Tengah-tengah buat keje, tertengok kat twitter GuaMalaysia yg M.Nasir mendapat anugerah gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.
Beliau, M.Nasir atau nama sebenar Mohamad Nasir Mohamad, lahir pada 4 July 1957 di Singapura. Beliau memulakan karier sbg anak seni bermula pada tahun 1978 selepas menamatkan pengajian dalam Diploma in Western Painting dari Nanyang Academy of Fine Arts. Selain menyanyi, beliau juga seorang penggubah lagu, pelakon, serta pelukis. Pemilik Luncai Emas ini juga bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi, Misha Omar dan Dato' Siti Nurhaliza dengan lagu-lagu ciptaannya.. Besar kan sumbangan beliau?
Setelah lama menjadi anak seni, kini jasa beliau lebih dihargai.. Tahniah diucapkan utk Dato' M.Nasir, sifu Malaysia!! Semoga terus sukses :)
How's your day yesterday? Mine was super duper awesome! Sebenarnya dah lama zue lost contact ngan bestfriend zue ni.. RINDU? sgt rindu tahu tak??!!! Zue pernah cerita pasal dia kat entry ni..
Gambar 7 tahun dulu...
Dah lama zue cari dia sebenarnya lepas dia sambung degree dulu. Kami berkawan rapat masa belajar kat KPMM.. Tapi disebabkan ada perselisihan faham buat kami tak bertegur sapa sampai habis semester. Sedih? Sangat sedih.. zue cuma pandang dia dari jauh je waktu tu... Rasa rindu tu jangan cakap la sebab banyak benda yg kami lalui bersama...
Semalam lepas junior zue, amy, dia tweet zue kat twitter mengatakan dia dah jumpa ngan kawan baik zue ni kat FB, terus je zue add dia.. Bila masing-masing dah bertemu di FB, bagai mencantumkan balik hati yg berkecai satu ketika dulu. Empangan air mata zue mmg tak dpt ditahan dah sb dpt berbual dgn dia kembali..Macam-macam kami bualkan. Yelah, perihal 5 tahun takkan habis diceritakan, apetah lagi nak diceritakan dalam sehari. Mungkin bg org lain nampak pertemuan semula kami ni pertemuan biasa, tp bg zue, pertemuan ni sgt2 bermakna sb kami sgt rapat di kolej dulu. Macam adik-beradik. isk.. Sebak..
Ehem.. biarlah apa yg kami bualkan tu disematkan dalam sanubari. Apa yg jadi, apa yg berlaku, semuanya dah berlalu.. Kesilapan kami yg dulu, takkan diulangi. Itu janji kami...
Untuk B, zue tahu B akan bace blog zue ni :')
Zue sayang B sepenuh jiwa zue. B tahu tu kan? Apa yg zue nak tak banyak.. Cuma nak persahabatan kita ni kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah.. Macam B cakap, kalau Allah dah tentukan kita sahabat selamanya, takkan ke mana kan? Bersyukur sangat2 bila dpt jumpa B semalam.. dan tak sangka pulak kita terus jumpa. Sepantas kilat semua tu berlaku. Rumah dekat, tp sanggup zue pegi sana sb rindu sangat kat B... Dah2, zue takleh tulis panjang, nanti banjir opis zue ni.. Hehehe... Apa pun, zue sentiasa mendoakan B. Ingat, dah setengah 50 ni! Hahahahahahahaha....
Oh ya, dulu kat kolej, masa nak habis semester, zue ada buat video.. And mula-mula sekali gambar dia yg ada sb dia sahabat pertama yg zue kenal kat situ. Jom layan~ ;)
Dapat jumpe semalam, of course tidak akan melepaskan peluang utk amik gambar. Hehehehe.. zue ngan dia ni mmg suka bergambar sebenarnya. Asyik nak gelak je bila amik gambar. Hihihihii.. ;D
otp ngan papa. Miss papa mama jugak... :(
Us.. After 5 years tak jumpa.. ♥
Harap ni bukan pertemuan yg terakhir.. Dan kepada B, ingat janji kita! I ♥ u so much!
