Anda Sangat Hebat!

Thursday, August 23, 2012

Salam Aidilfitri 1433H / 2012 !

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin :)
 

Mohon Maaf jika selama zue berblogging ni, ada yang terasa, atau berkecil hati dengan penulisan zue. Semoga Syawal ni memberi kita keberkatan dan bersederhana lah. Jangan membazir ye. Makan pun berpada-pada. Selamat menyambut hari kemenangan!
 
 

Friday, August 17, 2012

#SaveJeJai

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Dalam kegembiraan kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri yg semakin hampir, ada insan yg amat-amat memerlukan bantuan kita. Baru-baru ni, zue diinvite masuk ke Group Facebook Sulit yg dicreate oleh Bro Eyriqazz. Bila baca post2 kat group, terus terkejut dan sedih sgt. Untuk blogger yg aktif, mesti mengenali Bro Je Jai --> http://www.teratakarmo.com/


Buat pengetahuan semua, Bro Je Jai sekarang ni bertarung dengan nyawa kerana disahkan oleh doktor menghidap Lung Cancer Stage 4! Astaghfirullahhalazim.. Terkedu zue membaca post Bro Eyriqazz dalam group.

Walaupun zue hanya mengenali Bro JeJai melalui penulisan beliau di blog, zue percaya, beliau seorang rakan yang susah senang bersama. Ini dapat diterjemahkan dengan penulisan Bro Eyriqazz di entry beliau --> Je Jai - Antara Rakan, Rahsia, dan Racun.

Menitik air mata bila baca betapa Bro Je Jai taknak dibantu dan taknak orang tahu yang dia tengah bertarung dengan nyawa. Dalam dugaan yang besar tu pun, Bro Je Jai tetap tak mahu orang tahu dan simpati dengan penderitaan beliau. Tapi sekarang ni, Bro Eyriqazz , Abg Ensem, Red Mummy dan blogger lain menyeru utk diblog kan kisah Bro Je Jai untuk sama-sama kita membantu meringankan beban Bro Je Jai dan keluarga.

Untuk yang nak membantu Bro Je Jai, di bawah ni disertakan akaun Bro Je Jai dan isteri beliau. Sumbangan anda amat membantu Bro Je Jai. 

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
 
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

 Ribuan terima kasih bagi sesiapa yang membantu. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua.

Lagi post mengenai #SaveJejai
Abg Ensem - #SaveJejai


"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul"


Apa perasaan kita kalau salah seorang keluarga kita mengalami nasib begini?

Friday, August 10, 2012

Tahniah Pandelela Rinong!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera!


Sekali lagi, Malaysia berjaya mendapat pingat di Sukan Olimpik London 2012. Tahniah Pandelela Rinong kerana berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform wanita. Tahniah!


Jom kita saksikan detik-detik kemenangan Pandelela.


"I'm very proud and honoured to win a medal for my country" - Pandelela.

Pandelela mencipta sejarah tersendiri dalam sukan renang. Terima kasih Pandelela kerana mengharumkan nama Malaysia di mata dunia!

Lebih info, boleh layari laman rasmi youtube London Olympic 2012 



Thursday, August 9, 2012

I Am Lucky Number 3! Thanks Chef Ammar AL Ali!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Alhamdulillah, dah 20 Ramadhan 1433. Sekejap je Ramadhan dah nak tinggalkan kita..Sedih dan sayu je rasa..Apapun, tingkatkan amalan sebanyak yang mungkin bulan Ramadhan ni ye :')

Mesti korang tertanya-tanya apa yang Lucky Number 3 tu kan? Tadi secara kebetulan, zue bukak Facebook Hidangan Barakah, sebab nak tengok resepi rancangan semalam. Oh ya. Buat yang tak tahu, Hidangan Barakah ni sebuah rancangan masakan yang disiarkan setiap hari di bulan Ramadhan ni di TV Al-Hijrah, yang dihoskan oleh Chef Ammar AL Ali. Chef ni popular dengan tagline beliau, Masak Dari Hati, Masak Dengan Iman :)

Ni serba sedikit mengenai Chef Ammar, yang dikopipes dari Facebook beliau.

I am introducing myself as an Executive Chef. My principal duties and responsibilities planning Menu and Teaching Cooking as well as conducting Cooking Class, composing and preparing all menu needed for any request regards to International and Mediterranean Cuisine, I had been working as Executive Chef in 5 Stares Hotels Such as One World Hotel, Rebak Island Resort, Regent Kuala Lumpur under 4 Season, Grand Millennium Kuala Lumpur, Shangri-La Gorge Town Penang, Shangri-La Rasa Sayang, Shanagri-La Golden Sands Beach Resort, Sunway Hotel and Spa, Holiday Inn Beach Resort Penang, Maldives Island, and Jordan.

