"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"
Jumaat lepas, 25 Febuari 2011, ada tayangan perdana untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) kat Cathay Cineplex Cineleasure, Damansara jam 9 malam. Zue dapat tiket from management sebab Celcom penaja utama untuk filem ni..
Pada tayangan perdana ni sebenarnya adalah tayangan Diraja kerana Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Tayangan Diraja Hikayat Merong Mahawangsa pada malam tu.
Zue tak sempat nak ambik gambar masa Sultan Kedah sampai dan lalu kat red carpet sb waktu tu ramai orang. Ramai jugak artis yg datang..
Pada tayangan perdana ni sebenarnya adalah tayangan Diraja kerana Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Tayangan Diraja Hikayat Merong Mahawangsa pada malam tu.
Zue tak sempat nak ambik gambar masa Sultan Kedah sampai dan lalu kat red carpet sb waktu tu ramai orang. Ramai jugak artis yg datang..
Okey, siapa yg masih tak tengok lagi trailer filem ni, jom tonton~
Jom baca sinopsis cerita ni dulu :)
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Antara senarai pelakon-pelakon HMM :
Stephen Rahman Hughes : Merong Mahawangsa (Pelakon Utama)
Dato' Haji Rahim Razali : Kesum (Pelakon Utama)
Ummi Nazeera : Embuk (Pelakon Utama)
Khir Rahman : Kemawas (Pelakon Utama)
Jehan Miskin : Embi (Pelakon Pembantu)
Nellie Ng : Ying Ying (Pelakon Pembantu)
Umie Aida : Lang (Pelakon Pembantu)
Acong : Native 1 (Pelakon Pembantu)
Maya Karin : Goan Villager (Pelakon Pembantu)
Mano Maniam : Goan 1 (Pelakon Pembantu)
sumber dari http://www.sinemamalaysia.com.my
The ticket~ Bagi pendapat zue, zue boleh bagi 4/5 ★. Lebih teruja kerana ini adalah filem epik pertama yang diterbitkan oleh KRU Studios Sdn. Bhd. Dari segi jalan cerita, mereka berjaya membuat penonton setia duduk nak tunggu apa yang berlaku sepanjang cerita tu. Zue paling suka part pertarungan. Masa tentera Geruda menyerang pelabuhan tempat pertemuan Puteri Jing Lu dari China dan Putera Marcus dari Rom, masa tu pertempuran macam habis-habisan, kekejaman tentera Geruda betul-betul buat kawan zue, Ain macam dah tutup-tutup muka. Buat zue rasa sedih sebab ramai tentera dari pihak China kalah dan Puteri diculik oleh Geruda. Masa ni memang banyak teknik CGI yg digunakan. Ada yg cakap tak berapa best or kurang menarik, tapi bagi zue, dah banyak improvement dari CGI Cicakman yg dulu. Bukan senang nak buat CGI utk babak pertarungan yg melibatkan suasana yg sangat kecoh dan kelam kabut tu, tapi KRU atau khasnya Yusry sbg pengarah berjaya buat babak tu nampak real and betul-betul kita di zaman tu. Pasal ilmu-ilmu lama macam pakai tangkal utk kebal pun ada dalam cerita ni. Watak Kemawas (Khir Rahman) betul-betul buat penonton menyampah dan sakit hati sebab dia kebal bila pakai tangkal tu. Jadi kejam sangat. Menariknya juga, ada sesuatu yg selalu dibawa oleh Merong Mahawangsa (Stephen Rahman Hughes) di pinggangnya ke mana sahaja dia pergi. Katanya, ia adalah pemberian ibunya, Lang (Umie Aida). Dan semuanya terlerai bila ia digunakan semasa bala tentera di bawah naungan Merong Mahawangsa menyerang sarang Geruda. Nak tahu apa dia? Dalam tu, adalah lakaran prinsip Archimedes yg menggunakan cermin utk menghasilkan api bila dihala terus ke cahaya matahari. Menarik kan? Kiranya, idea dari prinsip Archimedes tu berjaya menumpaskan barisan hadapan Geruda. Pertarungan berakhir bila Merong ditikam oleh Taji dan Merong terus membenamkan pedang yg telah tertikam tu terus menikam Taji yg ketika itu dibelakangnya bila terngiang-ngiang kata-kata dari ibunya.. "Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama". Merong berkorban untuk menyelamatkan tenteranya, Biarlah dia yg terkorban, asalkan tenteranya tidak menyerah begitu sahaja.... Fuhhhh... dalam filem ni memang sarat dengan aksi pertarungan sebab masing-masing berebut tanah jajahan. Dari apa yg dipaparkan, KRU berjaya membuat satu filem yg wajar diangkat sebagai filem epik yg berjaya mengetengahkan skil dan teknik CGI yg bagi zue, amat berjaya! Bagi korang, jom sama-sama sokong industri filem Malaysia dengan ramai-ramai ke pawagam untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa bermula 10 Mac 2011! Tahniah KRU! Gambar selingan :p |
Candid Ain's pic - by me :) |
Jangan lupa, Hikayat Merong Mahawangsa di pawagam bermula 10 Mac 2011 ya! ;D
8 komen terbang:
Nih yang tak tahan nak pi nonton nih!
PojiePooh; Hanya Satu...
||| PöJìé PööH ||| :
jom! jom! sokong industri filem Malaysia! Best tau :D
suka ummi nazeera..nak p nak p!
huhu..mcm best citer ni..ekceli i sy ade buku dulu ade buku hikayat ni..yg old version punye...tp skrg tajumpe kat mane..ntah ade lagi ke tak..sebab dulu pindah randah n banyak buku2 hikayat yang kene makan anai2...ta banyak yang selamat..rugi je..
cik helena :
sila pergi menonton! yeayyyy! :D
$H :
hehehe.. tp bole la awak pergi tonton filem ni. best tau! ;)
;)
insyaAllah
$H :
enjoy ya ;)
Post a Comment