Anda Sangat Hebat!

Thursday, November 13, 2014

#Books4Needy by #BajuRayaProject - Sumbangkan Buku-buku Baru dan Terpakai

Assalamualaikum. Salam sejahtera!

Dah nak habis dah tahun 2014 ni. OK. Di kesempatan ni, Zue nak share satu program yg akan dijalankan oleh komuniti Baju Raya Project dalam masa yg terdekat.

Untuk pengetahuan semua, Baju Raya Project adalah satu komuniti yg bergerak di bawah NGO Pertubuhan Projek Kasih (PPM-010-10-08092014). Jadi, program ni adalah salah satu program kebajikan yg telah diatur utk 2014.

Pada 23 November 2014, Baju Raya Project team akan mengadakan program membina perpustakaan mini, program ilmiah dan beramah mesra bersama anak-anak dari Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa.

Untuk itu, kami memerlukan sumbangan seperti: 

1) Buku-buku baru atau terpakai - Buku cerita, majalah (selain dari majalah hiburan), komik dan buku latihan terkini
2) Sumbangan wang tunai
3) Sponsor untuk goodies dan makanan pada hari aktiviti
4) Sumbangan tenaga

Untuk sesiapa yg nak buat sumbangan berupa buku-buku yg dah disenaraikan, anda boleh berhubung dengan setiap komiti berdekatan dengan tempat anda seperti di bawah.


Dan khas untuk sesiapa yang berada di UPM Serdang, anda boleh hubungi Pn Musliyana terus seperti poster di bawah, atau datang terus ke lobi Institut Biosains, UPM dan letakkan di drop box yg telah disediakan.



Bagi sesiapa yg bermurah hati untuk sponsor/tajaan dari segi wang tunai, goodies dan makanan pula, anda boleh email ke bajurayaproject@gmail.com atau hubungi Aty di talian 0102404533.


Nak jadi sukarelawan pada hari aktiviti? Email ke bajurayaproject@gmail.com (Nama penuh dan no telefon) untuk kami berhubung dengan anda.

Jom sebarkan! Sama-sama kita kumpul pahala :)

Terima kasih!

Tuesday, November 11, 2014

Membeli-belah dengan Tesco Online

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Baru-baru ni Zue ada cuba beli-belah barang-barang dapur secara online. Sebab apa? Sebab buat masa ni Zue kena berehat kat rumah and doktor nasihat supaya tak drive etc. So, pilihan terakhir, online shopping! Hehe.. Tapi ni beli barang-barang dapur ye kawan-kawan. Takdelah melencong shopping benda lain. 

milkysmile

Oh. Ini bukan sponsored post ye. Ini memang saja Zue nak kongsikan kemudahan yang ada sekarang. Tambah-tambah lagi untuk siapa yang tak boleh nak keluar tapi memerlukan barang-barang asas ni.

Korang boleh ke laman web Tesco dan daftar dulu. Klik pada Sign in or Register.


Bagi yang dah pernah daftar, boleh terus sign in. Bagi yang pertama kali macam saya tempoh hari, boleh pilih Register with Tesco.



Dan isikan semua butiran yang perlu. Yang paling penting, kena isi alamat sebab alamat ni nanti akan digunakan untuk Tesco hantar barang kita. Pastikan alamat betul ye. Dan satu lagi, korang boleh pilih slot penghantaran yang korang nak. 

milkysmile

So, Zue buat pesanan Sabtu lepas dan penghantaran yang Zue minta adalah hari Ahad. Pada mulanya, Zue pilih untuk slot 2petang - 4petang. Dalam pukul 10pagi, staff Tesco call dan tanya boleh tak dia nak datang hantar awal. Ok je sebab memang ada kat rumah kan. Hahaha.. 

milkysmile

Dalam pukul 12 tengah hari, barang pun sampai, betul-betul depan pintu rumah. Pembayaran hanya boleh dilakukan dengan kad debit atau kredit. Sebab diorang tak boleh carry cash. 

Bagi Zue, ini salah satu kemudahan yang amat diperlukan bagi yang ada banyak kekangan, contohnya macam yang Zue alami sekarang. Alangkah bagusnya kalau pasar raya lain pun ada buat inisiatif macam ni. Sekurang-kurangnya, kita punya pilihan. Ye tak? 

milkysmile

Anyway, selamat membeli-belah semua!

