Anda Sangat Hebat!

Thursday, June 21, 2012

Tiga Juta Belum Daftar

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!

Lama betul tak update blog ni kan? Asyik update pasal gambar and wordless wednesday je kan? Hehehe..

Tadi baca online newspaper, Harian Metro dan tertarik pada satu artikel ni. 

Klik untuk lebih jelas.

 Ya, kita sebagai rakyat Malaysia, negara yang mengamalkan sistem demokrasi, semua ada hak untuk memilih apa yang terbaik untuk masa depan negara kesayangan kita, Malaysia. Secara logiknya, jika kita hanya bersuara tanpa mengambil tindakan ini, maksud saya, dengan mendaftar pemilih, macam mana kita nak tentukan masa depan negara kita kan? 
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, bukan kita hanya duduk dan melihat sahaja apa yang berlaku. Tindakan harus diambil. Rasanya dah banyak kempen untuk kita mendaftar sebagai pemilih. Jadi, apa lagi, jom daftar. Anda berpeluang mengundi jika daftar pemilih hingga 30 Jun 2012 andai PRU ke-13 selepas Ogos.

Untuk Pemilih Biasa

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Untuk pengundi yg tidak hadir (contoh: anggota tentera) dan warganegara Malaysia yg berada di luar negara, anda boleh lihat cara-cara mendaftar di sini : Cara Untuk Mendaftar.

 Untuk yang dah daftar, TAHNIAH untuk anda! Jgn lupa buat semakan.Untuk buat semakan daftar pemilih, anda boleh lawati http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/



 Jadi, pilihlah jalan anda. Sama ada duduk dan lihat atau daftar dan menjadi pemilih untuk menentukan masa depan negara. It's all up to you all 3 million unregistered voters :)

Sekian. Ini hanya pandangan saya sahaja :)


Notadarihati : "Actions speak louder than words"