Anda Sangat Hebat!

Monday, June 13, 2011

KL Gangster - Dah Mencapai RM 6.2 Juta Sehingga Hari ke-4 Tayangan!!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Ha, terkejut gak tgk kutipan terbaru utk filem KL Gangster ni! Sehingga hari ke-4 tayangan, kutipan dah mencapai RM6.2 Juta! Gila kentang! Tak percaya? Ni update dari page Syamsul Yusof - Burn & Soul.


Kalau dilihat dari tangga kutipan tertinggi yg sekarang ni didahului oleh filem Ngankung yg berjumlah RM8.18 Juta (sumber : FINAS), tak mustahil filem KL Gangster boleh memecah rekod. Sekarang pun dah pecah rekod ape. Baru 4 hari dah RM6.2 Juta! tak mustahil boleh capai RM10 Juta dlm sekelip mata.

Sumber dari FINAS
Zue dh tgk filem ni Jumaat lepas. Memang gempak! Zue duduk tak diam dgn aksi-aksi dlm filem ni. Geram dgn watak Shark (Syamsul Yusof) yg betul-betul kejam. Malek (Aaron Aziz) yg cool baru keluar penjara, rupanya gangster hebat. Tambah pulak dgn watak Fadil (Zizan Raja Lawak), byk menceriakan jalan cerita. Abg Long Dil ye? Hehehehe.. Yg Ajib (Shoffi Jikan) pun, mmg ade je yg melucukan. Gangster2 pun, diorang kawan tetap kawan. Respect still ada.







Sumber dari Google

Keseluruhan filem ni, Syamsul Yusof betul-betul buat kajian pasal gejala gangster dan dapat buat penonton nak tahu apa yg jadi seterusnya. Ada juga diselitkan kisah kekeluargaan, persahabatan dan kesetiaan.

Kekeluargaan - Malek yg masih mementingkan keluarganya walau apa pun yg jadi..
Persahabatan - Ajib masih anggap Malek sbg abg dia walaupun Malek enggan join balik kumpulan Dragon (Adam Corrie)
Kesetiaan - Walaupun Jai (Adi Putra) dah berpaling tadah dari kumpulan Dragon, Ajib tetap setia dgn kumpulan Dragon.

Tak mustahil dgm aksi-aksi tak senang duduk dan kisah yg diselitkan dlm filem ni, membuatkan ada yg menonton filem ni lebih dari 2 kali! Korang dah tgk??? TAK RUGI BEB!! Sila ke panggung yg berdekatan sb filem ni selling fast ticket nya. Zue boleh bg 4/5 bintang!!

Sokonglah filem tempatan! :)

p/s : harap-harap filem ni lambat masuk Astro First =.=

2 komen terbang:

zuwaidah said...

ya hujung minggu ni baru nak gi tengok, kena book tiket awal dulu. X Men dlm perhatian hehehehe

Zue Zoey said...

@zuwaidah :
yeahhhh :)