Lagi gambar-gambar kereta yg terkandas di Kolej Multimedia, TM.. (sila scroll ke bawah)
Semalam hujan sgt lebattttttt! Siap guruh dan kilat sekali, sampai banjir! Mesti semalam korang tahu pasal banjir kilat kat KL kan? Yg teruk kat area Jalan Tun Razak sb Sungai Bonus dan Sungai Gombak melimpah... Tak lepas jugak di tempat keje zue, sb ofis zue terletak dekat Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Dalam pukul 5 petang mcm tu, dah ade pengumuman "sesiapa yg ada parking Menara Marinara, sila alihkan kenderaan anda dengan segera". Banjirrrrrrrrrrrr!!!
Parking yg mula dinaiki air...
Tengok tu, banyak kereta yg ditenggelami air...
Kereta kawan zue pun masuk air dah.. nasib baik boleh start lagi, tp kena hantar service jugak..
Teruk tak?
Banyak jugak kereta yg tersangkut kat situ. Bomba pun dah sampai dalam pukul 4.45ptg macam tu.
Rasanya banyak kereta yg nak kena hantar service sb boleh dikatakan banyak yg masuk air.. Kesian siapa yg parking kat luar tu.. Mujurlah takde ape2 kemalangan jiwa yg dilaporkan.
Apa pun, harap semua berhati-hati ye. Sekarang ni takde tunggu musim tengkujuh dah. Bila-bila je boleh hujan lebat dan terus banijr macam semalam. Tempat korang macam mana semalam? Ada yg banjir jugak?
UPDATED!!!
Ni zue baru dpt gambar-gambar banjir kat Kolej Multimedia TM semalam. Sangat teruk....
Bila sampai je 22 Febuari, mesti semua teringat tentang penyanyi Nombor 1 Asia suatu ketika dulu, sebelum Dato' Siti Nurhaliza. Tak lain tak bukan, Datuk Sudirman Haji Arshad. Untuk 22 Febuari 2011, genap 19 tahun pemergian beliau meninggalkan kita... Pagi ni rata-rata stesen radio di Malaysia memutarkan lagu-lagu Allahyarham sempena mengingati jasa dan bakat beliau yg tak mungkin dapat cari pengganti. Bayangkan, beliau yang diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 bagaimanapun meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya. Sebagai salah seorang peminat beliau, bila zue dengar lagu-lagu Allahyarham, semuanya begitu meruntun jiwa dan perasaan. Lagu-lagu beliau begitu hidup dan begitu sarat dengan penghayatan yang begitu mendalam..
Kalau nak cerita pasal jasa dan bakat beliau dlm bidang seni di Malaysia ni, terlampau banyak dan beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards" yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989...Semangat patriotik beliau amat ketara bila tibanya Hari Kemerdekaan. Lagu31 Ogos yg dinyanyikan oleh beliau itu masih kekal sebagai lagu yg wajib berkumandang setiap kali tibanya hari kemerdekaan Malaysia, yg menjadi siulan dari kanak-kanak sehingga orang tua...
Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.
Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
17 tahun selepas kematiannya, pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. 17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.
Sudirman meninggalkan lagu Salam Terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang memberi makna besar kepada peminatnya.
“
Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.
”
“
Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya.
”
Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di dalam hati peminatnya. Beliau masih Penghibur nombor 1 yang sukar dicari ganti.....
Lagu-lagu nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad ---> Senarai Lagu
Say sayonara to your bad hair days because Svenson is here to woo your hair troubles away! Take part in the Svenson Save My Hair contest and you could be the lucky ones flinging your hair in confidence! Share this hairy deal with your family and friends and you might just be the lucky 10 to win a worth Full Hair Care Treatmentworth RM290! Contest ends on April 16, 2011.