Thank you for making me smile again~
Update! Celcom will launch iPhone4 in Malaysia in the coming months. Gotcha!
Dah macam-macam zue dengar pasal Celcom nak keluar iPhone. Banyak dah tersebar kat google. Confirm date tu yg tak tahu bila kan? Rasa teringin pulak nak pakai iPhone4 ni. Ehem Ehem ;p
blog Cik Epal gonjeng ni tak best pun! Hahahaha... Gurau je okeh! ;p Cik Epal ni suka bercerita tentang yg kadang-kadang tak terfikir pun. Banyak jugak tips berblogging, contoh nak naik traffic bla bla bla.. Ha, dan lagi satu, suka tgk entry bab menternak lemak. Tak kisah la kat memana pun. Yang paling penting, kat IKEA tu. Meetball? Tahu tak, zue tak pernah pun makan meetball kat IKEA tu!! Kesian tak?? Hahahahaha!
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
Hahaha.. nak gelak pun ada sb zue yg excited bila dpt tahu cikgu zue ni menang contest Awan Dania tu!Dpt tempat ke-3! Phewiiittttt!
More info, klik je kat gambar di atas ni. Hehehe..
Nak tahu beliau menang hadiah ape???
1 x Hadiah Tempat Ketiga
a) Percutian 4 hari / 3malam ke Bali, Indonesia untuk 2 orang. Pakej ini termasuk:
• Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (KLIA to Lapangan Terbang Bali).
• Pengangkutan pergi balik dari Lapangan Terbang Seoul dan visa perjalanan.
• Insuran perjalanan dan cukai lapangan terbang.
• Penginapan: 2 x twin-sharing.
• Hidangan termasuk: Sarapan, Makan Tengah Hari dan Makan Malam.
•Yuran masuk dan tambang perjalanan lawatan (jika ada) untuk lokasi-lokasi yang
dilawati mengikut jadual.
b) Kamera Nikon Coolpix S80.
c) Hamper Shokubutsu.
Banyak tak?????? Grrrr... Rezeki beliau kan?? :D
Anyway, tahniah Cikgu! Nanti pegi Bali, jgn tak jumpa jalan balik Malaysia pulak.. Dan yg plg penting, jgn lupe ole-ole utk zue :)
Pagi Jumaat ni zue dpt berita gembira yg buat zue sgt lega! After 6 months struggle, zue akhirnya confirmed as permanent staff di tempat zue keje skg, syukur Alhamdulillah...
Mula-mula bila GM panggil masuk bilik dia, dah berdebar-debar dah. Ingatkan pasal hal apa sb lately banyak isu yg hangat... Hehehehe... Tiba-tiba dia hulur surat. Dia cakap "Saya tak tahu surat apa. Awak bukaklah baca, saya nak dengar". Perghhhh! Cuak gyler okeh!Bila bukak je sampul surat hikmat tu, lega sgt tajuk surat tu Confirmation...
Akhirnya, doa dimakbulkan.. thanks kpd keluarga dan kawan-kawan yg sentiasa mendoakan... :)
Siapa free esok? Esok kat Mid Valley ada Motherhood Expo 2011 yg disertai Dynas Mokhtar utk fashion show new breastfeeding collection dari Dynas Nursing Attire, bermula jam 11.30 pagi.
Okey, expo ni bermula hari ni sehingga ahad. Entrance? Dah namanya expo, mestilah free. Hehehe...Ok, details utk Motherhood Expo ni..
The Exhibition : 2nd Motherhood Expo 2011
Venue : Hall 1 , Level 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Nowadays, aku dah jarang la nak post status ke ape kat FB tu. Selalu upload gambar je. Aku sibuk bertwitter. Tapi satu je habit aku bila bukak FB. Aku akan bukak profile dia. Tengok ada update ke tak. Angau? Tidak, tp lebih kepada kepochi. boleh tak mcm tu? No la.. cuma aku ni masih mengharap keajaiban berlaku..