Thursday, November 6, 2014

Throwback Thursday - My Naughty Pretty Cat


Wednesday, November 5, 2014

Wordless Wednesday - I Miss My Beach Trip


[Review] NanoWhite Skincare

Alhamdulillah, Zue dah dapat produk NanoWhite dari blogger Aida Sue haritu. Zue teruja sangat nak try product ni sebab selalu dapat good review kan.

Review Zue : So far, Zue suka dengan produk ni! Sebab dah la murah pastu bagus jugak pada kulit.


Ni info mengenai produk:
Satu set Nano White ada 3 produk macam Nanowhite Awakening Show Wash, NanoWhite Refining Treatment Toner dan Nanowhite Cell Moist Whitenor. Haaaa produk ni pun sesuai untuk semua jenis kulit. So, kalau korang nak try, boleh dapatkan kat semua farmasi dan kedai di seluruh Malaysia. Memang tak rugilah korang try.

Nano White Awakening Show Wash ( 100ml RM15.90 )

Ia merupakan set pembersih unik, sejuk bak salji dan membersihkan wajah sambil melembapkan kulit semulajadi anda. Ia juga mengandungi HappyDermalogy dan nano-teknologi untuk menjadikan kulit anda sihat berseri dan nampak lebih cerah dan sihat.

Cara penggunaan : Sapukan pada muka dan leher. Urut dengan lembut. Bilas dan lapkan sehingga kering. Pakai dua kali sehari.


Nano White Refining Treatment Toner (  200ml RM 17.90 )

Produk ini pula berupaya mengekalkan dan mengecilkan pori-pori wajah. Ia penuh dengan kuasa HappyDermalogy, teknologi nano, Omega White-C dan allantoin, pati oren, pati lemon dan pati Bilberi. Ia bertujuan untuk mengimbangkan dan bertindak sebagai penyegar selepas mencuci wajah anda. Selain itu juga, ia mampu membantu mengecilkan pori wajah dan menanggalkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit anda.

Cara penggunaan : Selepas membersihkan wajah, gunakan kapas untuk disapukan pada muka dan leher. Gunakan pada waktu pagi dan malam. Sesuai untuk semua jenis kulit.

So apa lagi korang? Boleh la try! ;)

Monday, September 29, 2014

My First Experience Deaf Restaurant!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera..

How's your weekend? My weekend was AWESOME!!

Ok. Nak cerita pasal Deaf Restaurant (only for 1 day) yang berlangsung semalam..


Program ni dijalankan dgn kerjasama Syed Azmi, Little Wonton Cafe, dan MFD (Malaysian Federation Of The Deaf).

Macam mana nak order makanan? Haaaa.. part ni sangat menarik! Korang kena guna bahasa isyarat yg diberikan. Menu tu dah dicetak sekali dgn bahasa isyarat. Masa ni, bagi sesiapa yg belum pernah menggunakan bahasa isyarat, korang akan rasa bahasa isyarat ni adalah sangat penting dalam kehidupan seharian.

After order, diorang akan datang meja untuk dia ajar kita isyarat yg lain, dgn menggunakan buku yg diletakkan di setiap meja. So, korang takkan rasa boring bila tunggu makanan siap. Nice kan?



Masa belajar ni, excitement level kawan kita ni, sampai tak hirau orang lain dah. Kemain fokus dia. Hehehehee.. Nanti kita belajar lagi k? 

milkysmile

Zue order Charcoal Noodles Bolognese Chicken. Sedappp! Harga cuma RM6.90.

 

Zue seronok pegi sini sebab abg Zue pun tergolong dalam golongan OKU ni jugak. So, kita faham macam mana susahnya komuniti ni nak berkomunikasi dgn org normal macam kita semua. Alhamdulillah, everything went very smooth. 

Ada 3 org interpreter dari MFD kat sini. So, kalau ada masalah, contohnya salah order makanan, kurang faham dsb, ada org akan datang tolong kita. No worries at all.


So, ni one of the waitress semalam. Nama dia Nanthini, 28 tahun. Sebaya Zue ni.. She's trying so hard to communicate with us. And I'm so proud of them!