Ni salah satu video rakaman Chef Ammar masak last year untuk Hari Ibu.


Banyak jugak pengalaman Chef Ammar kan? Mak zue memang tiap-tiap hari tengok rancangan ni. So, idea utk masak tu dah ada. Bahan-bahan dia pun senang nak dapat. Lagipun setiap kali Chef Ammar ni masak, tak putus-putus ucap Bismillahhirrahmanirrahim, MasyaAllah, InsyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah semua-semua la. Beliau pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia kita tau! Ayah zue pun suka tengok cara beliau memasak.

Dan kebetulan tadi, Chef update status di Hidangan Barakah punya facebook. Mmmm.. menarik! Kenapa?


 Haaaaa! Peluang keemasan ni! Zue pun tulis la slogan yang tak berapa nak slogan, dengan harapan, dapat terpilih dalam senarai 10 orang yang bertuah tu. Tup tup.....


Alhamdulillah! Terus zue call mak bagitahu berita gembira ni! Kemain mak seronok. Hehehe.. So, tunggu je la berita dari Chef bila dia nak datang and masak-masak dengan kami. Dijadualkan lepas raya, InsyaAllah.. Zue pun dah emailkan details kat Chef. 

Nanti zue update bila dia nak datang rumah zue untuk masak-masak. Tak sabar rasanya! :D

Untuk anda yang nak resipi dari Chef Ammar, boleh Like Facebook Hidangan Barakah. Kat situ, banyak resipi yang dikongsi Chef Ammar sepanjang Ramadhan ni. Semuanya sihat-sihat dan sedap-sedap! Selamat mencuba!

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Semua!


Wednesday, August 8, 2012

RAIN OR SHINE: FREE ICE-CREAM FOR ALL!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!


In honour of our athletes for their determination and passion, Impian Emas Negara Media Prima Berhad & Baskin-Robbins Malaysia wants to reward all Malaysians with FREE Baskin-Robbins ice-cream! It’s time to come together as ONE and taste the sweet success! Wednesday, 8 August 2012 from 8.00pm till 10.00 p.m at all 61 Baskin-Robbins outlets nationwide (excluding two kiosks at Pantai Hospital, Bangsar and Genting Theme Park)



Tuesday, August 7, 2012

Welcome Home Datuk Lee Chong Wei!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Short enrty! Datuk Lee Chong Wei dah selamat sampai Malaysia pagi tadi dgn membawa pulang pingat perak yang dimenanginya pada London Olympic 2012. Rasanya lebih 500 orang menyambut beliau di KLIA. Wooowww! Siap ada #TwtupChongWei. Tahniah Malaysia sebab anda sangat bersatu :')

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang #TwtupChongWei dari instagram dan twitter.







Overwhelming respond! Congratulations Datuk Lee Chong Wei! We proud of you!

Ada satu video yang ditujukan khas utk beliau. Check it out!


Nice video done by Ming H and BryanLYT!

Have a good Tuesday people!

p/s: short entry ke? hehehe..


Monday, August 6, 2012

We Love You Datuk Lee Chong Wei!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!


Semalam memang perlawanan yang sangat mendebarkan. Apapun, keputusan telah tercatat. Tahniah untuk Lee Chong Wei (LCW) sebab dah berlawan sehingga habis kudrat beliau walaupun baru je pulih dari kecederaan yang dialaminya pada Mei lepas.

Saya respect semangat dan usaha LCW untuk berjuang untuk negara kita Malaysia. Dan untuk semalam sahaja, rasanya seluruh Malaysia, malah seluruh dunia menyaksikan perlawanan tu. Berdebar tu jangan cakap la. Macam-macam reaksi.

Tahniah sekali lagi! Saya bangga! Sangat bangga walaupun beliau hanya berjaya mendapat pingat perak, tapi dengan penuh bermaruah. Bak kata salah satu komen "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts. ~ ESPN commentator." :')

Sokongan Malaysia sangat bermakna buat LCW. Beliau dah buat yang terbaik. Tahniah! Kami bangga dengan pencapaian anda!

Jom nak kongsikan sikit apa yang saya dapat dari facebook hari ni.




Sumber: Facebook HOT FM



Last but not least, we proud of you Datuk Lee Chong Wei! 


Jom Sertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Dynas (@dynasCLPT) & Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Salam Ramadhan buat semua! Nak sertai kami berbuka puasa bersama Dynas Mokhtar dan anak-anak yatim?


Butirannya seperti berikut.

