Anda Sangat Hebat!

Wednesday, November 5, 2014

[Review] NanoWhite Skincare

Alhamdulillah, Zue dah dapat produk NanoWhite dari blogger Aida Sue haritu. Zue teruja sangat nak try product ni sebab selalu dapat good review kan.

Review Zue : So far, Zue suka dengan produk ni! Sebab dah la murah pastu bagus jugak pada kulit.


Ni info mengenai produk:
Satu set Nano White ada 3 produk macam Nanowhite Awakening Show Wash, NanoWhite Refining Treatment Toner dan Nanowhite Cell Moist Whitenor. Haaaa produk ni pun sesuai untuk semua jenis kulit. So, kalau korang nak try, boleh dapatkan kat semua farmasi dan kedai di seluruh Malaysia. Memang tak rugilah korang try.

Nano White Awakening Show Wash ( 100ml RM15.90 )

Ia merupakan set pembersih unik, sejuk bak salji dan membersihkan wajah sambil melembapkan kulit semulajadi anda. Ia juga mengandungi HappyDermalogy dan nano-teknologi untuk menjadikan kulit anda sihat berseri dan nampak lebih cerah dan sihat.

Cara penggunaan : Sapukan pada muka dan leher. Urut dengan lembut. Bilas dan lapkan sehingga kering. Pakai dua kali sehari.


Nano White Refining Treatment Toner (  200ml RM 17.90 )

Produk ini pula berupaya mengekalkan dan mengecilkan pori-pori wajah. Ia penuh dengan kuasa HappyDermalogy, teknologi nano, Omega White-C dan allantoin, pati oren, pati lemon dan pati Bilberi. Ia bertujuan untuk mengimbangkan dan bertindak sebagai penyegar selepas mencuci wajah anda. Selain itu juga, ia mampu membantu mengecilkan pori wajah dan menanggalkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit anda.

Cara penggunaan : Selepas membersihkan wajah, gunakan kapas untuk disapukan pada muka dan leher. Gunakan pada waktu pagi dan malam. Sesuai untuk semua jenis kulit.

So apa lagi korang? Boleh la try! ;)