Last but not least, gambar wajib before we left the restaurant. 

Dari kiri, Syed Azmi, Kak Ana, Ainie, Ms. Goh from MFD, Alif, Aida Sue and Me.

Untuk makluman, MFD ada juga sebuah cafe di Puchong. Nama cafe tu MyD. Dan juga satu nursery. Yg paling menariknya, semua staff kat Cafe dan Nursery ni adalah dari kalangan komuniti ni sendiri. Dan nursery tu, utk kanak-kanak OKU. 

And thank you Syed Azmi and Ms. Goh for organizing this for us to experience the deaf restaurant and for awareness to all. Good Job!

Sebenarnya, banyak nak cerita pasal MFD ni. Tunggu di lain masa pulak ye! Hehehe.. Nanti ada yg tak larat nak baca panjang-panjang.. 

milkysmile

More info on MFD, visit their Facebook; MFD (Malaysian Federation Of The Deaf)
Ref: Facebook Syed Azmi

See ya!

Thursday, September 25, 2014

My Jump Photos Collection!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!
Amboi. Tajuk nak gempak je kan? Hehehe.. Memang lama sangat tak update blog ni. Kesian. Rasa macam nak wujudkan blog baru pun ye jugak. Nak aktif balik macam dulu-dulu.

Photobucket

Zue tahu ada jugak silent reader blog ni. Kadang2 tu dapat jugak komen dekat entry yang lepas-lepas. Terima kasih korangggg! How I miss blogging!

Photobucket

Ok. Utk permulaan (tah berapa kali permulaan ni pun tak tahu) utk aktif semula, Zue nak share gambar-gambar lompat yg Zue sempat upload kat Instagram. Saje suka lompat bila pegi mana-mana. Tapi tengok la keadaan kan? Hehe.. Suka-suka je.. 

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Lokasi: Perbadanan Putrajaya

Lokasi : Felda Jengka 13, Pahang

 Lokasi: Air Hitam, Kedah

Lokasi: Menara Alor Setar, Kedah

Lokasi: Marina Jetty Lumut, Perak

Lokasi: Cameron Highlands, Pahang



Lokasi: Pulau Redang, Terengganu

 Lokasi: Taman Seribu Bunga, Melaka

Lokasi: Teluk Senangin, Perak

Lokasi: Pulau Perhentian, Terengganu


Sebenarnya banyak lagi, tapi nanti la kena cari balik gambar-gambar tu. Hehehe..

Photobucket

And kalau korang suka lompat2, nanti share kat instagram jangan lupa letak hashtag #PVJump. Hehe.. Macam-macam gaya korang boleh tengok.

Till then. See You!!!

Photobucket


Thursday, July 10, 2014

SAVE GAZA! #PrayForGaza #DoaUtkGaza

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..


Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat.  Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Anda juga boleh menghulurkan sumbangan melalui SMS dengan menaip PALESTIN< jarak > 10 ke 39111. RM10 dari akaun anda akan disumbangkan ke tabung GAZA.

Semoga sumbangan kita dapat membantu saudara kita di GAZA.

Maklumat lanjut, kunjungi Facebook Aman Palestin



Wassalam.

Tuesday, July 8, 2014

#BajuRayaProject Sesi ke-2 Selesai! Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Alhamdulillah.. Sabtu lepas, 5 Julai 2014, Zue join as sukarelawan for Baju Raya Project 2014 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. And it was succeed! Syukur...


Berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur, @BajuRayaProject, dan antara orang-orang kuat di sebalik Baju Raya Project


and ramai lagi sebenarnya. Korang boleh tengok dekat twitter especially. Bukan senang nak buat event yang memerlukan sukarelawan. Diulang, sukarelawan ye. Memang tak dibayar, tapi dibuat dengan sukarela. Tambah lagi dalam bulan Ramadhan ni. Cabaran dia, sangatlah banyak. Dia punya penat, hanya Allah  yang tahu. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kegembiraan yang bakal diterima oleh penerima-penerima baju yang dikumpul.

Seawal jam 8 pagi, ramai dah berkumpul di Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sesi briefing dan pembahagian tugas. 