Tarikh : 13 Ogos 2012
Hari :Isnin
Masa : 6ptg - 8mlm
Tempat : Rumah Kasih Harmoni, 
Lot 46, Kg Paya Jaras Dalam, 47000 Sg Buloh

Bagi yg nak beri sumbangan bahan-bahan mentah seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya, anda boleh membawa pada hari majlis diadakan nanti atau menghantar sendiri sumbangan ke Rumah Kasih Harmoni dgn menghubungi Pengetua Rumah Kasih Harmoni, Encik Jamal di talian 012-3942783.

Semoga segala jasa dan bakti anda di bulan Ramadhan ini diberkati Allah SWT. 

Jadi, tunggu apa lagi? Bagi peminat yg nak turut serta, boleh email nama dan no telefon ke dynasfanmail@gmail.com dan boleh terus dtg ke Rumah Kasih Harmoni pada 13 Ogos nanti ya! Jumpa anda di sana, InsyaAllah :)

notadarihati : Jom menyemarakkan Ramadhan ni dgn anak-anak yatim :)
 

Friday, August 3, 2012

[CELCOM] Best Plan for Heavy Data User!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Kali ni zue nak cerita sikit pasal plan yg Celcom offer. Pada zue yang lebih banyak guna data dari call/SMS ni, plan ni sgt berbaloi. 

Rata-rata sekarang ni, pengguna lebih cenderung menggunakan data pada telefon daripada call/sms sebab dah pakai smartphone kan? Dan rata-rata juga menghabiskan kira-kira RM100 - RM200 sebulan untuk bil telefon. Zue percaya, ramai yang dah bijak dalam berbelanja kan? 

Untuk yang guna smartphone, selalunya plan yang anda ambil tu, dah ada sekali dgn caj untuk panggilan dan sms, betul? Dan kadang-kadang anda tak guna pun allocation untuk panggilan dan sms tu. Mana taknya, nak call, boleh guna skype, nak sms, boleh guna whatsapp. Kan jimat tu?

Baru-baru ni, Celcom ada lancarkan plan baru untuk pengguna yang lebih menggunakan data daripada panggilan atau SMS. Ini adalah salah satu plan di bawah Celcom First yang dilancarkan bulan Jun lalu.


 Menarik tak? Pada zue, ye! Sangat menarik perhatian! Sebab zue bayar je bulan-bulan RM150 utk 5GB data tapi call/SMS, SANGAT SEDIKIT. Pembaziran di situ. Call atau SMS tu sangatlah jarang. So, caj utk panggilan tu tak kisah sangat. Yang penting, allocation untuk data tu. Kalau sekarang ni zue bayar RM150 utk 5GB data, sekarang ni hanya bayar RM88 untuk dapatkan 5GB data! Jimat RM62 sebulan di situ. Setahun dah boleh jimat RM744. Dah boleh buat bayar roadtax/insurance dah duit tu. Phewww! Untung tak?

Itu dari segi perbelanjaan zue bulan-bulan untuk bill telefon zue. Zue lebih selesa menggunakan Celcom dari dulu sampai sekarang. Anda? Masing-masing punya citarasa tersendiri kan?

Ok, mesti tertanya-tanya, "apa beza dgn Maxis atau Digi? Anda boleh tengok comparison table ni dalam website Celcom. Dari sini, anda boleh buat kira-kira untuk belanja anda every month untuk bil telefon.


Untuk yang menggunakan tablet mcm iPad, Samsung Tab, anda boleh pilih pakej yang ditawarkan oleh Celcom seperti dalam table di bawah ni.


Menarik kan? Step forward people! Be a smart spender! 

More info, anda boleh ke laman web celcom : http://www.celcom.com.my/first/data/rates.html


notadarihati: zue dalam proses tukar ke mAdvance Plus atau mPro Plus ;)

Episod Akhir Dejavu Di Kinabalu

Assalamualaikum! Salam Sejahtera! 

Salam 14 Ramadhan. Alhamdulillah.. dah hampir pertengahan Ramadhan. Rasa sekejap sgt masa berlalu kan?

Anyway, demam Dejavu Di Kinabalu baru berakhir semalam. Tapi macam-macam suara yang kedengaran bila ending semalam berpihak pada Bazli. Ada yang puas hati dan sebaliknya. Kalau korang nak tahu, sebenarnya drama ni ada 2 ending yang berbeza. Bagi yg mengikuti cerita ni dari awal, korang diberikan pilihan sama ada nak Nadira tu pilih Bazli atau Ammar melalui undian SMS. Ha, gigih kan? 

Korang pilih siapa? Pada zue, zue pilih Ammar. Walaupun sebenarnya Bazli tu yang banyak berkorban. hehehe..

