Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
Tadi zue dpt tahu dari @zullicious yg program TwtupKaseh dan ketua projeknya, @AidaSue masuk Harian Metro hari ni.. Terus zue cari Harian Metro~
********************************************
Aida Suraya Daud dan kawannya yang berkenalan serta saling berhubung di laman sosial Twitter sebenarnya sudah pun membuat pelbagai perjumpaan dan aktiviti luar yang lain seperti bermain boling, perjumpaan terbesar pengguna Twitter Malaysia pada 23 Oktober pada 2010 lalu. Mereka juga mengadakan majlis sempena kutipan derma bagi mangsa gempa bumi di Jepun bersama†pertubuhan Mercy Malaysia. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Twitterjaya.
“Acara kebajikan kami seterus–nya ialah lawatan amal ke Rumah Kasih Amal Bestari, sebuah rumah anak yatim di Kampung Melayu Subang, Selangor.
“Seramai 45 rakan Twitter berganding bahu menjayakan lawatan amal ini. Tujuan lawatan dan acara ini adalah untuk mengutip derma dalam bentuk kewangan mahupun barang keperluan dengan harapan dapat meringankan beban kanak-kanak kurang bernasib baik di situ,” katanya.
Lawatan ke rumah anak yatim akan diadakan pada 2 Julai 2011 dari jam 9 hingga 6 petang, tetapi sebelum itu satu pertemuan khas akan berlangsung untuk mengutip derma dan menerima barangan pada 17 Jun di Rasta, Taman Tun Dr Ismail bermula pada jam 9 malam hingga 11 malam.
“Orang ramai boleh memberi sumbangan kewangan mahupun dalam bentuk seperti buku, pakaian dan bahan membuat kuih raya (ini akan dibuat pengetua rumah ini supaya hasilnya dapat menampung perbelanjaan dan sewa rumah anak yatim) sepanjang tempoh ini sehingga 2 Julai nanti,” katanya.
Kata Aida, alam siber dan misi kebajikan menjadi penarik sesama rakyat Malaysia untuk bergabung. “Pengguna Twitter terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Nampaknya medium ini berjaya merapatkan integrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Dengan adanya acara kebajikan seperti ini, mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang menggunakan medium laman sosial seperti Twitter akan mengambil peluang untuk menyertai aktiviti yang berfaedah dan bukan lagi berfikir Twitter adalah sesuatu yang sia-sia,” katanya.
Bagi Aida, jika mahu bergiat dalam bidang yang berfaedah walaupun sekadar di alam siber, ia boleh dilakukan. Apa yang penting, usaha ke arah itu.
“Ramadan dan Syawal bakal tiba jadi kami ingin membuat sesuatu yang baik sebelum tibanya bulan mulia itu. Idea ini sebenarnya timbul selepas terjadinya peristiwa tanah runtuh di rumah anak yatim di Hulu Langat lalu,” cerita Aida yang mengetuai projek yang dipanggil Twtupkaseh ini.
Antara ahli penting yang bersama-sama Aida menjayakan projek misi amal ini ialah Mohd Rafil, Zulkifli, Khairul Anwar, Liy Othman, Faliq Fahmie, Luna Rahman, Aina Azizi, Hayaty Mahdini dan Masliza Malik.
“Secara kebetulan saya sendiri sejak dulu memang ingin mendekati golongan kurang bernasib baik. Jadi saya sendiri mengambil inisiatif untuk mengajak rakan Twitter dari Malaysia untuk turut sama menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan acara ini. “Sasaran projek Twtupkaseh buat masa ini hanya pada pengguna Twitter sahaja.
“Sebenarnya pengguna Twitter di Malaysia memang ramai cuma buat masa sekarang, ia tidak mendapat liputan meluas seperti Facebook. Tapi untuk masa akan datang, kami ingin semua rakyat Malaysia yang bukan saja terdiri daripada pengguna laman sosial Twitter, bahkan daripada Facebook turut serta dalam aktiviti yang kami anjurkan,” katanya.
Cerita Aida yang berkerjaya jurutera, sambutan setakat ini amat menggalakkan.
“Selepas dua minggu program Twtupkaseh diumumkan, kami menerima sumbangan kewangan daripada pengguna Twitter sebanyak RM10,000, itu satu jumlah yang amat membanggakan.
“Kebanyakan sukarelawan yang terbabit dalam projek ini terdiri daripada golongan profesional seperti jurutera, pereka grafik, doktor, guru, pengurus syarikat selain
pelajar. Rata-rata kami bekerja pada waktu siang dan waktu terluang seperti waktu rehat dan hujung minggu, kami mengatur rancangan dan mengumpul dana untuk acara Twtupkaseh ini,” katanya. Untuk pertanyaan lanjut mengenai projek amal ini, Aida boleh dihubungi menerusi e-mel aidasue25@gmail.com.

sumber : Harian Metro Online
********************************************
notakaki: Bersosial dan Beramal :)
8 komen terbang:
Wahh bangga program amal sebegini mendapat liputan, semoga mendapat sambutan dan sumbangan yang lebih banyak lepas ini. Boleh sambung untuk rumah lain pulak kan :)
PojiePooh; Hanya Satu...
@Pojiepooh Abdullah :
betul tu Pojie. Takdelah org pandang rendah utk org yg asyik on twitter :)
saya agreeeee!!
@Aisyalicious :
don't take it easy kan benda-benda mcm ni. byk faedahnya kalau digunakan laman sosial tu dgn cara yg betul :)
AidaSue here.
:8l gambar tu botox-free hokey noks2 sekalian. Kekeke
Thanks again for publishing this news in your pwetty blog
xoxo
@aidasue :
eheyyyyy! Thanks dtg komen! u most welcome. ni sumbangan kecil je ;)
yay!!! alhamdulilah. dapat liputan untuk program amal macam ni memang rasa berbesar hati sangat. good luck Aida n gang!!!
@lizz:
alhamdulillah.. syukur kan? :)
Post a Comment