Anda Sangat Hebat!

Friday, January 20, 2012

Duit Syiling 50sen Baru 2012


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Ha, mungkin zue ketinggalan kot. Tapi baru hari ni semasa berurusniaga di kafe tempat zue keje, zue dpt duit baki dgn syiling 50sen yg baru. Mula-mula blur, kenapa syiling ni pelik. Dalam hati 'mungkin dia silap bagi syiling negara lain kot'. Bila diamati, rupanya duit syiling 50sen yg baru..
Ini adalah Duit Syiling Malaysia siri ke-3. Syiling baru ni rasmi digunakan pada 16 Januari 2012.
 Jom kita tgk perbezaan duit syiling 50sen lama dan baru!
Di depan.
Di belakang.
 Bila google, dah byk info pasal duit syiling baru ni. Lambat update betul la zue ni. Hehehe.. Ciri-ciri reka bentuk dan corak yg terdapat pada duit syiling ni, anda boleh dapatkan di laman web rasmi Bank Negara Malaysia. Tapi yg 50sen ni zue amik la copy paste kat sini :D

50 sen – Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. 

Unik kan?

Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Baru Malaysia

Nilai Muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
Logam Nikel Loyang Bersalut Kuprum Nikel Loyang Keluli Tahan Karat Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm) 22.65 20.60 18.80 17.78
Berat (gram) 5.66 4.18 2.98 1.72

 Mesti korang tertanya-tanya "duit syiling yg lama ni boleh guna lagi tak?" "Kena pulang balik ke kat bank?" "Sah sampai bila". Ok. Bank Negara Malaysia dah sediakan jawapan utk soalan anda tu..

Bagaimana pula dengan duit syiling yang sedia ada dalam edaran. Perlukah saya menukar duit syiling sedia ada kepada duit syiling baharu? Kenapa?
Duit syiling sedia ada masih sah diperlakukan. Duit syiling siri baharu akan diedarkan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada. Duit syiling sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Tapi perlu diingatkan, kalau korang nak bayar parking pakai duit syiling ni, kena tunggu vendor mesin tu ubah suai mesin tersebut. Mereka diberi tempoh 6bulan utk berbuat demikian.

Ciri keselamatan baharu yang terdapat pada duit syiling siri baharu ialah 'clad material', imej pendam (latent image) dan bentuk 'spanish flower'. Semua ciri keselamatan ini boleh dilihat pada duit syiling 50 sen.

 Oklah. Taknak cerita lebih-lebih sebab korang boleh google sendiri kan? Anyway, selamat menggunakan duit syiling baru 2012 :D

notadarihati : kalau pengumpul duit syiling lama, simpanlah syiling yg sedia ada ni utk koleksi anda :D



2 komen terbang:

Aini Azman said...

nmpk mcm syiling zaman kuno,.cntik,.

Zue Zoey said...

Aini Azman :
kan? ;D