Anda Sangat Hebat!

Friday, August 17, 2012

#SaveJeJai

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Dalam kegembiraan kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri yg semakin hampir, ada insan yg amat-amat memerlukan bantuan kita. Baru-baru ni, zue diinvite masuk ke Group Facebook Sulit yg dicreate oleh Bro Eyriqazz. Bila baca post2 kat group, terus terkejut dan sedih sgt. Untuk blogger yg aktif, mesti mengenali Bro Je Jai --> http://www.teratakarmo.com/


Buat pengetahuan semua, Bro Je Jai sekarang ni bertarung dengan nyawa kerana disahkan oleh doktor menghidap Lung Cancer Stage 4! Astaghfirullahhalazim.. Terkedu zue membaca post Bro Eyriqazz dalam group.

Walaupun zue hanya mengenali Bro JeJai melalui penulisan beliau di blog, zue percaya, beliau seorang rakan yang susah senang bersama. Ini dapat diterjemahkan dengan penulisan Bro Eyriqazz di entry beliau --> Je Jai - Antara Rakan, Rahsia, dan Racun.

Menitik air mata bila baca betapa Bro Je Jai taknak dibantu dan taknak orang tahu yang dia tengah bertarung dengan nyawa. Dalam dugaan yang besar tu pun, Bro Je Jai tetap tak mahu orang tahu dan simpati dengan penderitaan beliau. Tapi sekarang ni, Bro Eyriqazz , Abg Ensem, Red Mummy dan blogger lain menyeru utk diblog kan kisah Bro Je Jai untuk sama-sama kita membantu meringankan beban Bro Je Jai dan keluarga.

Untuk yang nak membantu Bro Je Jai, di bawah ni disertakan akaun Bro Je Jai dan isteri beliau. Sumbangan anda amat membantu Bro Je Jai. 

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
 
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

 Ribuan terima kasih bagi sesiapa yang membantu. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua.

Lagi post mengenai #SaveJejai
Abg Ensem - #SaveJejai


"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul"


Apa perasaan kita kalau salah seorang keluarga kita mengalami nasib begini?

3 komen terbang:

Geng Borak said...

#SaveJejai

Unknown said...

beliau umpama sifu gua...harap beliau cepat sembuh ... #SaveJejai

Zue Zoey said...

KiD & SP (spudinpunya) :
Sama-sama kita doakan..