Tiba-tiba rasa rindu pada orang yg aku sayang tu melonjak-lonjak. Rindu sgt! Aku kena kuatkan hati aku, kuatkan diri aku. Mungkin aku dipersalahkan. Ye, mungkin aku yg bersalah. Tapi kau tak berhak hukum aku sampai mcm ni sekali. Aku tak sure kalau kau tahu org yg dimaksudkan itu adalah kau. Ye, kau! Aku derita. Aku merana. Mungkin pada luaran orang nampak aku yg ceria, yg gembira, seperti tiada apa yg bersarang di sudut kecil hati ni. Sekali aku dah sayang, aku susah nak lupakan. Aku kenal kau dah lama, tp entah kenapa kau kata aku tak menghargai kau. Aku sedar, siapa diri aku. Aku tahu aku mungkin tak sepadan dengan kau. Sebab tu aku hanya mampu memegang title sahabat kepada kau. Aku tak tahu dah berapa lama aku pendam perasaan pada kau, tp aku tak mampu nak luahkan. Bila aku dpt tahu perkara sebenar dari org yg aku percayai dan rapat dgn kita, aku rasa terkejut yg teramat sgt. Aku sayang kat kau! Sumpah! Aku tak pernah rasa kau beban dalam hidup aku. Aku sentiasa nantikan kehadiran kau dlm hari-hari aku. Sebagai teman, sahabat yg amat memahami. Walaupun dlm SMS yg kau hantar, menyuruh aku melupakan kau dan persahabatan kita, aku terduduk. Kecewa, kerana selama ini mungkin aku yg buta, tp percayalah, sehingga saat ini, aku masih ingatkan kau. Sayangkan kau. Aku tak tahu kenapa kau tiba-tiba menghilangkan diri dari hidup aku. Kenapa kau nak hukum aku? Besar ke kesalahan aku pada kau? Setiap kali mak tanya perihal kau, aku terpaksa berbohong mengatakan yg kau baik-baik sahaja. Kau sibuk dgn kerja, sb tu tak dpt dtg jumpa mak. Aku rindu sangat dekat kau! Dekat suara kau. Dekat gelak tawa kau. Aku rasa seperti tak mampu nak teruskan semua ni. Aku berselindung di sebalik kegembiraan yg tak mampu nak sembunyikan kesedihan dan kekecewaan. Aku tak pernah sayang org lain macam aku sayang kau. Hidup aku dibayangi oleh kau. Hati ni, sebahagian besarnya ada pada kau, tp kau hilang. Hilang dlm kekalutan masa dan mungkin juga mmg hasrat kau untuk pergi jauh dari hidup aku. Aku tahu mungkin kau dah bosan dgn perkataan maaf yg kau sendiri selalu ucap. Tapi satu je aku nak bagitahu. Aku tak pernah lupakan dan takkan lupakan kau sampai bila-bila. Itu janji aku.
Aku berharap sangat kau akan hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Kirim salam pada mak. Aku cuma berharap suatu hari nanti, hati kau akan lembut kembali. Aku rindukan kau yg dulu. Kau yg selalu menghiburkan aku. Kau yg selalu mengambil berat perihal aku dan keluargaku. Kau yg gelak tawa dan menangis bersama aku. Mohon maaf sekali ini yg aku harap dpt leraikan kekusutan dalam hati aku. Dan sehingga saat ini, tiada siapa yg mampu gantikan tempat kau di hati aku. No one......
Setelah agak lama kami tak berjumpa, akhirnya pada Jumaat lepas, 11 Feb 2011 kami sempat meluangkan masa bersama! Hey hey! korang jgn salah anggap tau. Yang zue maksudkan ni adalah kawan baik Zue, Syuhada (Syu). Sebenarnya kami berkawan sejak tingkatan 1 (1999), dah hampir 12 tahun! Lama tak? Banyak rintangan kami lalui bersama. Chewwaaaaaaaahhh! Tapi apepun, Zue sayangkan Syu ni. Sayang sangat! Dia seorang kawan yg sangat memahami. Walaupun jarak rumah kami bagaikan sekangkang semut, yg kadangkala boleh dengar bunyi kentut dia dari rumah Zue (oke, tipu) tapi kekangan masa membuatkan kami jarang berjumpa. Apetah lagi nak gi jalan-jalan kan?
So Jumaat tu, zue post lagu Rindu Setengah Mati kat FB, dan komen petang tu bertubi-tubi dtg dari Syu ni. Rasa ingin pulak bertemu (heheh, ayat skemaaaa!) dgn dia yg ku rindu. hahahahaha! okey2, dah. Pastu petang tu ingat nak ajak dia gi minum-minum and sembang-sembang je. After Zue habis keje, terus balik Wangsa Maju amik dia kat rumah and gerak ke Four Happy Seasons Restaurant.
Dia tak pernah dtg sini lagi. Ditemani dgn DSLR nya, apa lagi, tangan tak berhenti amik gambar. Hehehehe.. Ye, kami ni mmg kaki bergambar dan suka amik gambar! Minat kami sama! Cuma bezanya dia dah ada DSLR sendiri. Weeeehoooo! Best tuuuuuuuu... Dan zue juga yg mengajak dia untuk menceburkan diri dalam dunia blogging ni, walaupun bukan secara serious. Kan sayang? Hehehhee.. Pernah suatu ketika, dia gelarkan zue ni pasangan songsang dia, bila kami dah gila-gila komen kat facebook. Memang sengal! Hahahahahhaaa.. tunang dia pun tahu kitorang mmg rapat. Rapat sgt....