Bila? Aku pun tak tahu bila. Bila tiba-tiba saraf otak ni menyuruh aku ingat dia, otak pun hantar isyarat utk aku keluarkan air mata.. Dan aku terus ingat balik kenangan aku dengan dia... Sayang? Memang aku sayang kat dia. Hidup aku mcm betul-betul dibayangi oleh dia. Macam org lain tak wujud dah. Tapi apakan daya. Aku cuma berharap. Bukan tak usaha, dah cuba semua, tp skg ni aku cuma mampu berdoa dan bertawakal...
Aku harap suatu masa nanti, hati dia terbukak jugak, sekurang-kurangnya utk hubungi aku.. Aku harapkan mimpi aku baru-baru ni, jadi kenyataan... InsyaAllah... Aku takut terlalu berharap, nanti memakan diri sendiri. Terkadang bila aku tengok cerita kat TV kan, macam terkena kat diri sendiri..
Contohnya macam cerita Close To You. Aku bayangkan siapa watak-watak dalam cerita ni and betul-betul sedih! Hey, siap nangis. Sebelum ni, tgk je cerita-cerita mcm ni, takde nak feeling-feeling. Tp bila betul-betul mcm masuk dlm cerita tu, ha ameekkkkk..! Terus senang je air mata ni mengalir, tanpa rasa segan silu.
Alangkah indahnya jika aku diberi kesempatan utk betulkan balik semua yg dah jadi. Tapi aku kena teruskan hidup aku. Mencari? ye, aku masih mencari... tapi dia sorang je dalam hati aku..
Dah hari Jumaat kan? dan yg bersekolah pun akan mula cuti esok. Oh ya. Ingat lagi entry teaser ni? Hari ni nak letak semua gambar masa lunch last Wednesday! ;D
Diorang bertiga ni, sgt best! tu, yg tengah buat peace, bercermin mata tu yg selalu organize lunch mcm ni :) thx zull! Follow them! Boleh jugak buat #FF kat sini ;p
Kalau korang kenal Walid ni di twitter, beliau takkan miss utk wish korang "Morning" everyday! Sgt energetic yaw! Dan seorang yg pemalu jugak.. Miawwwwwww ;)
Last but not least, it's me! Okeh, zue mmg over. hahahahaha... ;p
Lagi sorang, @megatmax lambat sampai.. Gambar pun tak sempat nak amik ;)
Anyway, thanks to all! You guys are awesome! Next #twtuplunch pls? ;D
Siapa-siapa yg ada twitter, jangan lupa #FF diorang kalau nak timeline korang happening! Hehehehhee... Hari ni #FF secara group pulak dan melalui blog. Boleh tak macam ni? ;p
Zue saje tengok2 kat FB and blog tadi. Tengok-tengok ada contest by Shopperlicious Boutique. Prize pulak sgt menggoda!!! Yeay! Zue mmg suka shopping kat Shopperlicious Boutique ni. Barangannya semua menepati citarasa zue dan barang-barang yg diorang up kan semua laris mcm pisang goreng panas! Zue penah jumpa dengan owner Shopperlicious ni. Comel je orgnye.. hehehe..Jom, zue nak join contest ni~
Edit sendiri. :) jgn tiru ye. hehehehe..
Dalam banyak-banyak item kat Shopperlicious ni, zue PALING SUKA WEDGES. Designnya nampak lain dari yg lain. Zue tak berkesempatan nak beli wedges sb selalu size wedges yg zue berkenan out of stock. wuwuuu.. Tapi takpe. Zue beli jugak pump shoes. Dan yg terbaru, zue baru beli handbag! Ish, tak sabar nak tunggu handbag baru sampai.. :D
Korang sihat? Zue tak sihat sangat.. semalam dah MC sb flu dan batuk teruk sgt! Today kena kerja jugak. But anyway, hope korang semua sihat! Kalau tak sihat, takkan nak tunggu zue bawak gi klinik kan? Hehehe...
Ok, back to the blog post title, kawan-kawan jangan lupa tengok Telefilem Dan Sebenarnya pada 13hb Mac 2011, Ahad jam 10 malam, yg akan ditayangkan di Astro Citra.
