa Teluk Kechai 😭😭😭
Kalau mai awai sikit mesti dapat makan. Iskkk.. Siapa-siapa pi Kedah, kalau dah dekat tu, pi la pekena laksa Teluk Kechai tu. Nanti buat review k sebab diorang kata laksa ni special sikit.
Kalau tak tahu nak cari, sila guna GPS sebab nama kedai ni ada dalam Waze 👍
Jangan lupa k? ✌
0 komen terbang:
Post a Comment