Eh, mcm beremosi pulak entry kali ni kan? Isk.. okey, lepas kami makan-makan kat Four Seasons tu, dengan tak plan nye zue cakap mcm ni "boring la nak balik skg.. Jom gi Bukit Indah nak??". Dengan sepantas kilat, dia jawab "Jom! Aku pun tak pernah bawak DSLR ni ke sana!" Haaa...nak tahu kenapa dia beriya-iya sangat, korang boleh klik sini ----> Pabila Impian Menjadi Kenyataan
Seronok kan bila kita dpt tunaikan impian sesorang tu? Lagi-lagi untuk org yg kita sangat sayang..So, kitorang pun terus gerak ke Bukit Indah, Ampang. Kalau korang nak tengok view KL, sini sangat best tau! Kitorang pergi ke Look Out Point. Lepak kat Haven. Sejukkkkk! Rasanya lebih sejuk dari kat Genting Highlands. Serious, zue tak tipu!
Ok, 5 gambar di atas ni dari phone kamera SE Aino zue. Jom tengok hasil kerja tangan Cik Syuhada kita ni. ;)
Cantik kan view KL dari sini? Rindunya nak pergi sana lagi. Nyaman dan aman... :) Thanks to Syuhada sebab sudi luangkan masa bersama kawan kamu yg super duper bizi ni. Lama kita tak gi jalan-jalan macam ni kan? Thanks jugak sebab memahami saya! Tenkiu banyak2!!!! Sayang kamu banyak2!!! ♥♥♥♥♥♥♥♥
Korang ingat lagi tak pasal kenduri Sara & Fazli? Ingat tak yg zue kata ade aktiviti yg sgt havoc dan meriah lepas kenduri? Hehehehehehehe... seriously, it was best outing ever (secara tak dirancang). Lepas wedding Sara tu, tiba-tiba diorang ajak gi karaoke. Then it was like "takkan gi karaoke dengan berbaju kurung ni?" Ok, dgn selamba nye kitorang terus gerak ke KTV Ampang Park utk sesi uji bakat. Weeeeeeee~
Mula-mula sampai utk karaoke tu, semua macam sopan dan ayu je (seperti masa kenduri sebelum tu). Hahahahahaha!
Dah semua malu-malu unta, Afiq (nama manis-manis gula beliau - Aliff Aziz) yg start nyanyi. Suara dia memang sedap tau! Lagi-lagi kalau nyanyi lagu Anuar Zain. Tangkap leleh wa cakap lu.... Lepas tu masing- masing dah start berebut microphone. Mic ada 2 je. Yang nak nyanyi lebih 10 orang. Last-last, jadi koir dah dalam tu. Dgn back-up singer, dgn dancer. Lengkap! Nak tahu sapa back-up singer? Dancer? Meletoppppppppppp uolllllsss! Mase karaoke ni, ada sorang peserta (peserta katanyaaaaa!!) , Celly menyanyikan lagu Sobat - Wali Band. Lagu ni seperti yg korang tahu, berunsur keagamaan. Masa ni tak koir, semua duduk senyap dan diam. Cuba tengok lirik lagu ni..:)
Zue nak nyanyi tapi segan sb tak pernah pegi karaoke ni ramai-ramai penuh bilik tu. Dah macam konsert pun ada. Hahahahahha! malu la! (over tau!). Setelah diasak berkali-kali oleh Nana, zue pun pilih la lagu...
Cuba teka zue nyanyi lagu ape? Ok, korang kena baca sampai habis, baru korang tahu zue nyanyi lagu ape. Bila zue nyanyi, mmg kecoh+gila+sengal+sakit telinga+sakit tekak+sakit badan dlm tu. Lagu yg zue nyanyi tu lagu rancak, memerlukan daya tarik suara yg tinggi, dan back-up dancer yg sgt lincah.
Gila! Mmg gila! Hahahahahahahaha! Korang teka dulu ea? ;p Lepas tu Kak Mieza ngan Nana mmg best la! Suke sgt tengok korang nyanyi lagu dangdut awww awww! Besttttttttttttttt! ok, dah tamo cite panjang2, jom tengok gambar-gambar. ;D
Credit to all sebab korang mmg super duper hyper happeninggggggg! Gila best tau takkkk!!!! Hahahaha.. okey, tak dpt digambar dengan kata-kata betapa happeningnya hari itu. To Kocek, Abg Izz, Cici, Apiz, Afiq, Celly, Ed, Kak Mieza, Nana, Ieza and Yus, thanks a lot for your time! For your lovely moment even tak rancang pun semua ni... Best kan???