Anda Sangat Hebat!

Monday, August 6, 2012

We Love You Datuk Lee Chong Wei!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!


Semalam memang perlawanan yang sangat mendebarkan. Apapun, keputusan telah tercatat. Tahniah untuk Lee Chong Wei (LCW) sebab dah berlawan sehingga habis kudrat beliau walaupun baru je pulih dari kecederaan yang dialaminya pada Mei lepas.

Saya respect semangat dan usaha LCW untuk berjuang untuk negara kita Malaysia. Dan untuk semalam sahaja, rasanya seluruh Malaysia, malah seluruh dunia menyaksikan perlawanan tu. Berdebar tu jangan cakap la. Macam-macam reaksi.

Tahniah sekali lagi! Saya bangga! Sangat bangga walaupun beliau hanya berjaya mendapat pingat perak, tapi dengan penuh bermaruah. Bak kata salah satu komen "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts. ~ ESPN commentator." :')

Sokongan Malaysia sangat bermakna buat LCW. Beliau dah buat yang terbaik. Tahniah! Kami bangga dengan pencapaian anda!

Jom nak kongsikan sikit apa yang saya dapat dari facebook hari ni.




Sumber: Facebook HOT FM



Last but not least, we proud of you Datuk Lee Chong Wei!