Telefilem ini dibintangi oleh Sazzy Falak, Nazril Nash Idrus, Dynas Mokhtar, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Zain Hamid, Liza Abdullah, Jalaluddin Hassan, Fadzlie Rahim dan Radhi Khalid.
Haaaa... siapa yg masih belum melanggan Astro Mustika (Astro Citra dan Astro Warna), masih sempat lagi ni! Hehehe... Jangan lupa ye tonton telefilem ni ;)
Sempena hari wanita hari ni,zue nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di seluruh dunia! Untuk semua, hargailah semua wanita di sekeliling anda. Mak, makcik, kawan perempuan, dan semua yg bernama wanita ;D
Jom layan lagu ni! ;)
Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..
Kau buat ku gila..
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh..lirikan mata senyuman manisnya
Oh..kau buat aku tergoda..
Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..
Wahai wanita..
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata..
Last Saturday, Zue join Movie Day Out (MDO) bersama pembaca Budiey.com anjuran abg Budiey. Ingat lagi kan zue cerita kat sini? So, Sabtu 5 Mac zue datang TGV KLCC for this MDO tengok Sini Ada Hantu!
Ni first time zue join MDO dgn abg Budiey sebab kebetulan baca blog dia time tu and tgk tweet dia. So, grab the chance! Ada jugak jumpa reader yg lain. Nice to meet u guys. :)
Abg Budiey & me
Abg Budiey & MrHanz
Abg Budiey bersama Diana & Nurul Husna
Kak Zurina, suami & anak
Anyway, Thanks to Abg Budiey utk MDO ni! Thanks for the picta also. Hehehehe...
Oh ya! Jangan lupa follow Abg Budiey kat twitter and blog -Budiey.com sebab dia nak buat MDO lagi untuk Hikayat Merong Mahawangsa. Kan Abg Budiey? :)
Untuk lebih gambar, boleh add Farid dan Azlan, dua photog yg amat berbakat :) Siapa-siapa nak Anis tolong make up, boleh email Anis nuranismohdalias@yahoo.com atau anis.alias@yahoo.com. Cantik and recommended!
Apa khabar semua? Tak sangka dah hari Jumaat kan? Selamat Hari Jumaat semua :) Semalam zue rajin bertwitter dan zue nampak Budiey tweet utk buat movie day out bersama pembaca budiey.com. Caranya senang je, bila abg Budiey buat blog post tu, dah publish, kena call no yg diberikan and akan dpt satu ticket bersama goodies bag on the day utk movie tu. Zue try call, tp tak angkat... Rupanya waktu tu, dia dlm event AVON.
So, after that zue tweet tanya pasal ticket and memang rezeki zue, dpt satu ticket cerita Sini Ada Hantu bersama pembaca budiey.com! Yeay!
"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"
Jumaat lepas, 25 Febuari 2011, ada tayangan perdana untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) kat Cathay Cineplex Cineleasure, Damansara jam 9 malam. Zue dapat tiket from management sebab Celcom penaja utama untuk filem ni..
Pada tayangan perdana ni sebenarnya adalah tayangan Diraja kerana Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Tayangan Diraja Hikayat Merong Mahawangsa pada malam tu.
Zue tak sempat nak ambik gambar masa Sultan Kedah sampai dan lalu kat red carpet sb waktu tu ramai orang. Ramai jugak artis yg datang..
