Anda Sangat Hebat!

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Ayong ♥ Boem

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dgn lancar. Jumaat baru-baru ni, 8 Jun 2012, cousin kesayangan saya, Ayong dah selamat dinikahkan dgn jejaka pilihannya, Boem ;)

Tahniah cousin! 


Saat-saat yg mendebarkan dan menghibakan. Ayong disuruh istighfar 3 kali, mengucap syahadah & baca surah Al-Fatihah oleh tok kadi. Kemudian persetujuan Ayong utk dinikahkan oleh PakCik..


Dgn sekali lafaz, akhirnya cousin saya dah selamat menjadi isteri kepada Boem. Tahniah sayang! Selamat Pengantin Baru :')


 9 Jun 2012, majlis persandingan. Meriah tu ada jugak meriahnya. Since ayah dia baru je pegi meninggalkan kami 3 bulan lepas.. apapun, hidup mesti diteruskan.. Kalau PakTam ada, alangkah bahagia rasanya melihat anaknya bersanding..


After majlis persandingan selesai, kami dgn sepupu sepapat ke Jeti Semeling. Apa lagi. Outdoor photo shoot la. Fuhhhh... panas betul kat Kedah oi.. Berbahang. Setelah lebih kurang 2 jam, selesai pun sesi berfoto gedik. Ni gambar last sekali.


Ha, cousins saya semuanya satu kepala. Memang gila-gila. Hehehe.. Kalau takde aksi lompat, memang tak sah.

Apepun, Selamat Pengantin Baru buat Ayong dan Boem. Cousin mu ini mendoakan semoga rumah tangga anda dirahmati Allah dan sentiasa harmoni. To Boem, welcome to our family! Be good ya! Jaga cousin saya elok-elok. Hehehe..

Jumpa lagi utk majlis sebelah Boem pulak!

See Ya!


1 komen terbang:

ch000tz said...

happy sungguh mempelai :) congrats to both of them :)