Anda Sangat Hebat!

Tuesday, June 14, 2011

Penduduk Ibu Kota Gempar Rasai Gegaran

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia sehingga jam 12.11 pm tadi..

Klik utk lebih jelas~


************************

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.

Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. - Utusan


Sumber dari Utusan Online


notakaki : ofis zue yg 22 tingkat ni pun terasa kuat gegarannya. Korang macam mana?



4 komen terbang:

Faz Fazrin said...

good info

zuwaidah said...

wangsa maju? tak rasa gegaran pun...agaknya area lain kot. mesti nanti keluar dlm berita mlam ni

Zue Zoey said...

@faz :
thanks :)

Zue Zoey said...

@zuwaidah :
kak zu tak rasa? utk bangunan yg 8 tingkat ke atas yg byk rasa gegaran ni..