Ok, cerita pun dah habis. Pada siapa yang tak sempat nak tengok ending semalam kat TV3, korang boleh tengok kat tonton.com.my. Yang nak tengok alternatif ending pun ada. So, boleh tengok dua-dua ending and beri pendapat anda. Heehehe..

Tadi kat radio HotFM, pengarah Dejavu Di Kinabalu, Erma Fatima kata, mungkin ada sambungan, tapi bukan bertajuk Dejavu lagi. Kita tunggu je k? ;)

So, ni link utk korang tengok ending episod kat tonton.com.my. Pastikan korang dah ada akaun kat tonton. Kalau tak, tak boleh nak tengok. 

Dejavu Di Kinabalu #TeamBazli - http://bit.ly/NdH2x8
 
 
 Dejavu Di Kinabalu #TeamAmmar - http://bit.ly/NdH6gv



notadarihati : Boss dah tanya nak cuti berapa hari raya ni. Korang cuti berapa hari?

Thursday, August 2, 2012

[LAGU + LIRIK] Aku Suka Dia - Ainan Tasneem


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...

notadarihati : officemate zue yg berbangsa Cina pun suka dengar lagu ni. Siap hafal lirik dia. Hehehe..
 

Wednesday, August 1, 2012

Selamat Datang Ogos!

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera!

Diam tak diam, kita dah pun berada di hari ke-12 Ramadhan 1433. Alhamdulillah. Setakat ni, puasa anda masih penuh tak? Dgn syarat, takde apa2 yg menghalang utk berpuasa. hehehe..

Apapun, kalau ikut tahun masihi, dah masuk bulan Ogos 2012. Phewwww! Sekejap je rasanya masa berlalu kan? Zue pun dah jarang sesangat update blog ni. Dah hampir bersawang dah. Ada mcm rumah hantu tak? Hahahha.. kalau korang tgk history blog zue, tahun ni penerbitan entry (chewaahhhh! ayat takleh blah -_-") mmg sgt kurang. Yes, sangat KURANG. Tah hape2 kan? 

Kalau nak diceritakan perkembangan dari Januari sampai Julai yg baru je tinggalkan kita, so far, my life is good. Syukur Alhamdulillah.. Tak tahu nak diungkap dgn kata-kata. Apa yg jadi, apa yg dah berlaku, semuanya ada hikmah tersendiri kan? Kehidupan kita ni semua dah diatur. Cuma kita ni kena redha dan percayalah, korang akan rasa sgt tenang bila selalu redha dgn takdir yg telah ditentukan oleh Allah SWT.

Maaf, kalau tiba-tiba jadi mcm ceramah di bulan Ramadhan pulak. Heh. By the way, zue nak tanya, ada lagi ke yg setia membaca blog zue ni? Ada ke yg dah bosan tgk blog header muka zue ni? Bukannya apa, sekali sekala, kena ada jugak pembaharuannya ye dak? Kena ambil kira jugak pendapat orang. Ada jugak planning utk buat header baru, tapi masa cemburu betul dgn zue tau. Sabar ajela. Kalau ada yg sudi nak buatkan zue header, pun zue tak menolak. Mana tahu, zue berkenan pulak ke kan? Hehehe.. Kalau ada la. kalau..

Dah hari ke-12 berpuasa ni, korang ada dpt kad raya? Zue dah dapat dua kad raya! Yeayyy! Kecoh betul. Baru je dpt 2 keping, bukan 2 guni. Zue.. Zue.. Hehehe.. Yelah, zaman skg ni, mana ada lagi zaman hantar2 kad raya. Kalau tak dulu tu, setiap hari mmg tak kurang dari 2 kad raya yg akan sampai kad rumah. Zue selalu bersaing dgn adik-beradik yg lain tgk siapa yg paling banyak dpt kad raya. Dan selalunya, zue la yg menang. Muahahaha.. Pastu kad tu gantung buat hiasan masa raya nanti. Oh rindunyaaaa! Please please.. korang hantar la kad raya kat zue. Nanti zue balas okay? :D

Haaa... mula-mula tadi tak tahu nak cerita apa, sekarang dah meleret2. Maafkan hamba pembaca semua. Maklumlah, kumpul 7 bulan punya cerita. Ok takpe. Nanti zue sambung cerita lagi kalau ada masa k? 

Utk anda semua, di bulan Ramadhan yg mulia ni, ambillah peluang utk merebut sebanyak pahala yang ada. Bulan yang paling mulia, bulan turunnya Al-Quran. Tak rugi pun sebab itu bekalan kita untuk di Akhirat nanti, Wallahhualam.

Akhir sekali, jom renung-renungkan kata-kata di bawah ni. Sharing is caring :)
 

Sekian, Assalamualaikum! Terima kasih ;)