Orang ramai tak putus-putus datang untuk menyerahkan pakaian-pakaian raya (baru atau yang masih elok) sampai jam 2.30petang. Kami berjaya mengumpul lebih kurang 5000 pakaian raya yang telah diagihkan kepada 7 buah rumah anak yatim dan asnaf yang telah dipilih dan hasilnya, mereka sangatlah gembira. Kami sebagai sukarelawan apatah lagi. Alhamdulillah.. 


Proses pengasingan baju-baju mengikut kategori masing-masing. 


Group photo sukarelawan dan penganjur.

Jangan tak tahu, ada juga sukarelawan non-muslim yang join sekali. Berpakaian sopan dan berpuasa sekali dgn kami. Terima kasih banyak-banyak!

Untuk lebih gambar dan update, korang boleh follow account Baju Raya Project di 

Instagram: Baju Raya Project
Facebook: Baju Raya Project

Semoga segala usaha diberkati Allah dan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Ameen..

TAHNIAH SEMUA!

Friday, July 4, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera!

Zue nak ucapkan Salam Ramadhan utk semua.. Sedar tak sedar, dah 6 hari kita puasa. Cepat kan masa berlalu?

Zue nak kongsikan amalan-amalan yg digalakkan dalam bulan Ramadhan ni..

Sebenarnya amalan ni tidak hanya perlu dilakukan pada bulan Ramadhan, tapi pada bulan yang lain juga.

Jom kumpulkan pahala sementara masih ada waktu. Kita tak tahu bila waktu kita akan tiba... :)


Semoga dapat kita manfaatkan waktu kita dengan sebaiknya.

Wassalam.

Tuesday, March 4, 2014

Giveaway! Giveaway! from @WhitePeachShop [InstaShop]

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ok. Masa yang ditunggu dah tiba! Zue nak buat giveaway tapi hanya di instashop Zue and kawan-kawan, @WhitePeachShop


By tonight, Zue akan post a giveaway content dekat sana. So, apa lagi? Jom follow!

@WhitePeachShop

@WhitePeachShop

@WhitePeachShop

Friday, February 14, 2014

Hangat Hangat...

Assalamualaikum! Salam Sejahtera.. 

Haaaa... tahu kan pepatah ada mengatakan "Hangat Hangat Tahi Ayam" (buat aksi ala-ala Karam Singh Walia). Ni semua salah dia! Hahahahaa..

Ok. Sebenarnya nak tujukan pepatah tu untuk diri sendiri. Macam-macam nak dibuat tapi sekadar hangat-hangat je. Mula-mula je semangat berkobar-kobar. Hehehe.. Okayy. Kali ni, nak be serious. 

Zue ada buat satu instashop dgn kawan-kawan Zue. Business kecil-kecilan. Nak tahu lebih lanjut, jom follow insta @WhitePeachShop.


Ada border lace, kain pasang, jarum tudung and more to come! So, jomlah support @WhitePeachShop!

p/s: Dalam masa terdekat ni, kami nak buat giveaway. Jom ramai-ramai follow kami!


Monday, January 27, 2014

Setahun Sudah Nur Rabiatul Adawiyah!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

12 Rabiulawal 1434H - 12 Rabiulawal 1435H / 24 Januari 2013 - 24 Januari 2014

Pejam celik, pejam celik, dah setahun dah anak buah Zue yg pertama ni. Kesayangan nihhhh... Manja betul dengan atok dia. Hehehe! Maklumlah, cucu sulung opah dgn atok.

milkysmile

Meh nak belanja gambar anak buah kesayangan ni..

Ni masa umur dia sehari. Si kecik ni lahir 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1434H.

Dengan Atok dan Opah. Tengok muka atok yang terlebih excited tu. Hehehe.. 

Ok. Gambar seterusnya ni semua masa umur dah masuk setahun. Kiranya gambar yang paling baru si tecik ni la..




Lepas tu, semalam baru ada masa nak buat makan-makan sikit dengan family...

 

Nampak tak muka excited setahun dgn dua batang gigi dia tu. Tapi bila suruh tiup lilin, blur. Hahahaha..

milkysmile

Apapun, MakYang doakan semoga kamu jadi anak yg solehah ye sayang.

Jangan nakal-nakal!



Last but not least, video birthday semalam.

milkysmile