Anda Sangat Hebat!

Friday, February 25, 2011

Banjir Kilat Di Kuala Lumpur - 24 Feb 2011

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

UPDATED!!
Lagi gambar-gambar kereta yg terkandas di Kolej Multimedia, TM.. (sila scroll ke bawah)

Semalam hujan sgt lebattttttt! Siap guruh dan kilat sekali, sampai banjir! Mesti semalam korang tahu pasal banjir kilat kat KL kan? Yg teruk kat area Jalan Tun Razak sb Sungai Bonus dan Sungai Gombak melimpah... Tak lepas jugak di tempat keje zue, sb ofis zue terletak dekat Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Dalam pukul 5 petang mcm tu, dah ade pengumuman "sesiapa yg ada parking Menara Marinara, sila alihkan kenderaan anda dengan segera". Banjirrrrrrrrrrrr!!! 

Parking yg mula dinaiki air...
Tengok tu, banyak kereta yg ditenggelami air...
Kereta kawan zue pun masuk air dah.. nasib baik boleh start lagi, tp kena hantar service jugak..

Teruk tak?

 Banyak jugak kereta yg tersangkut kat situ. Bomba pun dah sampai dalam pukul 4.45ptg macam tu.
Rasanya banyak kereta yg nak kena hantar service sb boleh dikatakan banyak yg masuk air.. Kesian siapa yg parking kat luar tu.. Mujurlah takde ape2 kemalangan jiwa yg dilaporkan. 

Apa pun, harap semua berhati-hati ye. Sekarang ni takde tunggu musim tengkujuh dah. Bila-bila je boleh hujan lebat dan terus banijr macam semalam. Tempat korang macam mana semalam? Ada yg banjir jugak?

UPDATED!!!

Ni zue baru dpt gambar-gambar banjir kat Kolej Multimedia TM semalam. Sangat teruk....

nampak bumbung je...

Cooper tuuuuu...



Habis Mini Cooper ni..




Gambar : ihsan dari Facebook kawan-kawan

10 komen terbang:

Liyana Lunia said...

teruk smpai mcm ni? masyaallah, takutnya T___________T nampak bumbung je mst nangis meraung owner kereta tu wuuu

dilakochan said...

fUIIII... Nampak bumbung je!!
Nasib smlm blah awal dr office.
KL naik air kemainn smlm! -.-

Zue Zoey said...

Liyana Lunia. :
Kesian kat diorang.. dah mcm total lost dah T____T

Zue Zoey said...

Dilakochan :
yup, nampak bumbung je.. Cooper tu mmg penuh air dalam kereta...

SyahNas80 @ Nana said...

ish2..teruk gak ek.. banjir kat kl.. nasib baik nana dah pindah putrajaya hehe ... sian dorang punyer kete,,

Zue Zoey said...

SyahNas80 @ Nana :
ni namanya banjir yg tak disangka. hujan setengah jam je..

Shira said...

Tu kolej I. Hwaaaaaa dalam kolej tu memang ada tulis "Kawasan banjir". Tapi sepanjang i study situ tak pernah pula air naik mcmni. Wuuu takutnyaaa habis laa rosak kereta. Seat semua, eee sayangnyaaa :(((

Norhafsham said...

sian empunye rete~

Zue Zoey said...

Rara :
kolej u? kolej tu mmg betul2 tepi sungai tu kan... teruk sgt banjir kat situ.. T_T

Zue Zoey said...

Norhafsham :
kesian.. dah la insurance tak cover.. :(