Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
Bila sampai je 22 Febuari, mesti semua teringat tentang penyanyi Nombor 1 Asia suatu ketika dulu, sebelum Dato' Siti Nurhaliza. Tak lain tak bukan, Datuk Sudirman Haji Arshad. Untuk 22 Febuari 2011, genap 19 tahun pemergian beliau meninggalkan kita... Pagi ni rata-rata stesen radio di Malaysia memutarkan lagu-lagu Allahyarham sempena mengingati jasa dan bakat beliau yg tak mungkin dapat cari pengganti. Bayangkan, beliau yang diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 bagaimanapun meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya. Sebagai salah seorang peminat beliau, bila zue dengar lagu-lagu Allahyarham, semuanya begitu meruntun jiwa dan perasaan. Lagu-lagu beliau begitu hidup dan begitu sarat dengan penghayatan yang begitu mendalam..
Kalau nak cerita pasal jasa dan bakat beliau dlm bidang seni di Malaysia ni, terlampau banyak dan beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards" yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989...Semangat patriotik beliau amat ketara bila tibanya Hari Kemerdekaan. Lagu 31 Ogos yg dinyanyikan oleh beliau itu masih kekal sebagai lagu yg wajib berkumandang setiap kali tibanya hari kemerdekaan Malaysia, yg menjadi siulan dari kanak-kanak sehingga orang tua...
Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.
- Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
- Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
- Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
- Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
- Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
- Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
- Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
- Asia's Number One Performer 1989
- Anugerah Guinness
- Pingat Ahli Mangku Negara 1988
- Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
- Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
- Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
- Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993
17 tahun selepas kematiannya, pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.
Sudirman meninggalkan lagu Salam Terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang memberi makna besar kepada peminatnya.
“ | Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan. | ” |
“ | Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya. | ” |
Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di dalam hati peminatnya. Beliau masih Penghibur nombor 1 yang sukar dicari ganti.....
Lagu-lagu nyanyian Datuk Sudirman Haji Arshad ---> Senarai Lagu
Sumber : wikipedia - Sudirman Hj Arshad
2 komen terbang:
dkt hot fm td ada keluarkan pesanan terakhir dia, nangis i masa drive td T_T
Liyana Lunia :
I pun... menangis I dengar lagu-lagu dia.. dia tak suka peminat tengok dia sakit.. Al-Fatihah..
Post a Comment