Okey, siapa yg masih tak tengok lagi trailer filem ni, jom tonton~
Jom baca sinopsis cerita ni dulu :)
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Antara senarai pelakon-pelakon HMM : Stephen Rahman Hughes : Merong Mahawangsa (Pelakon Utama) Dato' Haji Rahim Razali : Kesum (Pelakon Utama) Ummi Nazeera : Embuk (Pelakon Utama) Khir Rahman : Kemawas (Pelakon Utama) Jehan Miskin : Embi (Pelakon Pembantu) Nellie Ng : Ying Ying (Pelakon Pembantu) Umie Aida : Lang (Pelakon Pembantu) Acong : Native 1 (Pelakon Pembantu) Maya Karin : Goan Villager (Pelakon Pembantu) Mano Maniam : Goan 1 (Pelakon Pembantu)
Bagi pendapat zue, zue boleh bagi 4/5 ★. Lebih teruja kerana ini adalah filem epik pertama yang diterbitkan oleh KRU Studios Sdn. Bhd. Dari segi jalan cerita, mereka berjaya membuat penonton setia duduk nak tunggu apa yang berlaku sepanjang cerita tu. Zue paling suka part pertarungan. Masa tentera Geruda menyerang pelabuhan tempat pertemuan Puteri Jing Lu dari China dan Putera Marcus dari Rom, masa tu pertempuran macam habis-habisan, kekejaman tentera Geruda betul-betul buat kawan zue, Ain macam dah tutup-tutup muka. Buat zue rasa sedih sebab ramai tentera dari pihak China kalah dan Puteri diculik oleh Geruda. Masa ni memang banyak teknik CGI yg digunakan. Ada yg cakap tak berapa best or kurang menarik, tapi bagi zue, dah banyak improvement dari CGI Cicakman yg dulu. Bukan senang nak buat CGI utk babak pertarungan yg melibatkan suasana yg sangat kecoh dan kelam kabut tu, tapi KRU atau khasnya Yusry sbg pengarah berjaya buat babak tu nampak real and betul-betul kita di zaman tu.
Pasal ilmu-ilmu lama macam pakai tangkal utk kebal pun ada dalam cerita ni. Watak Kemawas (Khir Rahman) betul-betul buat penonton menyampah dan sakit hati sebab dia kebal bila pakai tangkal tu. Jadi kejam sangat. Menariknya juga, ada sesuatu yg selalu dibawa oleh Merong Mahawangsa (Stephen Rahman Hughes) di pinggangnya ke mana sahaja dia pergi. Katanya, ia adalah pemberian ibunya, Lang (Umie Aida). Dan semuanya terlerai bila ia digunakan semasa bala tentera di bawah naungan Merong Mahawangsa menyerang sarang Geruda. Nak tahu apa dia? Dalam tu, adalah lakaran prinsip Archimedes yg menggunakan cermin utk menghasilkan api bila dihala terus ke cahaya matahari. Menarik kan? Kiranya, idea dari prinsip Archimedes tu berjaya menumpaskan barisan hadapan Geruda.
Pertarungan berakhir bila Merong ditikam oleh Taji dan Merong terus membenamkan pedang yg telah tertikam tu terus menikam Taji yg ketika itu dibelakangnya bila terngiang-ngiang kata-kata dari ibunya.. "Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama". Merong berkorban untuk menyelamatkan tenteranya, Biarlah dia yg terkorban, asalkan tenteranya tidak menyerah begitu sahaja....
Fuhhhh... dalam filem ni memang sarat dengan aksi pertarungan sebab masing-masing berebut tanah jajahan. Dari apa yg dipaparkan, KRU berjaya membuat satu filem yg wajar diangkat sebagai filem epik yg berjaya mengetengahkan skil dan teknik CGI yg bagi zue, amat berjaya! Bagi korang, jom sama-sama sokong industri filem Malaysia dengan ramai-ramai ke pawagam untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa bermula 10 Mac 2011!
Haaaaaa... buat apa tu? skodeng yeeeeee....Ahaks! Jumaat lepas, Celcom ada buat Chinese New Year Celebration kat Menara Celcom. Meriah dengan tarian singa dung dung cheng~ dung dung cheng~ hahahahaha... jadi excited pulak! Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, CEO Celcom Axiata Berhad pun ada turut serta.. Jom cekidaut! *bukan ghout*
Yee Sang~~
Kelihatan Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (CEO) dan Chee Pok Jin (CMO)
Staff- staff Celcom~
Sedia utk gaulkan Yee Sang tu~
Lepas tarian singa penuh drama tu, terus gaul Yee Sang tu~ zue terus naik atas dengan hanya makan kuaci je sebab dah kenyang... Hehehehehehe.. Gong Xi! Gong Xi! Ang paw mari! :D